KARIPAP Kampung Cara Orang Tua Dulu-Dulu Simple Je, Confirm 3-4 Biji Sekali Makan. Kuih karipap antara kuih ‘lejen’ yang menjadi kegemaran ramai. Ada pelbagai cara dan kaedah nak buat karipap ni, namun ini resipi simple cara orang tua dulu-dulu. Memang mudah, puas hati makan.

Ikut resipi yang dikongsikan oleh Missz Amira ini sebagai rujukan;

Dah puas makan donut, karipap jerawat inti kentang+ayam tumpang lalu. Karipap kampung cara orang tua dulu-dulu. Simple je, makan panas-panas confirm 3-4 biji sekali makan. Resepi 2 cawan tepung bolehlah sekali hadap 1 family.

Bahan-Bahan (Kulit):

2 cawan tepung gandum
1 sb tepung beras
1/2 sb gula
1/2 sk garam

1 sb marjerin
3 sb minyak masak

Cara Membuat:

1. Gaul rata-rata semua bahan kecuali minyak dan marjerin.

KARIPAP Kampung Cara Orang Tua Dulu-Dulu Simple Je, Confirm 3-4 Biji Sekali Makan!2. Panaskan sekejap minyak dan bagi marjerin cair, kemudian terus masukan dalam tepung tadi masa panas-panas.

KARIPAP Kampung Cara Orang Tua Dulu-Dulu Simple Je, Confirm 3-4 Biji Sekali Makan!3. Gaul-gaul dengan senduk sehingga sebati, jadi macam serbuk roti dan
Masukkan 1/2 cawan air sejuk daripada peti ais. Uli sebati.

KARIPAP Kampung Cara Orang Tua Dulu-Dulu Simple Je, Confirm 3-4 Biji Sekali Makan!4. Hasil doh yang dah siap. Saya tak perap pun.

KARIPAP Kampung Cara Orang Tua Dulu-Dulu Simple Je, Confirm 3-4 Biji Sekali Makan!5. Boleh lah gelek dan tekap karipap. Nak kelim guna tangan boleh, nak guna pon acuan boleh. Acuan ni beli dekat shoppe “acuan karipap/dumpling Maker”.

IKLAN

KARIPAP Kampung Cara Orang Tua Dulu-Dulu Simple Je, Confirm 3-4 Biji Sekali Makan!6.Inti dan tepung okey ngam-ngam cukup dapat banyak ni.

KARIPAP Kampung Cara Orang Tua Dulu-Dulu Simple Je, Confirm 3-4 Biji Sekali Makan!7.Goreng dalam minyak yang banyak dan panas. Api sederhana je.

KARIPAP Kampung Cara Orang Tua Dulu-Dulu Simple Je, Confirm 3-4 Biji Sekali Makan!

Bahan-Bahan (inti):

1 biji bawang holand saiz kecik
3 biji kentang saiz biasa
1 ketul dada ayam saiz besar ( banyak pon boleh)
1 sudu besar rempah kari ayam/daging
2 cawan air
3 sudu besar gula
1 sudu kecil garam

KARIPAP Kampung Cara Orang Tua Dulu-Dulu Simple Je, Confirm 3-4 Biji Sekali Makan!

IKLAN

Cara Membuat:

1. Panaskan minyak sedikit je. Tumiskan bawang, ayam dan rempah kari ayam/daging.

KARIPAP Kampung Cara Orang Tua Dulu-Dulu Simple Je, Confirm 3-4 Biji Sekali Makan!2. Masukkan kentang, air, gula dan garam. Biarkan mendidih dan hampir kering.Bila dah hampir kering kacau-kacau bagi rata sehingga betul-betul kering (time ni api sedahana je).

KARIPAP Kampung Cara Orang Tua Dulu-Dulu Simple Je, Confirm 3-4 Biji Sekali Makan!3.Hasil setelah kering. Saya suka kentang berbiji dan empuk gini je. Kalau suka lembik masak lebih lama/tambah air.

KARIPAP Kampung Cara Orang Tua Dulu-Dulu Simple Je, Confirm 3-4 Biji Sekali Makan!

Hasilnya… Makan panas-panas sedap!

IKLAN

KARIPAP Kampung Cara Orang Tua Dulu-Dulu Simple Je, Confirm 3-4 Biji Sekali Makan!

 

KARIPAP Kampung Cara Orang Tua Dulu-Dulu Simple Je, Confirm 3-4 Biji Sekali Makan!

Mesti Baca: Ini Caranya Goreng KARIPAP Cantik, Kulit Elok Licin Tak ‘Berjerawat’
Baca Lagi Di sini: Penjual Karipap Tunjuk Cara Buat Kulit Rangup, Inti Kentang Sedap Dibuat Niaga!
Artikel Menarik: KARIPAP KENTANG Kulit Licin, Bakar Sekejap Dalam Ketuhar 10-12 Minit Sebelum Goreng!

Mingguan Wanita: Sedapnya makan karipap panas-panas. Memang puas hati bila buat sendiri, boleh letak inti penuh-penuh.

Sumber: Missz Amira

Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI