Kunjungan ke Pulau Pinang tidak sah jika tidak menikmati menu nasi kandar kuah banjir di  restoran Hameediyah yang cukup popular di negeri yang terkenal dengan jolokan Pulau Mutiara itu. Nampaknya, anda tidak perlu menempuh perjalanan yang jauh untuk menikmati menu kegemaran anda apabila ia membuka  cawangan terbaharu di Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Lari dari konsep klasik, kali ini ia dinaik taraf kepada konsep bistro yang lebih elegan dan menarik.

Hameediyah Bukit Bintang Sajikan Nasi Kandar Terbaik, Sama Rasa Macam Di Penang!Pembukaan cawangan kelima itu dilihat lebih premium dan dekorasi setiap tingkat juga mengetengahkan elemen berbeza. Menurut pemilik restoran Hameediyah, Muhammad Riyaaz Syed Ibrahim berkata, konsep ini dibawa bersesuaian dengan lokasinya yang terletak di tengah bandar dan dipenuhi dengan pengunjung terutamanya pelancong asing. Muhammad Riyaaz merupakan Pengarah Hameediyah Sdn Bhd yang juga adalah generasi ketujuh dari pelopor restoran ini. Ini sekaligus merupakan pelaburan bijak Kumpulan Hameediyah untuk memodenkan perniagaan nasi kandar yang merupakan makanan jalanan ke tahap yang lebih tinggi.

Hameediyah Bukit Bintang Sajikan Nasi Kandar Terbaik, Sama Rasa Macam Di Penang!

Rantaian restoran Hameediyah bermula pada tahun 1907. Konsep “Nasi Kandar” pertama kali diperkenalkan ke bahagian dunia ini oleh imigran Tamil-Muslim dari India, yang dikenali sebagai The Rawthers. Hari ini, Hameediyah merupakan jenama yang menyajikan pelbagai jenis kari dan hidangan berempah di seluruh Malaysia.

Rantaian Hameediyah mempunyai cawangan di Pulau Pinang, Hameediyah Bistro di Ampang, Kuala Lumpur dan yang baru dilancarkan ini, Hameediyah Nasi Kandar – Multi Concept Dining, yang pertama seumpamanya di Malaysia.

Sejak tahun 2015, pemilik generasi ke-7 Hameediyah Penang telah memutuskan untuk melibatkan syarikat konsultansi hospitaliti IDD a Atelier, untuk menyemai semula Hameediyah 1907 di Campbell Street Penang, kepada rupa asal dan rasa tahun 1907 untuk menampilkan rupa klasik tetapi dengan kemudahan moden untuk memenuhi tuntutan pelanggan masa kini.

IKLAN

Hameediyah Bukit Bintang Sajikan Nasi Kandar Terbaik, Sama Rasa Macam Di Penang!

Pada bulan Ogos 2018, Hameediyah Bistro telah ditubuhkan di Ampang, Kuala Lumpur. Nanoo, Penasihat IDD a Atelier telah mengangkat makanan jalanan ke tahap baru dalam Makanan Moden.

Konsep Bistro Diterima Pelanggan

Beliau mencipta satu lagi konsep untuk meningkatkan pengalaman makan Nasi Kandar dengan restoran bergaya Bistro, di mana seseorang dapat menikmati Café Latte atau Teh Tarik dengan sepinggan Nasi Kandar.

IKLAN

Restoran empat tingkat itu memberi pelanggan pilihan untuk duduk di mana-mana sahaja sama ada bistro di tingkat 1 dengan suasana mamak atau galeri yang berada di tingkat 2. Konsep Bistro menjadi kejayaan segera dengan mengekalkan rasa yang sama seperti di Penang. Semua rempah digiling di Georgetown, Penang dan dihantar ke Ampang, mengekalkan dan mencipta semula resipi yang paling disukai oleh penduduk tempatan dan asing.

Hameediyah Bukit Bintang Sajikan Nasi Kandar Terbaik, Sama Rasa Macam Di Penang!

Ketika kunjungan penulis ke sini baru-baru ini, terasa seperti sedang makan dalam muzium kerana Hameediyah Bukit Bintang meletakkan koleksi barangan asal  ketika jenama ini mula berniaga. Selain itu, dinding-dinding juga dihias cantik dengan lukisan kenangan mereka ketika berniaga dulu.

Selain itu, menu-menu di sini masih mengekalkan keaslian dari negeri Pulau Mutiara namun ada beberapa menu baharu diperkenalkan sebagai signature baharu buat Hameediyah.

IKLAN

Hameediyah Bukit Bintang Sajikan Nasi Kandar Terbaik, Sama Rasa Macam Di Penang!

Antaranya rendang ayam, kari itik, lamb shank dan ayam turki (piru). Tidak ketinggalan menu sotong viral, ayam bawang, ketam serta mi goreng antara menu yang sering mendapat perhatian ramai. Restoran Hameediyah Multi Concept Bukit Bintang turut dibuka untuk sebarang acara atau majlis keramaian.

 

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI