
Sesekali memang teringin nak minum ‘air mahal’ pelbagai jenis di kedai kopi terkenal. Jika beli sebekas boleh ‘pejam mata’ lagi harganya namun kalau anak ramai, dah berapa pula jumlah kosnya. Nak jimat dan puas hati minum, mak-mak memang kena buat sendiri di rumah. Guna 3 bahan je, dah boleh buat ‘air mahal’ rasa ala-ala Choc Cream Chip di Starbucks.
Ikut resipi dan cara yang dikongsikan oleh Mohd Fadzil ini.
Resepi untuk orang yang selalu craving air mahal, benda boleh buat sendiri buat apa beli
Bahan-Bahan:
Susu coklat (saya guna Farm Fresh Premium Choc Milk, Tak Manis Tak Muak, SEDAP!
Choc chip (Lebihan buat biskut raya)
Ais
Cara Membuat:
Masukkan semua bahan-bahan dalam blender dan kisar halus.

Senang je kan, rasa ala-ala Choc Cream Chip starbucks. Tambah topping whipping cream, so yummyyyy.

Kalau nak rasa Java Chip (Mocha) boleh tambah Cafe Latte Farm Fresh.

Baca Lagi Di Sini:
Langkah Mudah Buat Kek Batik Sedap Tanpa Telur, Biskut Rangup Coklatnya Lembut!
Cara Buat Jus Avokado Yang Fresh, Creamy Lagi Sedap! Sangat Bagus Untuk Wanita Hamil
MW:Menarik boleh cuba resipi ‘air mahal’ ni. Nak beli bukannya murah, lebih jimat buat sendiri dan yang pastinya puas hati minum.
Sumber: Mohd Fadzil
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Ikan Pari Bakar Marvellous, Kalau Tak Nak Pedas Boleh Kurangkan Cilinya!

Sedapnya kalau dapat makan ikan pari bakar yang dibakar bersama dengan sambal tumis. Lagi sedap kalau ikan bakar itu dimakan dengan nasi panas. Nak makan begitu sahaja pun boleh.
Cara buatnya tidak susah. Paling penting kena siapkan dahulu sambal untuk dibakar bersama ikan pari tersebut.Melalui perkongsian Erma Azizie ini, sambal ikan pari bakar ini agak pedas. Bagi yang tidak makan pedas bolehlah kurangkan cili.
Dan kalian ada pilihan samada hendak membakar ikan tersebut di dalam oven atau guna sahaja kuali pemanggang ajaib jika ada.Setelah siap bolehlah dihidangkan untuk makan tengah hari atau makan malam.
Boleh Cuba Resipi Ikan Pari Bakar Perkongsian Erma Azizie Ini.
“Ikan pari bakar marvellous….Jom buat!!!”
Bahan-bahan
3 Ekor ikan pari sedang (potong 2)
2 Biji bawang besar
3 Ulas bawang putih
10 Batang cili kering (buang biji dan rebus)
3 Batang cili besar
4 Batang cili padi
Garam
Gula
Serbuk perasa
Asam keping
Daun limau purut (mayang halus)
Daun kunyit (mayang halus) (buang urat tengah ye)
Daun pisang
Aluminium foil
Baca Ini Juga:
Ikut Tip Ini Dapat Rasa BBQ Super Sedap, Cantik Bila Bakar!
Pekasam Daging Homemade Guna 4 Bahan, Peram 10 Hari Baru Goreng
Cara Buat
1-Cuci bersih ikan pari.

2-Blend (kisar) bawang besar, bawang putih, cili kering, cili besar, dan cili padi.Ambil kuali bersih, masukkan minyak dan tumis semua yang dah blend tadi sampai garing. Masukkan asam keping, garam, gula, serbuk perasa. Kemudian masukkan daun limau purut dan daun kunyit. okay… Sambal dah siap…

5-Ambil aluminium foil, lapikkan daun pisang. Kemudian ambil sambal letak sikit atas daun pisang. Letak ikan dan selepas itu letak lagi sambal. Kemudian balut ikan pari dengan aluminium foil.

6-Akhir sekali, bakar ikan pari sampai masak, Boleh bakar guna oven. Aku guna pemanggang ajaib sahaja. Siap!

MW: Siapa suka makan ikan bakar bolehlah cuba buat resipi ini. Kalau tak suka ikan pari, bolehlah tukar kepada ikan lain. Dan kalau tak mahu pedas, boleh kurangkan cilinya. Selamat mencuba!
Sumber/Foto: Erma Azizie
Follow Mingguan Wanita
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Tukang Masak Kongsi Tip AYAM BERLADO Super Sedap, Tak Keras Kekal ‘Juicy’!

Tukang Masak Kongsi Resipi AYAM BERLADO Super Sedap, Tak Keras Kekal ‘Juicy’! Ada caranya untuk memasak ayam berlado yang sangat sedap, tak keras malah kekal ‘juicy’. Rupanya kena rebus sekejap sebelum digoreng. Ini tip yang dikongsikan oleh tukang masak yang juga peniaga makanan nasi campur sendiri.
Cuba resipi Ayam Berlado daripada Tukang Masak Yayar B. Awang Noh ini. Menu masakan yang selalu dibuat niaga.
Takde idea nak masak apa hari ini? Dah tak lalu nak makan daging, jom yayar kongsikan resipi Ayam Berlado super sedap.
Bahan-Bahan:
10 ketul ayam (direbus sekejap)
Bawang putih (kisar)
serbuk kunyit
garam
Segenggam Cili Api
Cili Besar
1 labu bawang merah
3 ulas bawang putih
Cara Membuat:
1. Rebus ayam sekejap.Selepas rebus kisarkan bawang putih bersama serbuk kunyit dan garam.
2. Gaulkan pada ayam kita yang telah rebus tadi, perap seketika.
3. Dah setengah jam boleh goreng sekejap ayam tadi. Jadinya ayam takkan keras malah akan juicy tetapi tetap masak kerana kita dah rebus ayam tadi.
4. Kisarkan cili api dicampur bersama cili besar, bawang besar dan bawang putih. Kisar manja-manja je.
5. Masukkan dalam kuali dan didihkan biar berkurangan air dalam cili kita tadi.
6. Bila air dah separuh kering, masukkan minyak masak. Boleh guna minyak yang kita buat goreng ayam tadi.
7. Masukkan serai serta daun limau purut.

8. Kacau dan boleh perasakan dengan garam dan ajinomoto (kalau guna)
9. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Kacau dan siap!

Makan dengan nasi kosong gitu pun dah sodap!
Selamat mencuba!
Mesti Baca: Rasa AYAM MASAK KICAP Lebih Sedap, Letak Sikit Perencap Sup!
Baca Lagi Di Sini:Resipi Rendang AYAM PENCEN Cili Hijau Sedap, Sukatan Untuk 5 Ekor!
Artikel Menarik:Resipi Ayam Bakar Ala KENNY ROGERS Sedap, Masak Dalam Kuali Dengan Kuah Dulu!
Mingguan Wanita: Jadi kalau nak buat ayam berlado ikut tip yang dikongsikan ini. Pastikan rebus ayam sekejap barulah digoreng. Barulah ayam tak keras atau kering dan kekal ‘juicy’.
Sumber: Yayar B. Awang Noh
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
BUDU Rahsia Penyedap GULAI KUNING Ikan, Suami Hirup Kuah Tak Berhenti!

Gulai Kuning ikan memang terkenal di negeri pantai timur. Rasa gulainya yang tersendiri memang membuka selera. Meskipun nampak mudah, namun agak ‘mencabar’ untuk dapatkan rasa gulai yang sedap macam air tangan orang Kelantan sendiri. Rupanya kena masukkan sedikit budu sebagai penyedap gulai kuning dan boleh membuatkan suami hirup kuah tak berhenti.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Mizah Ngatiman ini sebagai panduan;
Terlupa yang hari Sabtu semalam, suami balik kerja bawa balik seikat sayur Kacang Panjang. Tadi pagi baru teringat, dan saya tanya, “nak masak Gulai Kuning Ikan ke?”
Kebetulan buah Jering ada lagi stok. Saja saya pancing selera beliau.Jadinya, tadi pagi lepas hantar anak ke sekolah. Kami pun cari Ikan Kembung. Niat nak masak lebih boleh kongsi dengan orang lain.
Resepi Gulai Kuning ni nampak mudah. Cuma tak kena gaya masak, kita tak dapat tune rasa sebenar macam air tangan orang Kelantan. Saya sendiri selepas lebih 10 tahun cuba dan cuba masak, baru lah Suami kasi tumbs up.
Nak tahu sedap ke tidak, tengok suami hirup kuah tak berhenti. Atau ayat cliche selalu beliau tanya masa tengah makan, “beli mana lauk..kedai mamak depan ke ? “
“Mana ibu beli..biasa ibu order food panda” celah budak Otomen
Dua-dua lelaki dalam rumah ini sokmo masuk air !
Okay, ini bahan dan cara masaknya ye.
Bahan-Bahan:
20 ekor ikan kembung (disiang, cuci bersih, susun dalam periuk, letak air secukupnya. Letak garam dan asam keping. Rebus dengan api sederhana besar)
20-30 batang kacang panjang (dipotong panjang-panjang 3 inci)

(Kisar Halus)
3 biji bawang merah sederhana besar
5 ulas bawang putih
3inci lengkuas
6 tangkai lada kering

20 tangkai cili api
2 biji kelapa parut -perah santan pekat secukupnya
1sb serbuk kunyit
1sb budu
Garam dan gula secukupnya.
Cara Membuat:
1. Bahan kisar letak dalam periuk. Ambil lebihan air rebusan Ikan. Buka api..biar bahan kisar masak seketika.
2. Kemudian letak Santan dan serbuk Kunyit.

3. Letak Kacang Panjang. Biar layu sekejap.
4. Letak semua ikan rebus sekali asam keping dalam kuah.
5. Letak Cili dan Budu.
6. Sentiasa kacau kuah sehingga kuah pekat sedikit. Perasakan gula secukupnya. Saya tak letak garam dah sebab ikan rebus dan air rebusan dah cukup masinnya. Tambah letak budu juga.
7. Kuah dah mendidih betul boleh lah tutup api dan sedia dihidang.

Selamat Mencuba!

Info Ekstra!
- Kacang panjang boleh tukar dengan timun.
- Budu rahsia penyedap gulai dan optional ye.Tak nak letak pun takpa.
Mesti Baca:Resipi RAHSIA Gulai Ayam Kelate, Pes Kena Pecah Minyak, Bubuh Kerisik, Barulah SEDAP!
Baca Lagi Di Sini:Wanita Ini Kongsi WAKTU TERBAIK Bercuti Ke Kelantan, Tempat Wajib Singgah!
Artikel Menarik: Cara Buat NASI KAK WOK, Resepi Simple Tapi Rasa MARVELOUS!
Mingguan Wanita: Sedapnya gulai kuning ikan makan dengan ulam dan nasi panas. Boleh cuba buat sendiri di rumah nanti.
Sumber: Mizah Ngatiman
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!

