Yaya Tak Ramai Kawan Takut Dipergunakan, Hanna Tak Sangka Jadi Mangsa

Kata ibu anak tiga, Hanna Baa dia sudah berfikir sedalam-dalamnya sebelum mendedahkan perbuatan curang antara suaminya dengan adik angkatnya, yang digelar Yaya.

Pendedahannya itu semata mahu memberi pengajaran kepada wanita lain supaya tidak menjadi mangsa sepertinya. Akuinya dia mahu membuktikan yang dia di pihak yang benar.

Bukan niatnya mahu memfitnah atau menjatuhkan mana-mana pihak, “Saya tak mahu ulas panjang sebab saya ada bukti. Dan akan panjangkan isu ini kerana dia menuduh saya memfitnahnya.”

Dalam dakwaannya sebelum ini, Hanna tak menyangka gadis yang dianggap sebagai adik ini, yang didengari rintihannya, tergamak bercinta dengan suaminya sendiri.

Dalam keadaan dirinya ketika itu hamil, sehinggalah melahirkan dan berpantang.

IKLAN

Hanna Kasihan, Yaya Tak Ramai Kawan Sebab Takut Dipergunakan

Menurut Hanna, dia mula mengenali Yaya pada akhir Disember 2018. Ketika itu dia menghadiri kursus berkaitan perniagaan di Kuala Lumpur.

Daripada situ, saya berkawan dengannya kerana mahu dia mengenali dunia luar disebabkan sebelum ini, dia dakwa hidupnya hanya ada ibu bapa.

Saya kasihan sebab dia tidak mempunyai kawan, malah dia sendiri mengaku tidak ramai kawan kerana takut dipergunakan.

IKLAN

Tak sangka saya yang akhirnya menjadi mangsa,”

Selepas pendedahan itu, Hanna tidak mahu lagi memikirkan apa yang telah dilaluinya itu. “Hati saya sudah tawar. Hubungan dengan suami pun dingin terutama selepas pendedahan itu.” Malah, dakwanya dia juga sudah puas menasihati keduanya mengenai hubungan mereka itu.

IKLAN

Tidak sama sekali dia berniat mahu menjatuhkan Yaya, tetapi tindakannya itu adalah demi dirinya dan anak-anak yang dianggap menjadi mangsa.

Ketika ini, Hanna juga sudah memfailkan penceraian ke atas suaminya dan melantik peguam. Malah, menyerahkan semua urusan kepada peguamnya untuk tindakan lanjut.

Artikel berkaitan :

Sumber/Foto : Harian Metro, Hanna Baa

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI