Kegembiraan penyanyi Aril Pilus menyambut kelahiran cahaya mata keduanya disulami rasa gusar dan bimbang apabila isteri tersayang, Puteri Erma Adlina Megat Ami kini berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas menjalani pembedahan membuang rahim.

Isteri Selamat Bersalin Zuriat Ke 2 Kini Di ICU.  Aril Pilus Mohon Doa Isteri Selamat Jalani Pembedahan Fibroid Pula

Menurut Aril atau nama sebenarnya Khairil Azam Pilus, 37, isterinya terpaksa menjalani dua pembedahan akibat masalah fibroid yang dialaminya.

Isteri Selamat Bersalin Zuriat Ke 2 Kini Di ICU

Isteri Selamat Bersalin Zuriat Ke 2 Kini Di ICU.  Aril Pilus Mohon Doa Isteri Selamat Jalani Pembedahan Fibroid Pula

“Assalamualaikum, syukur atas kurniaan Allah swt, isteri saya selamat melahirkan baby manja jam 10:20pagi. Alhamdulillah.  Walau bagaimanapun, keadaan isteri saya masih belum stabil, kesan daripada pendarahan yang tak berhenti akibat daripada ketumbuhan (fibroid) yang melekat dibahagian servik dan rahim menyukarkan proses untuk pendarahan berhenti.

“Setelah mendapat nasihat daripada Dr, isteri saya sekali lagi dimasukkan ke dalam bilik pembedahan untuk proses pembuangan fibroid dan rahim.Doakan isteri saya selamat dan kembali sihat seperti sedia kala,” ujar Aril memetik perkongsian di laman Instagram miliknya.

IKLAN

Aril Pilus Mohon Doa Isteri Selamat Jalani Pembedahan Fibroid Pula

Aril berkongsi isterinya selamat melahirkan cahaya mata kedua mereka melalui kaedah pembedahan. Bayi lelaki seberat 3.2 kilogram itu dilahirkan di Hospital Ampang pada jam 10.20 pagi Isnin.

Tambah Aril lagi, pembedahan kedua isterinya dilakukan atas nasihat doktor akibat pendarahan teruk selepas proses bersalin.

“Pada awalnya, doktor beritahu pembedahan untuk masalah fibroid tidak perlu dilakukan lagi kerana bahaya selepas melahirkan anak. Namun isteri mengalami pendarahan yang teruk. Atas nasihat doktor, pembedahan kedua perlu dilakukan segera. Doakan isteri saya cepat sembuh seperi sediakala”, ujar Aril lagi.

IKLAN

Juga Baca: https://www.mingguanwanita.my/aril-sebak-isteri-mengandung-anak-kedua-8-tahun-menanti-selain-diuji-masalah-fibroid/

Isteri Selamat Bersalin Zuriat Ke 2 Kini Di ICU.  Aril Pilus Mohon Doa Isteri Selamat Jalani Pembedahan Fibroid Pula

Melalui laman Instagram miliknya, Aril pernah berkongsi mengenai masalah fibroid yang dialami oleh isteri tersayang ketika awal kehamilan kedua ini.  Awal September lalu, Puteri Erma berhadapan masalah  fibroid dan cyst serta uri bayi yang terletak di bahagian bawah  sekaligus menyebabkan pendarahan yang banyak. Malah Aril turut berkongsi isterinya terpaksa di tahan di wad selama sebulan untuk proses memantau keadaan kesihatan ibu dan bayi.

IKLAN

Untuk rekod, Aril dan isterinya mendirikan rumahtangga pada 20 Disember 2013 dan mereka dikurniakan seorang cahayamata lelaki bernama Tun Adriel Mikael yang kini berusia lapan tahun.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

 

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI