Tanggal 23 Oktober 2023 menjadi saksi penyampai radio Fizi Ali menamatkan status duda dan bergelar suami kepada wanita pilihannya pada Isnin.
Fizi atau nama penuhnya Mohd Fafizudin Alimudin, 36 tahun berkongsi berita gembira tersebut di laman Instagram miliknya dengan memuat naik sekeping foto dirinya dan seorang wanita mengenakan pakaian serba putih dipercayai selepas selesai upacara akad nikah.
Ads
Akhiri Zaman Duda
Pasangan tersebut dipercayai melangsungkan upacara akad nikah di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak, Selangor.
Ads
Walaubagaimanapun, Fizi tidak berkongsi butiran lanjut mengenai muat naik tersebut di laman Instagram miliknya namun menitipkan ucapan ringkas di kapsyen foto tersebut di mana penyampai radio berusia 36 tahun itu meluahkan rasa syukur terhadap pernikahan tersebut.
alhamdulillah syukur…bermula satu perjalanan baru dalam hidup kami..terima kasih semua yang mendoakan yang baik utk kami..semoga doa2 yang baik kembali semula dekat kalian #offduda #23.10.23
Untuk rekod, Fizi pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Shakila Khoriri pada 18 Februari 2019. Namun pasangan tersebut bercerai pada Disember 2021. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Ameena Sofia yang kini berusia 4 tahun.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Shila Amzah kongsi adik pernah sepak mukanya, Ubai Beri Amaran “Jangan Cuba-Cuba Lempang Wife Aku Lagi…”.Hari ini ramai yang bersimpati dengan nasib menimpa Shila Amzah.
Pelantun lagu Patah Seribu ini berkongsi bahawa dirinya sudah lelah dengan semua penanggungan keluarga termasuk isu rumah banglo yang diami keluarga kala ini dan isu penjualan rumah tersebut.
Shila memaklumkan sudah memberitahu ibunya di mana dirinya akan membelikan sebuah rumah lain untuk ibunya namun ia mendapat tentangan dari adik-adiknya iaitu Syada dan Syafik yang dilihat begitu lantang bersuara di media sosial.
Shila menerusi siaran langsung di Instagram mendakwa, selama ini dia banyak merahsiakan konflik dalaman keluarganya.
“Dia punya tangan (merujuk kepada Syafiq) pernah sepak (lempang) kita. Dia nak cakap dia kuat sangat. Saya tak tahu, dia sejenis paling acah dan tersakiti.
“Ya Allah, hutang dia… dia kahwin pun Sha (Shila) yang bayar. Tanya dia, dah bayar belum nafkah anak dia?,” katanya.
Dalam masa sama, Shila berkata, dia sudah tidak mampu menutup mulut kerana emosinya amat terganggu dan tidak mampu menahan sabar.
“Kamu cuba nak tuduh saya macam-macam. Saya dah sampai had dah ini. Sha cerita semula benda ini semua sebab nak orang faham.
“Orang nak tuduh Sha anak kurang ajar, anak derhaka, bukan ibu yang terbaik dan individu teruk. Baik, Sha terima dengan hati dan tangan terbuka. Saya rasa sudah cukup sampai di sini.
“Saya jadi tak keruan, separuh gila minggu ini. Sha punya sakit perih, tiada siapa nak ambil peduli,” katanya.
Berkongsi kenyataan di instastorinya bahawa dirinya “agak lemah” sebelum ini, Shila bagaimana pun bertegas bahawa dirinya tidak lagi takut jika adiknya, Amir Syafiq mengangkat tangan menyepak mukanya lagi.
“Kau ingat aku takut ke kau nak sepak muka aku lagi? Meh la kalau betul anak jantan sulung macam kau claim. Bak datang, aku tunggu,” kongsinya yang kini dilihat “berperang” dengan adik-adiknya berkaitan penjualan rumah banglo yang didiami keluarganya.
Dalam pada itu, di perkongsian twitter dari suaminya, UbaiMz memberi amaran agar isterinya tidak disentuh atau dipukul lagi.
Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli atau Ubai, menulis, “Kau jangan cuba2 lempang wife aku lagi”.
Masa yang sama seakan nada mengejek dirinya menulis “Aku tiktokers terhebat dan dirinya memberi emoji smirking face.
Terdahulu, Ubai berkongsi jerit perih isterinya yang terpaksa bekerja seawal usia muda, pernah melalui episod duka dalam perkahwinan terdahulu dan kini bergelut dengan keadaan seperti yang terjadi hari ini.
Bila melihat beberapa selebriti menanggalkan hijab, pelbagai tanggapan mula diperkatakan. Pandangan dari Ustazah Sharifah Khasif ini boleh dijadikan panduan.Semoga kekal istiqamah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Amelia Henderson berjaya dalam rayuan. Terbaru pelakon dan pengacara jelita yang kini popular dengan rancangan audio siar (podcast) kendaliannya, Studio Sembang telah berjaya dalam rayuannya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.
Rayuan tersebut bagi mengetepikan bayaran ganti rugi lebih RM200,000 kepada syarikat produksi A Aida Production Sdn Bhd dalam isu pelanggaran kontrak sebuah drama tahun lalu.
Seperti mana dipetik menerusi Harian Metro, Pesuruhjaya Kehakiman Leong Wai Hong memutuskan demikian selepas membenarkan rayuan Amelia selaku pemohon selain meneliti segala rekod rayuan secara maksimum dan hujah kedua-dua pihak.
Bagaimanapun mahkamah memerintahkan Amelia membayar ganti rugi nominal RM10,000 dalam tempoh 14 hari dan faedah lima peratus kepada syarikat produksi bermula hari ini.
Dalam prosiding secara dalam talian itu, Amelia diwakili peguam Mansheel Kaur manakala peguam Ashmadi Othman mewakili syarikat produksi itu selaku responden.
Untuk rekod sebelum ini, Amelia telah memfailkan rayuan berhubung keputusan Mahkamah Sesyen di sini yang memerintahkannya membayar ganti rugi lebih RM200,000 kepada syarikat produksi A. Aida Production Sdn Bhd pada 18 April lalu.
Pada 7 April lalu, Mahkamah Sesyen di sini memerintahkan Amelia membayar ganti rugi lebih RM200,000 kepada syarikat produksi A. Aida Production selepas didapati melanggar kontrak lakonan dalam drama Sekali Lagi Cinta Kembali.
Mahkamah turut memerintahkan Amelia untuk memohon maaf dan memadam video di Instagram mengandungi kenyataan fitnah terhadap syarikat itu.
Pada 2 Ogos lalu, Amelia berjaya mendapatkan penangguhan bagi pembayaran ganti rugi dan permohonan maaf yang perlu dibuat kepada A. Aida Production.
Bagaimanapun, mahkamah memerintahkan agar wang RM200,000 tersebut dimasukkan ke dalam akaun bersama yang akan dikendalikan oleh kedua-dua firma guaman yang mewakili syarikat produksi itu dan Amelia.
Sebelum kahwin lantang bersuara, lepas jadi isteri Sweet jaga aib diri dan suami. Pelakon yang mendirikan rumahtangga pada 24 Oktober 2022 Sweet atau nama lengkapnya Farhanna Qismina Supandi bersama pelakon, Adam Lee akui dirinya kini makin matang.
Selepas mendirikan rumahtangga dan bergelar isteri dia lebih berhati-hati terutama apabila meluahkan perasaan atau berkongsi masalah di media sosial.
Jika dahulu sebelum mendirikan rumahtangga, Sweet memberitahu dia begitu lantang berkongsi segala masalah di media sosial. Namun kini dirinya makin matang dan sangat bersyukur dikurniakan suami yang turut banyak memberi nasihat.
“Sebelum kahwin memang saya memang lantang bersuara dan suka berkongsi di sosial media. Nak tunjukkan perasaan tak puas hati pada orang di luar sana. Bila orang tanya saya akan cakap saya general saja nak beritahu pada public bukan ada apa-apa pun,” kongsi Sweet.
Pasangan sama cantik dan sama padan ini begitu ceria. Malah sewaktu ditemubual terpancar kebahagiaan di wajah masing-masing.
Sweet dan Adam juga menerangkan mereka lebih suka berbincang jika punya masalah berbanding berkongsi di media sosial.
“Adam bukanlah seseorang yang suka tunjukkan semua di sosial media. Suami mengajar saya menjaga aib keluarga dan diri sendiri pada orang di luar sana. Pada saya less is more, Jika ada masa keluarga atau apa-apa masalah kenalah duduk berbincang dengan suami,” kongsi mereka.
Mengusik tentang kehidupan mereka sebagai suami isteri, Sweet menerangkan Adam seorang suami yang ringan tulang bila di rumah.
“Alhamdulillah dapat suami yang bekerjasama dan bantu saya buat kerja rumah. Memang Adam ringan tulang dan kami sama-sama akan buat kerja rumah. Saya sangat bersyukur. Kami memahami cara masing-masing dan kami tahu patut atau tidak lakukan selepas berkahwin,” ujar Sweet.
Sweet dan Adam juga menerangkan mereka bersyukur apabila digandingkan bersama dalam drama Cik Misi 123.
“Alhamdulillah kami digandingkan bersama dalam drama ini. Kami tak tolak rezeki jika kami digandingkan bersama dalam sebuah drama.
“Kami suka pekerjaan kami. Tak ada istilah berkepit sebab produser yang nak dan kami bersyukur bila digandingkan,” kongsi mereka.
Tidak selalu pasangan suami isteri akan berada di tahap selesa dan bahagia. Ini realiti alam rumah tangga dan begitulah yang dilalui oleh bekas penyerang kebangsaan, Safee Sali sendiri.