Barangkali selama ini ramai mak-mak ingin mengambil lesen memandu tetapi gementar memikirkan perlu menghadiri ujian dan dipantau oleh seorang pegawai JPJ.

Kadang-kadang apabila pegawai JPJ berada di depan mata, perasaan gugup buatkan calon yang selama ini cekap mengendalikan atau memandu kereta jadi kalut, sudahnya ujiannya gagal. Insyallah dengan pengenalan sistem latihan dan ujian memandu automatik (e-Testing) ianya bakal memudahkan semua orang.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan sistem latihan dan ujian memandu automatik (e-Testing) di institut memandu seluruh negara, Jun depan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Shaharuddin Khalid berkata, melalui sistem tersebut, pengukuran prestasi calon ujian memandu akan dijalankan secara elektronik (automasi) dan keputusan ujian memandu akan dijana secara berkomputer.

“Apabila dilaksanakan sistem ini, tiada lagi pegawai JPJ di dalam kenderaan bersama calon,” katanya.

IKLAN

Menurutnya, pegawai JPJ akan berada di bilik kawalan untuk memantau dan memberi arahan kepada calon.

Lebih Memudahkan Calon

“Ia bukan sahaja memudahkan calon tetapi yang penting tiada lagi urusan antara calon dan pegawai JPJ di dalam kenderaan itu sekaligus meningkatkan integriti jabatan,” katanya.

IKLAN

Beliau berkata, bagi pelaksanaan sistem itu, tiga institut memandu di Johor dipilih sebagai projek rintis.

“Kita akan perluaskan seluruh negara pada Jun ini,” katanya pada sidang media selepas Perhimpunan Bulanan JPJ di sini hari ini.

IKLAN

Sementara itu menyentuh mengenai isu cermin gelap kenderaan, Shaharuddin berkata, JPJ memutuskan untuk mengeluarkan saman terhadap pemandu saja berbanding sebelum ini pemilik turut dikenakan tindakan sama.

“Penguatkuasaan akan berterusan cuma pemandu sahaja dikenakan saman.
“JPJ akan mengeluarkan Notis 61(1) Akta JPJ untuk mengarahkan pemilik kenderaan berkenaan membuat pemeriksaan dalam tempoh 10 hari,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

MW: Semoga selepas ini semua calon yang ingin mengambil lesen memandu akan lebih bertenang. Mungkin ujian berlangsung dengan lebih mudah dan cepat. Syabas satu langkah daripada JPJ yang memudahkan semua orang.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI