Kasihannya, gara-gara kesukaran mempunyai kenderaan yang sesuai, mayat seorang wanita di sebuah kampung di kawasan pergunungan di Thailand terpaksa diikat pada badan seorang penunggang motosikal untuk dibawa ke rumah mayat. Ia bagi membawa mayat itu ke hospital terdekat yang terletak 70 kilometer dari situ.

The Sun yang memetik laporan media tempatan melaporkan sebelum kejadian wanita berusia 70 tahun itu dipercayai menyelinap masuk ke dalam sebuah pondok simpanan makanan milik petani tempatan.

Dia bertindak demikian dipercayai kerana mahu mencuri.Bagaimanapun, wanita itu dipercayai meninggal dunia akibat sesak nafas selepas terperangkap ketika bersembunyi di bawah papan.

Meninggal Lebih 24 Jam

Identiti wanita itu tidak diketahui tetapi melihat pada pakaiannya, penduduk percaya dia berasal dari suku Mlabri yang tinggal di kawasan pergunungan. Ketika ditemui, wanita itu dipercayai sudah meninggal dunia lebih 24 jam.

IKLAN

Berikutan itu, petani tempatan meminta bantuan pasukan penyelamat untuk memindahkan mayat itu dan membawanya ke wilayah terdekat.

Namun, kekangan dihadapi pasukan itu apabila tidak mempunyai kenderaan sesuai untuk membawa keluar jasad wanita itu dari kampung berkenaan. Bagaimanapun, seorang petugas penyelamat memutuskan mengikat mayat itu pada badannya dengan menunggang motosikal.

IKLAN

Tempuh Perjalanan 6 Jam

Dilaporkan, rombongan pasukan penyelamat terpaksa menempuh perjalanan enam jam sebelum tiba di rumah mayat terdekat.

“Ini adalah tugas paling mencabar yang pernah kami lakukan dan memerlukan keberanian untuk melakukan pekerjaan ini,” kata ketua pasukan itu.

IKLAN

Suku Mlabri adalah etnik yang tinggal antara Thailand dan Laos dengan jumlah mereka dilaporkan hanya 400 orang. Kelompok itu hidup secara nomad dan menjalani tradisi kuno seperti mencari makanan dengan cara berburu.

MW: Kasihannya. Cekal hati penyelamat ini membantu menguruskan mayat agar dapat disemadikan dengan sempurna.

Sumber: Hmetro

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI