Jika pergi makan di kedai masakan Thailand, jika sukakan rasa ikan yang masam berkuah, tak sah jika tak ‘order’ menu Ikan Stim Limau. Memang sangat sedap, secukup rasa masam manis dan pedasnya.

Jika dapat masak sendiri di rumah lebih jimat dan puas hati masak. Bahan-bahan yang digunakan pun simple je.

Ikut resipi yang dikongsikan oleh Puan Zafirah Zawawi ini sebagai panduan;

Hari ni kita masak Ikan Stim Limau bahan yang simple tapi rasa sebijik dekat kedai Thai. Memang menambah nasi la jawabnya. Siapa suka ikan stim limau ni, silakan masak.

RESEPI IKAN STIM LIMAU

Bahan-Bahan:

* Ikan siakap
* Bawang putih (dicincang/ potong dadu)
* Halia (dihiris)
* 1 batang Serai (dihiris) & 2 batang untuk letak dalam ikan.
* Cili padi merah & hijau
* Asam Limau
* Daun ketumbar – akarnya direbus sekali dengan ikan
* Garam @ sos ikan untuk perasa.

Masak IKAN STIM LIMAU Simple, Tapi Rasa Sedap Sebiji Dekat Kedai Thai!

IKLAN

Cara Membuat:

1. Bersihkan ikan siakap, kalau taknak bau hanyir cuci dengan asam limau atau lemon.
2. Kemudian letak 1 kiub pati ayam di seluruh ikan dan serai dicelah-celah ikan.

Masak IKAN STIM LIMAU Simple, Tapi Rasa Sedap Sebiji Dekat Kedai Thai!
3. Rebus pakai kuali je, letak akar daun ketumbar dan daun ketumbar sekali.Letak sekali bahan-bahan yang disediakan tadi sehingga masak.Untuk perasa saya letak sos ikan, nak letak garam pon boleh.

Masak IKAN STIM LIMAU Simple, Tapi Rasa Sedap Sebiji Dekat Kedai Thai!4. Rebus dalam 10 minit.
5. Cili padi saya letak last skali takut pedas sangat.

IKLAN

Masak IKAN STIM LIMAU Simple, Tapi Rasa Sedap Sebiji Dekat Kedai Thai!

Siap! Selamat Mencuba.

Masak IKAN STIM LIMAU Simple, Tapi Rasa Sedap Sebiji Dekat Kedai Thai!

IKLAN

Mesti Baca:Homemade IKAN REBUS Hanya Gaul Dengan Garam , Simpan Dalam Freezer Tahan Berminggu!
Baca Lagi Di Sini:REBUS Sebiji-Sebiji Jangan Belah, Petua JANTUNG PISANG Putih Melepak Tak Lebam!
Artikel Menarik:KACANG KUDA Cepat Empuk Rebus Dalam Periuk Nasi, Masukkan Sedikit Soda Bikarbonat!

Mingguan Wanita: Suka makan Ikan Stim Limau macam dekat kedai masakan Thailand boleh cuba resipi yang dikongsikan ini. Memang puas hati.

Sumber: Zafirah Zawawi

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI