Wanita bersalin dalam treler di IPT, doktor kongsi pengalaman urus ibu dalam lori tepi Lebuhraya. Ada pelbagai pengalaman dilalui ibu-ibu bila saat bercerita pengalaman bersalin mereka. Namun kebanyakkannya berada di hospital dengan bantuan dari doktor dan jururawat.
Namun bersalin di tepi lebuhraya dalam sebuah treler pasti memberikan satu pengalaman berbeza bagi yang mengalami pengalaman ini.
Wanita Bersalin Dalam Treler Di LPT
Seorang doktor Aliff Zaki yang bertugas di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Hospital (HoSHAS) berkongsi di twitternya, @alepzaki pengalaman membantu seorang ibu bersalin di tepi Lebuhraya Pantai Timur KM121 menghala Kuantan semalam di aplikasi X nya.
Doktor Kongsi Pengalaman Urus Ibu Dalam Lori Tepi Lebuhraya
Menurut doktor Aliff, mereka menerima panggilan kecemasan memaklumkan seorang wanita dalam kesakitan untuk melahirkan anak. Dan lokasinya adalah di dalam treler panjang di kilometer 121 menghala Kuantan.
“Ini pengalaman yang sangat berbeza dengan tugasan harian sebelum ini. Tambah makluman mengenai keadaan ibu sangat minimum. Sepanjang persiapan di klinik, 2-3 kali senarai semak barang-barang kerana expect the worst.
“Dalam ambulans menuju ke lokasi di nyatakan, masing-masing berteka teki apakah keadaan ibu? Dah bersalin ke belum? Kalau dah, keadaan baby macam mana?
Jelasnya, sesampai di lokasi, kelihatan dua pegawai polis trafik sedang menjaga lalu lintas.
“Pintu lori ketika itu sudah terbuka luas. Nampak di rumput pakaian yang berlumuran darah dan najis. Bau tu memang tak disangkal kepekatannya,” katanya yang kemudian bertanya kepada pasangan di manakah si ibu.
“Ada dalam lori, di tempat duduk belakang” jawabnya.
Tanpa berlengah, Dr Aliff memanjat lori bersaiz Optimus Prime.
“Sebaik berada di belakang lori, saya Nampak dua susuk tubuh sedang terbaring. Si ibu tengah pejamkan mata. Mungkin dalam kepenatan dan masa yang sama, di celah kelangkangya ada jasad kecil yang sudah lahir.
Mengakui agak berdebar kerana bayi sudah lahir sendiri, kongsi Dr Aliff di aplikasi X nya, dirinya terus menyapa ibu tersebut.
“Puan, boleh dengar saya cakap? Buka mata boleh”. Si ibu buka mata dan sahut “ye dengar. Dirinya akui berasa lega tapi masa yang sama bayi di celah kakinya sekan tidak bergerak.
“Rasa berdebar juga tapi kemudian saya jentik sedikit tapak kaki bayi sebelum dengar suara kecil menangis. Rasa lega dengar tangisannya,” katanya yang berkongsi ini pengalaman sepanjang bergelar doktor.
Tambahnya, selepas memotong tali pusat, bayi kecil itu dibungkus dengan tuala dan dibawa keluar dari lori.
Dalam pada itu, dirinya menjelaskan pihak ambulan tiba dan menghantar pesakit ke HoSHAS katanya yang turut berterima kasih kepada semua pihak yang membantu petang semalam. Bahkan ibu bersalin di Lebuhraya ini adalah pertama kali terjadi sejak LPT dibuka 11 tahun lalu.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Usia 40 Tahun, Isteri Pelakon Remy Ishak Selamat Bersalin Anak Pertama
Bersalin Normal Tanpa Perlu Dijahit, Emma Maembong Amal Sapu Minyak Kelapa Dara
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI