Bagi mak-mak peminat pokok bunga orkid, faham je lah macam mana rumitnya nak jaga pokoknya. Biasanya pokok orkid memang jenis payah dan makan masa nak berbunga. Malah ada juga pokok orkid jenis bermusim bunganya dan selalunya bila pokok dan tua, bertahun-tahun tanam barulah pokoknya berbunga. Bila berbunga memang sangat cantik dan tahan lama.
Jika dah cuba macam-macam cara namun pokok orkid tak berbunga, boleh cuba petua tabur dengan tulang Ikan Mayong pula. Tak rugi pun mencuba, daripada tulangnya dibuang begitu sahaja, baik tabur di pokok.
Dah puas saya bubuh baja orang Siam, bubuh baja orang asli tapi masih tak berbunga jugak Orkid Harimau ku ini. Orkid ini baru 2 tahun. Punya lah ingin sangat-sangat nak nengok bunganye terpaksa lah saya bagi bunga plastik buat sementara nunggu Orkid harimau ni berbunga.
Hari ni ada sorang kawan dari Indon dia kata, cuba wak tabur kan tulang ikan Mayong dekat pokok Orkid tu Insyaallah berbunga wak.
Letak sabut kelapa, Kayu arang, Batu bata dan tanah merah sikit.
Ads
Nak bagi subur pokoknya saya guna baja organik je dengan air basuhan beras.
MW: Jika ada pokok orkid yang lambat nak berbunga tu boleh cuba petua yang dikongsikan iaitu tabur tulang ikan mayong. Insya Allah berbunga dan tak salah mencuba.
Sawi antara sayur berdaun hijau yang kita sering gunakan dalam masakan. Baik untuk digoreng, dibuat sup dan dicampurkan dan mee. Seronok sungguh jika dapat tanam pokok sawi yang subur, berdaun lebar dan besar-besar di rumah. Jimat kos dan paling penting bebas racun dan di tanam secara semula jadi. Selain menggunakan biji benih yang kita beli di pasaran, sawi juga boleh ditanam dengan hanya menggunakan pangkal keratan batangnya.
Alhamdulillah.Sawi yang saya tanam dari lebihan masakan, ni saya dah tuai daunnya untuk masak dan saya tinggalkan beberapa daun di pokok.
Cara saya, saya tinggalkan dalam 3 inci batang lebihan masakan kemudian rendam dalam air selama 4,5 hari sampai nampak pucuk baru.Tapi saya tukar air hari-hari untuk elak air jadi busuk.
Bila dah tumbuh daun baru saya tanam macam biasa. Tapi memang takkan nampak akar ok.Gambar last adalah rendaman yang baru saya buat hari ni. Air tak perlu banyak.
MW: Mak-mak yang suka berkebun dan bercucuk tanam di rumah tu, boleh cuba tanam sawi sendiri di rumah ikut kaedah ini. Mudah sahaja, daripada batang sawi di buang begitu sahaja, boleh juga cuba semai semula.
Mak-mak mesti ingat, label nombor yang biasa tertera di bahagian bawah bekas plastik adalah jumlah yang sepatutnya kita guna. Jangan lebih daripada itu, takut ia akan memudaratkan kesihatan. Rasanya semua orang mesti beranggapan begitu.
Sememangnya, bekas plastik yang ada dijual ini, macam-macam bentuk dan warna, sampaikan mak-mak pun geram dan kalau boleh semua nak diborongnya. Ini belum lagi, angan-angan apa jenis makanan yang nak dimasukkan ke dalamnya.
Kalau jenis mak-mak yang prihatin, mesti dia akan tengok dulu label nombor di bawahnya. Bagaimana dengan mak-mak yang tidak pernah ambil tahu tentang perkara ini.
Jangan salah faham tentang label nombor yang ada di bawah bekas plastik. Ini ada penerangan daripada ahli kimia, Fatimah Salin tentang perkara ini.
Secara peribadi, masuk saja kedai serbaneka, saya suka melihat kepelbagaian barang yang dijual, ada yang saya beli juga. Barangan yang murah, sedia maklumlah ada baik dan buruknya. Namun jika kita pandai membeli dengan membandingkan harga dan jenis barangan, untung sebenarnya. Ada barangan sama yang jauh lebih murah daripada kedai lain.
Cuma nak pesan, barangan yang melibatkan penyimpanan makanan harus lebih berhati-hati. Contoh barangan plastik berwarna hitam yang mungkin diperbuat daripada plastik kitar semula. Barangan murah dikaitkan dengan kitar semula komponen plastik barangan elektronik seperti keyboard, komputer dan sebagainya.
Kajian menunjukkan terdapat potensi bocoran (leaked) bahan-bahan kimia seperti cadmium, chromium, mercury, antimony ke dalam makanan yang dimasak, di samping bahan penebat api berbromin terutamanya apabila dipanaskan melebihi suhu 70 degree Celcius.
Interaksi dengan masakan berminyak, berasid dan bergaram tinggi juga meningkatkan risiko bocoran bahan-bahan kimia tersebut.
Bukannya tidak boleh guna, cuma ELAKKAN penggunaan plastik jenis sebegini pada suhu panas.
Berkongsi mengenai barangan plastik, mari ulangkaji mengenai label Resin Identification Code (RIC) yang digunakan pada barangan plastik supaya kita lebih cakna.
Cuba perhati barangan plastik anda. Perasan tak adanya nombor 1 hingga 7 yang biasanya berada dalam kurungan segitiga (rujuk gambar di bawah). Sebenarnya ia adalah kod rujukan yang bertujuan untuk mengklasifikasikan jenis bahan kimia polimer binaan aka material untuk bekas plastik berkenaan.
YA. Kod ini bertujuan untuk memudahkan proses pengumpulan semula bekas yang mempunyai bahan binaan yang sama untuk dikitar semula (recycled).
Bagi kod resin No.7 agak unik kerana ianya mengumpulkan pelbagai bahan binaan yang bukan dalam kategori utama No.1-6. Untuk lebih terperinci, boleh rujuk senarai dalam gambar di bawah.
Bekas berkod resin No.3 iaitu yang diperbuat daripada bahan kimia polimer vinyl chloride (PVC) boleh membocorkan (leaked) bahan kimia phthalates yang mana telah dikaitkan dengan masalah sistem peranakan dan tumbesaran.
Bekas berkod No.7 terutamanya yang diperbuat daripada bahan kimia polimer carbonate (PC) boleh membocorkan bisphenol A (BPA) yang mana telah dikaitkan dengan pembesaran prostat dan gangguan sistem peranakan pada bayi dan kanak-kanak, juga kanser payudara, diabetis, kegemukan, penyakit berkaitan jantung.
Selain itu, bekas berkod resin No.6 pula boleh membocorkan styrene iaitu bahan kimia penyebab kanser (kasinogenik). Ini juga sebab kenapa kini pembungkus polystyrene tidak dibenarkan untuk membungkus makanan, apa lagi untuk makanan panas.
Sebenarnya isu keselamatan barangan plastik ini pada dos yang kita terdedah setiap hari masih lagi menjadi perdebatan. Setakat ini, FDA hanya mengharamkan penggunaan bahan ber BPA dalam produk botol bayi.
Selainnya, masih lagi dikategorikan sebagai selamat kerana jumlah bahan kimia pemberi risiko yang boleh terbocor dan masuk dalam badan kita (melalui makan, minum, terhidu atau aplikasi pada kulit) adalah sangat sedikit jika dibandingkan dengan pendedahan luar dan sistem badan kita mampu mengeluarkannya secara semula jadi.
Usah risau, FDA bukan suka-suka keluarkan keputusan. Ia dibuat berdasarkan timbang tara beribu kajian klinikal tentang keselamatan barangan plastik ini. Jika pengeluar mengikut garis panduan pembuatan dan kita pula menggunakannya dengan betul, ia selamat. Maka, gunakanlah bekas-bekas ini sesuai dengan TUJUANNYA agar keselamatannya terjamin.
Nota kaki: Kod pada bekas plastik ini BUKAN petanda berapa kali ianya boleh dikitar semula ya.
Lada merah antara sayuran yang sering digunakan dalam masakan. Harga lada merah di pasaran boleh tahan mahal juga harganya. Jika mak-mak suka berkebun boleh cuba tanam sendiri pokok lada merah di rumah. Ia lebih jimat dan puas hati hasilnya nanti. Rupanya nak semai lada merah untuk dijadikan benih pokok, pastikan pilih lada merah yang terbelah hujungnya.
Hari ni saya nak share memilih lada merah yang sesuai dijadikan benih pokok.Pilih lada merah yang terbelah dihujungnya. Lepas keluarkan biji boleh terus semai di tempat semaian.
Semai guna medium kompos. Letak di tempat redup. Siram Pagi dan petang.Bila anak pokok dah keluarkan daun 4-5 helai bolehlah dipindahkan. Masa pindah sesuai waktu petang.
Saya guna baja kopi dan tinja ayam bergilir-gilir juga spray Foliar 2 in 1 (untuk subur dan anti serangga).
Medium topsoil campur kompos (1:1).Jika ada tanah sawit tabur keliling pokok.Tips pokok cepat subur tiap kali baja gemburkan tanah.
Saya mula spray foliar dari pokok berbunga lagi dan waktu sekitar 6 petang sebab masa ni serangga aktif mencari makanan. Saya cairkan dos dan spray setiap hari sebab serangga datang hari-hari lebih-lebih lagi bila pokok dah berputik. Sukatan untuk pasu besar 1 sudu teh. Lepas tabur gemburkan sikit tanah.
Cara cairkan dos ambil 1 lekuk pati foliar campur dengan 1.5 liter air. Foliar boleh dibeli di kedai pertanian.
Saya lakukan pembajaan secara bergilir. Minggu ni baja kopi minggu depan tinja ayam. Foliar 2 in 1 setiap hari spray waktu petang. Penting CAIRKAN dos elak pokok berlebihan baja. Nak tahu sukatan kita sesuai bila daun hijau.
Tabur tanah sawit pada pangkal pokok dan gemburkan tanah tiap kali baja. Siram pagi petang.
MW:Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jika mak-mak nak tanam lada merah boleh cuba semai ikut tip yang dikongsikan ini. Pastikan pilih lada yang terbelah hujungnya barulah sesuai dijadikan benih pokok.
Lama tidak melihat kelibat pelakon, Fathia Latiff di kaca Tv dan baru-baru ini dia ada berkongsi pendapat peribadinya mengenai jodoh apabila mengakui lebih memilih untuk mencari kebahagiaan berbanding memikirkan soal perkahwinan.