Seronoknya bila tanaman yang kita semai dan jaga membesar dengan jayanya. Siap boleh ‘akan hasil’ lagi. Pelbagai cara mak-mak gunakan supaya tanaman itu sihat dan salah satu yang selalu digunakan adalah diambil dari bahan dapur. Petua yang boleh diguna pakai bukan hanya untuk baja tapi juga untuk semburan tanaman daripada serangga yang tidak diundang.

Kebanyakan mak mula putus asa untuk menanam sebab tidak semua tanaman yang dilakukan itu menjadi. Bukan sahaja pokok mati tapi apabila ada serangga yang boleh membuatkan tanaman rosak.

Mungkin pelbagai petua yang telah digunakan terutamanya r4cun serangga untuk menghalau serangga tersebut. Kali ini, mak-mak tak perlu risau, boleh saja guna idea yang dikongsikan oleh Syamimah Ismail yang menggunaka nbahan dapur untuk semburan tanaman.

Paling penting, bukan sekadar murah dan senang nam membuatnya, malah ia dijamin selamat untuk tanaman mak-mak.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Tip Tanam Pokok Kunyit, Siram Air Sedikit Dan Letak Tempat Teduh, Baru Hidup

Tip Pokok Layu Kembali Segar, Tak Perlu Curah Air, Rendam Sejam Dalam Besen

Info Lebih Menarik DI SINI

IKLAN

Bahan Dapur Untuk Semburan Tanaman

Boleh cuba buat r4cun organik DIY.

Bagi sesiapa yang ada menanam cili, tomato & terung mesti geram tengok lalat putih atau afid yang melekat pada tanaman. Habis rosak daun dibuatnya. Lama-kelamaan, pokok itu boleh mati.

Jadi, kita buat semburan tanaman untuk halau lalat putih. Hanya gunakan bahan dapur sahaja.

Dijamin SELAMAT sebab ia organik.
Mudah, murah & senang disediakan.

IKLAN

IKLAN

Tip Untuk Semburan:

1. Sembur pada lewat petang iaitu lebih kurang jam 6 petang ke atas. Sebab sifat semula jadi serangga perosak AKTIF pada waktu malam. Jadi, semburan waktu lewat petang adalah paling sesuai.
2. Fokus semburan pada bahagian bawah daun. Sebab kat situ lah tempat ‘mereka’ berhimpun.
3. Gunakan nozzle spray yg paling halus. Atau pun yang berkabus adalah lebih baik.
4. Sembur seminggu sekali. Sekiranya pokok diserang teruk, sembur selang 2 hari sehingga serangga hilang.
5. Apabila pokok dah masuk peringkat berbuah, sembur lebih kerap (3 kali seminggu). Pada peringkat ini, pokok akan lebih kerap diserang perosak.

Alhamdulillah lama dah guna cara ini, ia memang BERKESAN untuk menghalau serangga perosak.

MW: Cara yang paling senang dan mudah. Moga bermanfaat untuk mak-mak yang suka menanam.

Sumber: Syamimah Binti Ismail

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita