‘Chicken Perattal’ Bukan Kari, Masakan Ayam Stail India Selatan Sedap Pekat

Share

‘Chicken Perattal’ Bukan Kari, Masakan Ayam Stail India Selatan Sedap Pekat. Sesekali ingin cuba kelainan masakan ayam boleh resipi Ayam Perattal atau ‘Chicken Perattal’ ini. Kalau masak ‘Chicken Perattal’ ni, memang sedap, wangi semerbak baunya memang membuka selera.

Boleh cuba resipi ‘Chicken Perattal’ yang dikongsikan oleh Sheena Supramaniam ini.

Ni saya nak share resepi simple tapi sedap. Chicken perattal. Mana tau dapat idea nak masak untuk petang ni kan.

Chicken Perattal bukan kari ye, salah satu masakan ayam stail India Selatan.

Bahan-Bahan:

3 keping ayam paha penuh (whole leg) – potong kecil
1 biji tomato
Sedikit daun kari
Daun ketumbar (jika suka @ ada)
Minyak kelapa @ minyak masak
1 keping kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
1/2 sudu makan jintan manis
Air secukupnya
1 1/2 sudu teh serbuk kunyit
2 1/2 sudu makan serbuk cili BABAS


2 sudu makan serbuk kari ayam / daging
Garam secukup rasa

Bahan Kisar:

5 biji bawang merah kecil
5 ulas bawang putih
2 ketul halia saiz ibu jari

Cara Membuat:

1. Bersihkan ayam dan potong kecil. Ketepikan.

2. Panaskan minyak kelapa. Kalau tak ada boleh je guna minyak lain. Minyak kelapa paling sedap untuk masakan ni. Masukkan kayu manis, buah pelaga, bunga lawang diikuti jintan manis.

3. Tambahkan juga daun kari dan juga bahan kisar tadi.

4. Masukkan sedikit air dari blender kisaran. Tumis sampai pecah minyak.

5. Bila sudah pecah minyak, masukkan ayam dan serbuk kunyit.

6. Kacau sebati dan masukkan hirisan tomato.
7. Masukkan serbuk cili dan serbuk kari ayam / daging.

8. Kacau sebati dan masukkan garam dengan secukup rasa. Biar ayam masak menggunakan api sederhana. Kacau sekali sekala.

9. Saya tak masukkan air. Lepas 15-20 minit, air dari ayam akan keluar sendiri dan akan dapat kuah pekat macam ni. Kalau kering sangat, boleh letak air dalam 20 ml-30ml sahaja. (Kalau nak letak air banyak macam kari, segala serbuk kena tambah).

10. Masukkan daun ketumbar. Kacau sebati dan biar masak selama 5 minit lagi.

11. Chicken Perattal siap untuk dihidangkan. Makan dengan nasi panas-panas boleh, capatti, thosai, idly, roti canai, lemang, ketupat semua boleh.

Ada orang tanya serbuk cili brand apa sebab colour cantik.Serbuk cili tu saya guna brand babas ye.

Mesti Baca:Resipi AYAM GOLEK Mak Buat Niaga,Bakar Terus Dalam Oven Pun Boleh!


Baca Lagi Di Sini:Lelaki Ini Kongsi Resipi Ayam Gunting & Cara Buat Serbuk Tabur Yang Diajar Peniaga Sendiri
Artikel Menarik:Resipi Rendang AYAM PENCEN Cili Hijau Sedap, Sukatan Untuk 5 Ekor!

Mingguan Wanita:Sedapnya makan dengan nasi panas, terasa pedas pekat likat kuahnya, semerbak harum masa tumis ayam perattal ni.

Sumber: Sheena Supramaniam

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

IKLAN