Selepas tularnya perkongsian seorang ibu anak tiga yang yang mendakwa suaminya dirampas seorang wanita bernama Yaya. Terkini, usahawan kuih bakul, Haziqah Nurul Huda Harun, tampil membuat penjelasan.
Katanya yang mesra dengan panggilan Yaya, “Saya tidak pernah berkahwin dengan sesiapa. Dan semua dakwaan dibuat di Facebook itu adalah fitnah.”
“Saya reda dengan ujian Allah. Allah ada bersama saya. Insya-Allah, Allah permudahkan segala urusan saya hendaknya.”
Dalam kenyataan di facebook milik Hanna Baa, ibu anak tiga itu mendakwa yang Yaya sudah dianggap bagaikan adik kandung sendiri. Malah, mengasihi gadis itu dengan ikhlas.
Tidak sangka, teman baiknya yang dianggap adik itu menikamnya dari belakang menjalinkan hubungan cinta diam-diam dengan suaminya.
Ads
Ayah Sentiasa Bersama, Tiada Alasan Berkahwin Di Thailand
Sebaliknya gadis ini menafikan malah baginya dia tidak mempunyai alasan untuk berkahwin di Thailand. Hidupnya sentiasa ditemani ayah, memandangkan keupayaan memandu yang terbatas. Sebab itulah ayah yang akan membawanya ke mana-mana.
“Kerana ayah iaitu wali sah dan ibu sentiasa bersama saya 24 jam.”
Ada dakwaan menyatakan tarikh 6 Januari 2020 adalah tarikh perkahwinan Yaya dengan lelaki itu di Thailand. Akui Yaya, ianya sama sekali tidak benar.
“Kerana pada hari itu saya sekeluarga berada di Kuantan kerana anak saudara dimasukkan ke hospital.”
Ads
Baru-baru ini, Yaya juga berkongsi keajaiban yang terjadi ke atasnya selepas kerusi rodanya dicuri di Makkah. DIa boleh boleh berjalan semula setelah 9 tahun diuji dengan lumpuh.
Saya Masih Bujang.. – Yaya
Bagaimana pun, usahawan kuih bakul berstatus halal ini memilih untuk tidak mahu mengulas lanjut berkaitan fitnah yang dilemparkan terhadapnya. Dan berharap semoga kebenaran akan terjawab juga akhirnya.
Yaya tidak dapat menghalang netizen daripada menghukum malah mengecamnya kerana fitnah itu.
“Saya yakin berada di pihak yang benar.”
Ads
“Cukup sekadar mereka tahu, saya masih bujang dan tidak bercinta dengan sesiapa, jauh sekali berkahwin dengan suami orang.”
Ulasnya lagi, dia cuma mempunyai ibu dan ayah serta keluarganya selain daripada perniagaan yang diusahakan. “Rezeki bukan datang daripada perniagaan, ia daripada Allah.”
Bagaimana pun Yaya, tak teragak mahu menyaman individu terbabit jika terus-terusan memburukkan nama baiknya.
Pengorbanan seorang wanita yang bergelar isteri dan ibu sangatlah luarbiasa.Biarpun dihimpit rasa keletihan dan kepenatan, semangat dan tenaganya dalam menguruskan anak-anak serta rumahtangga, hanya demi memastikan segalanya serba serbi sempurna.
Ramai yang mengetahui, pengacara Aidid Marcello, 38, telah mengalami kecederaan serius sehingga menyebabkan bahagian ligamen anterior cruciate (ACL) pada lututnya putus ketika bermain bola. Sepanjang tempoh pemulihan tersebut, pengorbanan isterinya, Norzie Pak Wan Chik,43 setia menjaga suami tersayang agar kembali sihat dan sembuh seperti sediakala, meskipun penat dan kena bekerja.
Baru-baru ini Aidid ada memuat naik gambar isteri tersayang yang sedang membaca berita didalam posting Instagramnya. Gambar tersebut jelas kelihatan raut wajah Norzie yang keletihan dan kepenatan. Menghargai pengorbanan penat lelah isterinya, yang menjaga dirinya dan kena keluar bekerja, Aidid ada berkongsi luahan perasaannya terhadap bingkisan doa buat para wanita yang bergelar isteri dan ibu.
“Daripada hari aku sakit 22 hari lepas sampailah sekarang, aku tahu dia ni penat sangat dengan kena jaga aku + dia dah kena baca #nightline news lagi, kadang-kadang sampai umah jam 1 pagi.”
“Ya Allah, Kau berilah kekuatan semangat, kesihatan berpanjangan, dijauhkan daripada sebarang penyakit-penyakit merbahaya, diberkati rezeki dan lindungilah serta kasihanilah dia sepertimana setiap saat dia mengasihani aku dan keluarganya.”
“Jom sampaikan doa ini kepada isteri, ibu dan sesiapa sahaja yang kita tahu tahap pengorbanannya HEBAT bagi membantu kita amin. Saya doakan untuk semua juga”
Terdahulu, Aidid dan Norzie telah mendirikan rumahtangga sekitar bulan Mei 2005 dan dikurniakan 4 orang cahaya mata, seorang perempuan dan 3 orang lelaki.
Antara komen-komen yang diterima;
nurisshamAndai semua suami berdoa bagi setiap isteri dan ibu mereka begini alangkah bahagianya wanita-wanita dluar sana.Penat lelah mereka dihargai.
zainalkembarajohorTahniah aidid terima kasih atas doa untuk isterimu.tersentuh rasa hati isteri kalau suami sangat perihatin.
amysufya_officialaminnn pgorbanan isteri sememangnya tiada tandingan, nampak mereka letih tapi untuk kelurga mereka sanggup berkorban apa sahaja.
nooraishamkadirHargai lah isteri anda.Pengorbanan dia terlalu besar untuk keluarga.
rafidah.rahmanAlhamdulillah… Bersyukur Dan beruntung Abg dpt isteri sebaik sis norzie. Semoga ikatan perkahwinan korang Bahagia hingga ke syurga.. Ameen
hspaperbagPengorbanan seorang isteri memang tak dapat digambarkan dengan kata-kata..memang besar pengorbanan mereka.
ain_emran Amin untuk semua wanita yang berkorban masa untuk family dan bantu ekonomi keluarga.
salawati79Pengorbanan isteri terlalu banyak..isteri tak dapat hadiah pun xpe, sekadar dapat pujian dan doa dari suami pun dah memadai.
Mingguan Wanita ucapkan semoga Aidid cepat sembuh serta tahniah kerana menghargai pengorbanan wanita bergelar isteri dan ibu. Buat para suami boleh contohi sikap Aidid ni, rajin-rajinkanlah perhatikan isteri, lihat kepenatan dan pengorbanannya dalam menguruskan rumahtangga demi memastikan segalanya sempurna.
Tular sejak pagi tadi, akhirnya kenderaan utiliti sukan (SUV) Mazda CX-5 yang terhumban dari Jambatan Pulau Pinang selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 4.0 jambatan itu ditemui jam 4 petang tadi.
Pemandu kereta yang terhumban ke dalam laut itu adalah seorang lelaki dikenali sebagai Moey Yun Peng, 20, yang juga pelajar sebuah kolej swasta.
SUV Dinaikkan Menggunakan Kren
Menurut sumber Sinar Harian, kenderaan terbabit ditemui 15 meter daripada tiang 34 jambatan itu.
Setakat ini usaha untuk menaikkan SUV terbabit akan dilakukan menggunakan kren.
Pasukan operasi dan menyelamat (SAR) kini masih menjalankan kerja-kerja mereka di lokasi kenderaan itu ditemui.
Tercampak Selepas Kemalangan
Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi tadi, kereta terbabit dipercayai tercampak ke dalam laut ketika dalam perjalanan dari Georgetown menghala ke Seberang Perai.
Manakala pemandu Toyota Vios yang berusia 21 tahun dirawat di Hospital Seberang Jaya (HSJ) kerana mengalami kecederaan.
Kemalangan dua kenderaan ini dilihat menerusi kamera litar tertutup (CCTV) berhampiran lokasi kejadian.
CCTV paling hampir terletak 100 meter dari lokasi SUV terbabit terjunam, manakala satu lagi di Kilometer 5.3.
Apa pun, moga ahli keluarga kedua-dua belah mangsa boleh bersabar dan bertenang menghadapi berita sedih ini.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kali pertama mengundi, lelaki dakwa nama adik sudah dipotong dari buku walau belum buat apa lagi. Hari ini rakyat Malaysia keluar mengundi dan berhak memilih siapa parti mana yang difikirkan layak memerintah negara.
Bahkan sebagai rakyat Malaysia keyakinan orang awam terhadap ketelusan dan integriti perjalanan pilihan raya yang dilaksanakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya dalam membentuk proses demokrasi berperlembagaan negara amat tinggi.
Ini kerana rakyat tidak mahu berlakunya manipulasi dan penipuan dalam proses pengundian ini. Namun satu insiden dikongsi oleh seorang pengguna fb iaitu Mirul Azwan yang berkongsi kisah adiknya, Mohammad Rashydan bin Mohd Azli dan beralamat di Pasir Mas, Kelantan boleh menimbulkan banyak tanda tanda mengenai integriti.
Ini kerana dalam perkongsiannya Azwan menjelaskan nama adiknya yang berusia 24 tahun dan kali pertama bersemangat mengundi itu berakhir dengan tanda tanda apabila namanya sudah dipotong walau adiknya belum mengundi pun lagi.
“Adik kito bangun nak ngundi (Tunai Kewajipan Kepada Negara) kali pertama plak tu. Apo nama ore tanda dah. 4 buah buku dalam bilik ngundi tanda belako dah. Guano kiro ni Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia – SPR.. mcm mana blh berlaku? Soalnya.
Kejadian ini berlaku di SMK Tendong saluran 3.
Moga insiden ini tidak mencemarkan ketelusan yang kita harapkan dan pihak SPR juga harus memberikan kenyataan agar ia tidak menimbulkan tanda tanya kepada orang ramai.
Jururawat hampir kehilangan RM4000 akibat emel palsu, "diminta verify kalau tak akaun Netflix digantung. Seorang jururawat hampir kehilangan wang simpanannya selepas menjadi mangsa penipuan...