Ads

Tabung Haji Pisahkan Kepada Dua Akaun, Wajib Fahami Apa Itu Tabung Am & Tabung Istito’ah!

Tabung Haji
Tabung Haji

Rupa-rupanya Tabung Haji sudah asingkan kepada dua akaun iaitu Tabung Am dan Tabung Istitoah. Jangan ambil mudah, ini benda penting yang patut anda tahu.

Tabung Haji Pisahkan Kepada Dua Akaun

 

Tabung Haji Pisahkan Kepada Dua Akaun, Wajib Fahami Apa Itu Tabung Am & Tabung Istito'ah!

Menerusi perkongsian Puan Fahimah Mahayuddin, dalam tabung Istitoah RM1300 itu ikut pada syarat lama, wajib ada RM 1300 untuk daftar haji. Simpanan yang lain ada dalam Tabung Am.

Ini tidak auto masuk dalam Tabung Istitoah RM 15K. Anda kena buat sendiri pindahan secara manual dari tabung Am ke Tabung Istito’ah.

Tengok di bahagian pindahan. Tabung Istitoah ini kena ada baki minimum RM 15K untuk kekal giliran mendaftar haji(last 31 dec 2028).

Wajib Fahami Apa Itu Tabung Am & Tabung Istito’ah!

Tabung Haji Pisahkan Kepada Dua Akaun, Wajib Fahami Apa Itu Tabung Am & Tabung Istito'ah!

Ads
Apa Itu Seruan Istito’ah?

Istito’ah bermaksud kemampuan untuk menunaikan ibadah haji.

Dalam konteks TH, ini menekankan persediaan haji secara lebih menyeluruh — termasuk kewangan, fizikal, mental dan rohani. Salah satu perkara utama yang diperkenalkan ialah Tabung Istito’ah untuk membantu pendeposit membuat simpanan haji dengan lebih terancang.

 

Siapa yang ada dua tabung ini?

Semua pendeposit TH akan mempunyai Tabung Am dan Tabung Istito’ah secara automatik, termasuk akaun dewasa dan akaun kanak-kanak.

Ads

Kalau nak cukupkan syarat simpanan untuk kekalkan giliran haji, kita kena buat pindahan sendiri secara manual daripada Tabung Am → Tabung Istitoah.

KENAPA RM15,000?

RM15,000 ialah paras minimum untuk mendapatkan Kelayakan Giliran Haji Automatik.

Maksudnya, apabila simpanan mencapai RM15,000 pendeposit yang memenuhi syarat akan mendapat kelayakan giliran haji secara automatik.

Ads

Dalam Tabung Istitoah:

Anda mungkin berminat dengan

• RM1,300 — ikut syarat lama untuk pendaftaran haji
• RM15,000 — baki minimum untuk kekalkan giliran haji (sehingga 31 Disember 2028)

1. TABUNG AM
➡️ Tabung utama untuk simpanan dan pengeluaran seperti biasa.
➡️ Simpanan tunai, potongan gaji dan Direct Debit akan masuk ke Tabung Am.
2. TABUNG ISTITO’AH
➡️ Membantu kita membina simpanan secara lebih berdisiplin.
➡️ Simpanan boleh dipindahkan dari Tabung Am ke Tabung Istito’ah.
➡️ Simpanan tidak boleh dikeluarkan terus. Ia perlu dipindahkan dahulu ke Tabung Am dan tertakluk kepada tempoh T+10 hari.
Jadi, apa tujuan sebenar tabung Istito’ah?
Tabung Haji Pisahkan Kepada Dua Akaun, Wajib Fahami Apa Itu Tabung Am & Tabung Istito'ah!
Secara mudahnya, ini bukan untuk menyusahkan anda keluarkan duit, tetapi untuk membantu anda:
✅ Asingkan simpanan
✅ Lebih disiplin menyimpan
✅ Bersedia dari segi kewangan
✅ Mencapai sasaran RM15,000
✅ Membuat persediaan haji dengan lebih terancang

Kiranya kalau pada 1 Jan 2029 dalam tabung istito’ah masih tidak ada RM 15,000, mungkin giliran haji akan jadi lagi lewat dari giliran asal.

Jadi kalau anda ada simpanan dalam Tabung Am, jangan angga itu sudah dikira dalam Tabung Istito’ah. Kalau rasa kurang jelas, boleh terus semak dalam app Tabung Haji dan tengok bahagian Pindahan.

Semoga kita semua boleh istiqamah dalam membuat tabungan untuk sampai ke Tanah Suci Mekah dengan peribahasa ‘sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit’.

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

barang branded

Dulu Beli Barang ‘Branded’ Tanda Berduit, Sekarang Tak Kisah Jenama Janji...

Dulu jenama dan logo sering dikaitkan dengan kemampuan. Kini ramai lebih rela memilih barang yang selesa, tahan lama dan benar-benar berbaloi dengan wang dibayar.