Taman permainan menjadi lokasi wajib anak-anak untuk bermain. Pantang nampak taman permainan, pasti cuaca panas pun anak-anak sanggup redah. Tetapi, mak ayah harus hati-hati setiap kali membawa anak-anak ke taman permainan.
Kadang-kadang kita terjumpa serpihan cat buaian, kita buat tak nampak sahaja selama ini. Sebenarnya bahaya yer mak, ayah serpihan cat tersebut. Ikuti perkongsian doktor Taufiq Razif ini:
Hati hati kalau terjumpa serpihan cat buaian atau gelongsor di taman permainan.
Jangan sampai anak kita jilat, makan atau masukkan serpihan tu ke dalam mulut mereka sebab pemeriksaan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang mendapati sesetengah cat di taman permainan masih mengandungi plumbum yang sangat sangat tinggi.
Kandungan plumbum paling tinggi pada cat yang berwarna kuning.
Takutnya anak kita terkena keracunan plumbum je. Keracunan plumbum pada anak ni bukan main-main sebab boleh menyebabkan kerosakan otak dan masalah pada pertuturan dan pendengaran.
Mujur tadi saya sempat warning anak saya bahaya benda ni. Sudahlah banyak tempat di playground kanak-kanak yang catnya sudah mula terhakis dan luntur tadi. Bahaya betul kalau anak-anak kita pergi jilat atau termakan serpihan serpihan cat tu.
p/s : Kalau sekadar sentuh cat itu tidak mendatangkan masalah tetapi nak tak nak kena beritahu anak-anak kita juga bahaya benda ini kerana malang kan tak berbau. Sekali dah ngap masuk mulut, keracunan plumbum lah jadinya.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat buat mak, ayah dalam membesarkan anak-anak. Kadang-kadang benda-benda kecil seperti ini mampu memberi impak besar kepada kesihatan anak-anak. Awasilah anak mak, ayah setiap masa agar tidak terkena keracunan plumbum.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sebut saja nama Hathim Thai tentu artis, selebriti mahu pun karyawan akan teringat sentuhan magisnya dalam solekan. Amy Mastura, Ziana Zain, Jacyln Victor, Faizal Tahir dan pengalaman dengan produksi filem terkenal seperti S Motion Pictures, Grand Brilliance, Tayangan Unggul dan banyak lagi adalah orang yang pernah mendapatkan perkhidmatan solekannya.
Ini semua tidak termasuk lagi dengan pengalaman dalam dunia komersial, travel VVIP yang memerlukan perkhidmatan solekannya, peringkat antarabangsa dan banyak lagi. Itulah pengalaman yang cukup indah dikutipnya sepanjang 25 tahun mengabdikan diri dalam dunia solekan.
Menyepi Diri
Hari ini, Hathim Thai Ahmad Nazri, 47 tahun, tidak lagi seaktif dulu. Mungkin ramai yang tidak tahu selama lima tahun kebelakangan ini dia banyak menghabiskan masa di rumah dengan menguruskan seorang anak angkatnya, Hadzriq Hadkim Hathim Thai Abdullah, 10 tahun. Semuanya kerana masalah kesihatan yang tidak mengizinkan dia untuk meneruskan kerjaya seperti dulu.
Penulis turut menghubungi Hathim Thai untuk bertanya lebih lanjut dan berkongsi cerita tentang masalah kesihatan yang dialaminya itu. Menurut Hathim, dia mendiamkan diri bukan tidak ingin berkongsi cerita tetapi sebenarnya dia tidak mahu menyusahkan sesiapa sahaja.
“Sebenarnya, selama ini saya mendiamkan diri dan menguruskan kehidupan harian saya seperti biasa kerana tidak suka meminta simpati atau meminta-minta. Bukan apa, saya tidak mahu orang salah faham dan menganggap bila sakit mulalah hebohkan,” katanya lebih memikirkan perasaan anak angkatnya yang dijaga sejak kecil lagi.
Kurang Darah Merah
Bercerita lebih lanjut tentang masalah kesihatannya. Segalanya bermula pada tahun 2014. Selama ini, Hathim tidak pernah tahu badannya kekurangan darah merah. Sehinggalah, dia pitam di rumah.
“Kebiasaan waktu pagi, saya akan mengejutkan ibu sebaliknya pada hari itu, ibu yang mengejutkan saya. Namun, saya tidak dapat bangun dan hanya meminta ibu membawa saya ke hospital.
“Dengan bantuan jiran sebelah rumah, saya dikejarkan ke hospital dan hasil pemeriksaan doktor mendapati saya kurang darah merah dalam badan. Menurut doktor, badan kita perlu ada 15 beg darah merah sedangkan saya hanya ada empat beg darah merah sahaja dalam badan.
“Sudah tentu tidak cukup untuk saya survive. Malah, ia boleh merosakkan buah pinggang. Jadi doktor memasukkan dua beg darah merah ke dalam badan saya untuk memastikan agar tidak berlaku perkara yang tidak diingini,” cerita Hathim tentang masalah yang dihadapi.
Walau bagaimanapun, semasa memasukkan darah ke dalam badan, mungkin kerana tekanan yang kuat menyebabkan darah pecah pada bahagian saraf mata. Kesannya saraf matanya berdarah dan memberi risiko untuk mata rosak dan lebih teruk hilang penglihatan.
“Dalam masa yang sama, saya berusaha untuk sembuhkan darah dalam saraf mata dan doktor memberitahu risiko agak tinggi kerana 50 peratus mungkin akan mengembalikan penglihatan dan 50 peratus lagi boleh menyebabkan buta. Kesannya, selepas cuci, mata sebelah kanan saya terus tidak nampak dan sebelah kiri hanya dapat melihat hanya 30 peratus sahaja,” kata Hathim yang kini pergerakannya agak terbatas.
Dialisis Tiga Kali Seminggu
Ekoran daripada masalah yang dihadapi itu, Hathim sekarang perlu menjalani dialisis sebanyak tiga kali seminggu dan rawatan tambah darah. Mujurlah, kos perbelanjaan ditanggung sepenuhnya oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.
“Syukur, saya mendapat bantuan sebanyak RM350 sebulan dan kos rawatan turut ditanggung oleh Baitulmal sepenuhnya. Dengan jumlah tersebut, tentunya tidak cukup untuk saya menanggung kehidupan dengan anak angkat,” kata Hathim lagi.
Kuat Demi Anak
Tiada yang Hathim harapkan selain ingin melihat anaknya bersekolah dan membesar seperti anak lain.
“Saya kuat demi kehidupan anak saya. Setiap hari saya berdoa agar saya diberi peluang untuk hidup agar dapat medidik dan membesar anak saya sehingga dewasa. Jika Allah ambil nyawa saya selepas itu, saya reda. Sekurang-kurangnya saya tidak rasa bersalah kerana sudah menjaga amanah yang Allah berikan,” katanya penuh harapan.
Sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan, bolehlah sumbangkan ke Maybank (114066616039) atau BSN (1417441000063110) atas nama Hatim Thai Bin Ahmad Nordin
Untuk cerita lebih lanjut, dapatkan majalah Mingguan Wanita keluaran Jun vol 2 2019 di pasaran nanti.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pelakon Datuk Fizz Fairuz mohon doa dari semua agar penyakit batu karang dalam hempedu yang dialami isterinya, Datin Almy Nadia segera sembuh.
Sebelum diketahui akan penyakitnya itu, Almy dikatakan mengalami sakit perut yang teramat. Sebelum ini, sampai tak boleh nak pegang perutnya itu, sebab terlalu sakit.
“Alhamdulillah, sekarang lebih baik selepas dapat rawatan di hospital.”
Almy atau nama sebenarnya Ungku Almy Nadia Ungku Aminuddin Shah, 34 mengalami sakit perut yang teruk pada Isnin lalu. Kondisinya itu meny ebabkan dia dimasukkan ke Hospital Columbia Asia di Setapak.
Waktu itulah baru Fizz atau nama sebenarnya, Mohd Fairus Zainal Abidin, 40 mendapat tahu yang isterinya menghidap batu karang dalam hempedu.
Bagaimana pun, rawatan untuk penyembuhan penyakitnya itu cuma boleh ditentukan sebaik doktor selesai melakukan pengimejan resonans magnet (MRI) ke atas Almy.
Masa itulah nanti baru doktor boleh putuskan sama ada nak buat pembedahan laser atau makan ubat saja.
“Dia ada batu karang dalam hempedu yang tak begitu kritikal. Tapi banyak dan halus-halus. Doktor syak baru karang tu dah jatuh ke dalam usus. Jadi, untuk kepastian Almy akan jalani pemeriksaan MRI.” Ujar suaminya lagi.
Doa Suami Untuk Isteri
Ketika berkongsi gambar isteri di dalam wad, Fizz mendoakan kesembuhan isterinya. Malah, memberi kata-kata semangat pada isteri bahawa ujian penyakit itu adalah penghapus dosa.
“Semoga dipermudahkan.. segala penyakit, ada penghapus dosa-dosa kita. InsyaAllah doa dari semua akan menyembuhkan wife saya.. insyaAllah.. amin.
“Take cara sayang, U kuat.”
Februari lalu, Almy pernah dimasukkan ke hospital selepas keguguran kali pertama semasa kandungannya berusia 14 minggu. Dan sekali lagi, Almy dimasukkan ke hospital akibat keguguran ketika kandungannya berusia enam minggu, iaitu pada 28 Mei lalu.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada tahun 2014 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata perempuan yang comel, Nur Afrina Arianna, 5, Nur Arfina Aurora, 4 dan Nur Arfina Ayra setahun.
MW : Allahu.. sakit tu, sampai tak boleh pegang perut. Moga Almy cepat sembuh dan dapat berkumpul semula dengan anak-anak perempuannya yang comel itu.
Sebut orang asli, mesti kita akan ingat, golongan ini tinggal di dalam hutan, ‘jakun’ dengan persekitaran yang berlaku di bandar dan tidak pernah merasai arus permodenan sekarang ini.
Namun, jangan sesekali merasakan mereka tidak layak berdiri sama tinggi atau duduk sama rendah. Kalau kita tengok, golongan ini mungkin akan jadi lebih baik daripada kita dan tidak mustahil, mereka ini lebih bijak dari yang ada di bandar sekarang ini.
‘Orang Asli Di Mata Masyarakat’. Topik yang dikupaskan dalam Mingguan Wanita Talkshow tengah hari tadi. Antara tetamu jemputan adalah Norlia Samsi, Pengerusi Kelab Kebudayaan Mah Meri, Dr. Madeline Anak Berma, Pesuruhjaya SUHAKAM, Diana Ross, Naib Pengerusi Kelab Kebudayaan Mah Meri dan artis jemputan Iza’an.
Dalam perbincangan itu, Norlia Samsi mengatakan:
“Golongan orang asli adalah masyarakat yang eksklusif dengan adat resam dan menjadi salah satu tarikan pelancong kerana ia keunikan yang dimilikinya.
“Contohnya dalam majlis perkahwinan, mereka ini perlu melalui 7 peringkat sebelum berkahwin dan tiada istilah pasangan itu perlu berkahwin paksa. Ini kerana mereka betul-betul mengikut adat dari zaman nenek moyang lagi.”
ManakalaDr. Madeline Anak Berma pula:
“Sebenarnya, kita tidak boleh panggil orang asli itu mundur kerana melalui mereka, banyak benda yang kita boleh pelajari dan tidak mustahil mereka lebih hebat daripada kita”.
Salah satu cintoh kejayaan anak orang asli ialah Diana Ross. Katanya:
“Jangan sembunyikan diri atau rasa malu, tetapi kita perlu tampilkan diri dan ke hadapan. Tidak mustahil, kita boleh berjaya seperti orang lain juga.”
Bagi mengikuti topik ini lebih lanjut, saksikan siaran ulangan Mingguan Wanita Talkshow di Astro Prima 105 dan Prima HD 121 jam 8.00 malam ini bersama Siti Elizad dan Sherry Al-Hadad.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
“Saya membesarkan mereka sendiri sebagai ibu tunggal sejak 15 tahun lalu” itulah luahan Rita Rudaini yang sangat cemerlang dalam mendidik anak-anaknya.Pelakon senior, Rita Rudaini...