“Ini bukti kemalangan, pemilik dashcam kongsi rakaman penunggang motosikal maut dilanggar penyanyi rock. Sejak semalam dilaporkan  penyanyi rock popular tahun 80-an, Alim Kriss terlibat dalam kemalangan jalan raya di di Jalan Kuantan-Maran berhampiran susur Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (Unipsas).

Dalam kejadian kira-kira jam 10.45 pagi itu, Alim atau nama sebenarnya Abdul Halim Mohd Bukhari dikatakan memandu kereta jenis BMW dipercayai terlanggar sebuah motosikal  menyebabkan penunggang, Eddy Kusmiran Ambi, 61 meninggal dunia di tempat kejadian.

“Ini Bukti Kemalangan”

“Ini Bukti Kemalangan”, Pemilik Dashcam Kongsi Rakaman Penunggang Motosikal Maut Dilanggar Penyanyi Rock

“Ini Bukti Kemalangan”, Pemilik Dashcam Kongsi Rakaman Penunggang Motosikal Maut Dilanggar Penyanyi Rock

Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, penyanyi lalu Tiara itu terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Ini Bukti Kemalangan”, Pemilik Dashcam Kongsi Rakaman Penunggang Motosikal Maut Dilanggar Penyanyi Rock

Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika penyanyi itu memandu dalam perjalanan dari arah bandar Kuantan menghala ke Rompin.

“Ketika tiba di lokasi kejadian, sebuah motosikal dari arah sama dipercayai mengubah lorong secara tiba-tiba dari kiri ke laluannya di sebelah kanan.

“Ekoran ekoran jarak terlalu dekat, vokalis Kris itu gagal mengelak lalu terlanggar motosikal tersebut menyebabkan penunggangnya, seorang buruh binaan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala,” katanya.

IKLAN

Pemilik Dashcam Kongsi Rakaman Penunggang Motosikal Maut Dilanggar Penyanyi Rock

Namun di sebalik kemalangan itu, orang ramai yang melalui tempat kejadian menampilkan satu bukti rakaman dashcam menunjukkan penunggang motosikal  sememangnya berada di lorong kanan dan tidak dilihat cuba mengubah kedudukannya semasa kemalangan terjadi.

Ia dirakamkan dari dashcam seorang pemandu dan dimuat naik oleh individu Semerah Darah di FB Grup Kemalangan Jalan Raya Hari Ini 2023 memperlihatkan penunggang motosikal telah berada di laluan kanan sebelum dilanggar dari arah belakang hingga terpelanting dan maut di tempat kejadian.

Dapat dilihat juga kereta itu dipandu agak laju dan tidak sempat membrek sebelum melanggar penunggang motosikal berkenaan.

Dirinya menulis ringkas, “berita fitnah, ini bukti kemalangan” (katanya merujuk kepada laporan dibuat oleh akhbar mengenai kejadian itu dengan memetik sumber polis).

“Ini Bukti Kemalangan”, Pemilik Dashcam Kongsi Rakaman Penunggang Motosikal Maut Dilanggar Penyanyi Rock

Mari kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah Eddy Kusmiran. Apa pun, biarlah pihak berkuasa menjalankan siasatan dengan sewajarnya. Waallahualam.

IKLAN

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :Penunggang Ducati Jatuh Flyover Punya Keperibadian Mulia, Geng Rider Kongsi Al-Quran Tak Pernah Lepas Dari Tangan

Ajal Terpisah Sesaat, Isteri Menggigil Lihat Video Suami Hampir Dihempap Lori Simen Terbabas

Baru 2 Minggu Berkahwin, Rider Grab Meninggal Dirempuh Di Persimpangan Lampu Isyarat

Ikat Mayat Pada Badan, Usung Guna Motor Tempuh Perjalanan 6 Jam

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

IKLAN

Betullah tu kata Shah Iskandar isteri bukan orang gaji. Para suami kenalah bantu isteri buat kerja rumah tau!

 

 

 

 

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI