Karipap antara kuih yang tak pernah jemu di makan. Meskipun nak buatnya agak renyah sebab nak sediakan inti yang sedap, serta adunan doh yang rangup sempurna. Namun, kena ikut resipi yang betul, barulah hasilnya berbaloi dengan ‘usaha’ yang dilakukan. Lebih-lebih lagi apabila menikmati karipap panas hasil air tangan sendiri.
Rangup, cantik licin kulit karipap yang dikongsikan oleh Adlina Adlyenna ini. Menurutnya ia resipi ibunya sendiri dan diubahsuai kesedapannya mengikut citarasa keluarganya.
Berikut perkongsian resipi karipap tersebut;
Cerita di sebalik karipap.Setiap kali buat karipap mak saya mesti akan cerita betapa susahnya dia nak buat karipap masa kat Manchester. Dulu ayah study kat Manchester dan mak ikut. Bila duduk sana craving nak makan inti karipap yang sedap macam pakcik yang selalu jual depan rumah. Zaman tu takde internet, google youtube apatah lagi.
Recipe for karipap lovers
Resipi (Inti Karipap Kentang)
Bahan-Bahan:
2biji bawang merah (dipotong dadu)
2ulas bawang (dipotong dadu)
10biji kentang (dipotong dadu)
Sekeping dada ayam dipotong dadu
Seikat daun sup (diracik halus)
6sudu rempah kari
Garam secukup rasa
Ads
Cara Membuat:
1.Rebus kentang bersama dengan air yang sama banyak dengan isi kentang. Rebus separuh empuk.
2.Tumis bawang merah bawang, bawang putih, sehingga garing kemudian masukkan ayam kacau sehingga masak. Masukkan rempah kari. Garam.
3.Masukkan kentang sekali bersama air rebusan. Kemudian masukkan daun sup. Kacau sehingga air kering.
Resipi inti kentang ni sudah banyak kali diubahsuai sehingga menjadi sedap ikut citarasa keluarga saya. Alhamdulillah semalam saya yang masak inti ni, mak saya kata sedap. Terus A+. Selama ni mak yang buat inti. Saya buat inti tak pernah laa menjadi. Tak sangka semalam menjadi pula.
Bahan-Bahan (Pastri)
1kg tepung gandum
1cawan tepung beras
1cawan minyak (dipanaskan)
2sudu majerin
450gm air (anggaran) atau lebih.
1sudu kecil garam
Cara Membuat:
1.Campurkan tepung gandum, tepung beras dan garam. Gaulkan.
2.Panaskan minyak bersama majerin. Kemudian curahkan ke tepung
3.Gaul menggunakan senduk.
4.Masukkan air sedikit demi sedikit dan diselang seli dengan menguli. Uli sehingga menjadi doh.
5.Jangan terlalu banyak air, pastri akan jadi terlalu lembik dan jangan terlalu kurang air pastri akan jadi kering.
Ads
Tip Kulit Karipap Licin
Tips untuk dapatkan kulit karipap yang licin dan tidak mengelembung ketika goreng.
Bakar karipap dalam ketuhar pada suhu 150°c dalam masa 10-12minit. Pastri akan jadi kering dan boleh disimpan dalam peti sejuk jadi karipap frozen.
Goreng mengunakan suhu api yang rendah.Bila karipap dah separuh masak baru besarkan sedikit api.Bagi yang tiada ketuhar boleh goreng karipap pada minyak suhu yang rendah. Sentiasa terbalik balik kan karipap sehingga pastri masak.
Satu kilogram adunan boleh dapat dalam 60-70biji bergantung pada saiz karipap.
AMARAN
Karipap ni kalau makan tak cukup sebiji. Dah makan 1 mesti nak 2. Dah makan 2 mesti nak 3, dan tau tau je dah habis semangkuk. Sedapnya tu padu dalam rasa tu boleh rasa kentang, kari dan isi ayam. Kalau tak percaya boleh cuba. So eat at your own risk yang diet tu. Sebiji cukup la. Hehehe maaf sekadar gurauan.
Ads
Baca Lagi Di Sini:
Wanita Ini Tunjuk Ajar Satu Persatu Cara Buat Kulit Karipap Rangup & Inti Kentang Yang Sedap!
Buat Karipap Pusing Rangup,Tak Guna Marjerin Jadi Bukan Rapuh Pecah Berderai!
MW: Patutlah cantik licin kulit karipap ni, tak menggelembung bila digoreng. Rupanya kena bakar sekejap. Boleh cuba tip yang dikongsikan ini nanti bila nak buat karipap sendiri di rumah.
Tidak semua mak-mak tahu atau pandai membuat resipi masakan. Baik kek, kuih, biskut dan sebagainya. Kalau dah biasa pun, bila ditanya, ‘main campak-campak’ saja. Agak-agak terus pandai tak yang si tukang tanya. Silap cara, kek atau kuih langsung tak jadi. Sudahnya, campak kat luar sahaja. Sayang.
Bagi, mak-mak yang masih lagi belajar dan ingin tahu sukatan yang betul. Maklum sahaja, setiap resipi yang diajar oleh orang professional, mereka gunakan gram, oz, ml dan lain-lain. Kalau sukatan cawan pun belum tentu menjadi sebab mungkin ada yang guna cawan kecil atau cawan besar.
Jadi, untuk memudahkan mak-mak yang masih amatur untuk mengira suktan dalam resipi yang nak dibuat, boleh guna panduan yang dikongsikan oleh Miera Que’s ini.
Ada caranya untuk pastikan Kek Marjerin yang dibuat elok ‘moist’, lembut, sedap dan berlemak. Iaitu dengan menggunakan teknik ‘mix’ dalam mesin pengadun selama 3 minit sehingga dapat adunan yang gebu dan beralun. Bukan apa, jika terkurang mahupun terlebih ‘mix’ memang boleh menyebabkan kek bantat atau tak jadi.
Kek marjerin merupakan antara kek mudah yang disediakan dan selalu dihidangkan waktu minum petang untuk anak-anak, mahupun diberikan pada saudara mara jika ada buat kenduri. Mungkin kerana bahan-bahannya yang tak banyak, cara nak buat pun senang je membuatkan kek ini selalu menjadi pilihan.
Boleh cuba resipi dan cara buat kek marjerin mudah, lemak gebu dan lembap daripada Puan Nor Aini Abd Rahman ini sebagai panduan;
Kek marjerin lemak ,gebu dan moist.
Bahan-Bahan:
160gm marjerin (Butterlite/buttercup)
150gm gula (blend halus)
Esen vanilla
1 sudu teh ovallette
4 biji telur A
1/4 cawan susu uht
180gm tepung naik sendiri (Self Raising Flour)
Cara Membuat:
1. Mix marjerin 3 minit, masukkan gula halus, esen vanilla, ovallette.
2. Mix lagi 3 minit, masukkan telur 1 per satu, mix sehingga gebu. Lepas masuk telur mix dengan speed tinggi 3-4 minit.
3. Ayak tepung self raising dan masuk susu segar, mix lagi sehingga jadi adunan yang gebu dan beralun.
4. Siapkan loyang ukuran 7 inci, sapu marjerin dan alas kertas baking.
5.Masukkan adunan, ratakan permukaan kek dengan spatula. Lorekkan dengan lidi untuk pecahkan bubble halus.
Mingguan Wanita:Boleh cuba buat sendiri kek marjerin ni di rumah. Sesuai buat untuk minum petang, atau jamuan nanti. Memang sedap, lemak gebu dan moist rasanya!
Cucur udang memang sesuai dibuat untuk minum petang. Sedap dicicah dengan kuah kacang atau sos cili. Rupanya nak cucur udang gebu jadi bulat macam di beli di gerai, kena celup dulu senduk besi dalam minyak panas barulah diletakkan adunan. Malah rahsia untuk dapatkan cucur udang yang rangup kulit luarnya dan lembut gebu tepungnya kena letak sedikit soda bikarbonat.
Mak-mak yang nak buat cucur udang sendiri di rumah, boleh cuba resipi yang dikongsikan Norfarhana Ariffin ini;
“Cucur udang gebu gebas resepi mak..cicah kuah kacang boleh, cicah sos pun boleh..Ada yang suka tak?”
Bahan-Bahan:
1/2kg Tepung gandum
Sebiji telur
1 biji bawang besar (kisar)
Pewarna kuning (Jangan letak serbuk kunyit nanti jadi warna merah adunan tu sebab kita guna soda)
2 biji bawang holland hiris
Kucai
Tauge
Udang
Garam
Gula
Sedikit soda bikarbonat
Air
Cara Membuat:
1.Blend bawang besar sebiji.
2.Masukkan tepung gandum dalam bekas.
3.Masukkan bawang yang diblend tadi, telur sebiji, air, garam, gula, soda bikarbonat..kacau adunan. Agak-agak letak air jangan pekat sangat, jangan cair sangat.
4.Masukkan kucai, tauge, bawang holland hiris dan cili besar hiris.
5.Cara goreng nak bagi bentuk bulat.Celup senduk besi ke dalam minyak panas.Letak adunan tadi, letak udang atas dia.Masukkan dalam minyak panas.Biar kejap sampai bawah dia masak,nanti dia akan tertanggal sendiri.
Segengam cili kering
2biji bawang besar
7ulas bawang putih
Halia
Serai
Lengkuas
Belacan
(Semua bahan di atas dikisar halus)
Kacang tanah yang disangai dan diblend kering.
Asam jawa
Gula/ gula melaka
Cara Membuat:
1. Tumis bahan yang di blend tadi.
2. Dah garing masukkan kacang tanah yang disangai dan diblend halus.
3. Masukkan air asam jawa.
4. Masukkan sedikit air, gula dan garam. Nak letak gula melaka pun boleh.
5. Biar naik minyak.Kalau nak lagi pekat letak bancuhan tepung jagung untuk pekatkan kuah.
Siap! Selamat Mencuba.
MW: Mudah je nak buat cucur udang yang gebu gebas dan bentuk bulat macam yang kita beli di gerai. Mak-mak boleh cuba resipi yang dikongsikan ini. Buat sendiri lebih berbaloi dan puas hati!
Saharul Ridzwan diuji sakit di hari jadi isteri, Saharul Ridzwan syukur keikhklasan pasangan menjaganya "aku nampak kasih sayang Allah. Pelakon Saharul Ridzwan memuat naik...