Bersalin dalam kereta. Tak dapat bayangkan bagaimana keadaan seorang ibu melalui saat-saat genting bersalin dalam kereta tanpa ada doktor atau jururawat di sisi. Hanya ditemani oleh suami yang berusaha cepat mungkin untuk sampai ke hospital.
Namun, semuanya telah tertulis dengan bersalin dalam kereta. Inilah dilalui oleh isteri Mohd Safiq, ditambah pula jalan terlalu sesak hingga melambatkan dia dan isteri sampai ke hospital.
Selain kenangan yang tak dapat dilupakan dengan bersalin dalam kereta, si suami juga bersyukur anak dan isteri selamat dan paling penting hajat suami tecapai untuk sambut kelahiran anak keempat kerana sebelum ini dia tidak dapat bersama isterinya dalam bilik bersalin.
Bersalin Dalam Kereta, Tercapai Hajat Suami Sambut Anak
Kejadian berlaku malam 24 Apr 23 (Raya ketiga). Jarak dari rumah (Kg Batu, Rembau) ke Hospital Rembau dalam 8 km sahaja. Isteri mula sakit-sakit dan dapat ‘seruan’ nak beranak dalam pukul 9.40 malam dan kami bergerak jam 9.45pm.
Keluar saja ke jalan utama, jalan jem. Yela. Ramai habis cuti raya. Tol pun free masa tu. Ramai ambil peluang untuk balik ke ibu kota. Pasang lampu hazard, tak ada siapa dah nak layan. Bini dah siap ambil kedudukan menonggeng dalam kereta sebab dah nak bersalin. Mana kereta aku boleh lalu masa tu aku main lalu je. Dah semua tak nak bagi laluan. Tangan aku puas melambai. Macam-macam tanda isyarat aku buat.
Pukul 10.00 pm aku dah dengar air ketuban bini aku pecah. Aku masa tu, Ya Allah. Kereta aku mesti basah ni. Haha. Mentaliti lelaki derrr. Sape tak syg kete (bini pun kena syg. Haha). Aku suruh tahan kejap. Dia dok meneran. Lost command aku masa ni.
Pukul 10.05 pm bini aku bgtau baby dah keluar. Aikkk. Tak ada bunyi baby menangis pun. Aku berangapan bini aku pun panikla masa tu. Dia bgtau lagi baby dah keluar.
Jarak ke hospital masa tu kurang 1 km. Bini aku bgtau lagi baby dah keluar. Aku pun raba kerusi sebab dia pakai kain masa tu. Aku rasa ada benda. Aku selak, Ya Allah. Kepala budak. Anak aku dah ada atas kerusi. Auto melalak bila nampak cahaya (yela, dalam perut gelap)
.
Ads
Masa tu aku terus masuk laluan bertentangan sambil bagi lampu tinggi sebab takde sape bagi laluan untuk aku masa tu.
Hospital Rembau Cekap Uruskan Isteri
Sampai Hospital Rembau terus pak guard yg ada masa tu tanya kenapa? Bini saya dah beranak dlm kereta ni bang. Terus mereka panggil sana sini guna walkie talkie diorg. Great job kakitangan KKM Hospital Rembau masa ni.
Diorang settle dulu baby. Potong tali pusat. Baby dah masuk dalam baru diorg settlekan bini aku. Owh ye. Sepatutnya tarikh due 8 Mei 23. Jadi sebab tu perkara ni tidak dirancang.
ALLAH MAKBULKAN HAJAT AKU UNTUK SAMBUT ANAK KEEMPAT
Ads
Anak pertama (Nur Khalilah Arissa) aku tak dapat sambut sbb baby tak nak keluar cara biasa. Hampir kena operate. Last minit vacuum. Tapi masa tu aku dah diasingkan dan bini dah masuk bilik OT.
Anak kedua (Nur Khalilah Amani) lahir masa aku dalam flight ke Filipina kerana tugas untuk negara.
Anak ketiga (Muhammad Khalis Shauqi) lahir aku berada di Sri Aman, Sarawak. Sri Aman nak ke Kuching pun masa tu ambil masa 3 jam. Kuching je ada airport terdekat selain Sibu dan Pan Borneo teruk lagi masa tu.
Anak ke-4 alhamdulillah. Aku ada dan boleh kata aku sambutla kan? Aku soh bini tahan, dia pergi teran. Berlaku komunikasi kat situ. So boleh dikira bidan, kan?
Aku pakai Mitsubishi Triton sbb beli masa kat Sri Aman lagi. Jalan sana teruk. Sekarang dah ok sbb Pan Borneo dah buka secara berfasa. Sekarang ni ramai panggil anak aku tu Mat Triton. Sibuk nak keluar beraya sekali tahun ni. Sudahnya semua tak dapat keluar kutip duit raya .
Ads
Masalah pertama sekarang kereta aku berbau sbb kerusi dah serap air ketuban + darah .
Masalah kedua ramai panggil anak aku Mat Triton. Ada gak nama jadi Muhammad Triton Syawal jap lagi. Tolong bagi idea nama anak yg sesuai.
Pengajaran: Kaum hawa, bila suami ajak pergi hospital, pergi jela. Jangan dok tahan-tahan. Berat bahu memikul, berat lagi mata memandang (eh).
.
Mingguan Wanita : Rezeki dapat bersalin dengan mudah. Tak kisahlah bersalin dalam kereta pun, asalkan keduanya selamat. Tahniah buat pasangan ini.
Sejak 7 hari lalu, puteri sulung Datuk Seri Siti Nurhaliza, 39 cuma memiliki nama timang-timangan. Malam tadi, bersempena majlis maulid nabi, aqiqah dan tahnik puterinya itu, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suami mengumumkan kepada hadirin pilihan nama anak sulung mereka adalah Siti Aafiyah Binti Khalid Mohd Jiwa.
Sebelum ini Ibu dan ayahnya, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa, 59 memanggil Siti Aafiyah dengan nama gelaran Fatimah Az-Zahra bersempena nama puteri rasulullah SAW. Malah panggilan manja, Comel Pipi Merah turut digelar ibunya yang juga penyanyi tersohor negara.
“Selepas saya hamil, kami mula mencari nama yang paling sesuai. Ilham nama ini diperoleh ketika di Tanah Suci Makkah. Di sana, doa pendek inilah yang sering suami saya nampak.
Nama Ilham Dari Tanah Suci Makkah
Doa yang dimaksudkan oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza adalah, Allahumma inni asaluka al’afiyah (Ya Allah, aku meminta kepada kamu ‘afiyah).
Afiyah ini membawa maksud untuk menyelamatkan daripada sebarang kesusahan yang menimpa, untuk menjadi sihat, kita berada dalam afiyah, untuk mempunyai wang , kita berada dalam afiyah, untuk hidup, kita berada dalam afiyah, untuk mempunyai anak-anak kita dilindungi, kita berada dalam afiyah. Dan jika kita sudah diampuni dan tidak dihukum, kita berada dalam ‘afiyah.
“Kemudian, suami saya tanya sama ada setuju atau tidak memberikan nama Aafiyah. Nama itu membawa segala-gala maksud yang baik-baik.
“Dalam masa yang sama saya memikirkan nama yang dicadangkan suami. Tak sangka, setiap hari dekat handphone doa-doa yang diupdate pada saya adalah doa yang memang menyebut tentang aafiyah.”
Daripada situlah tercetusnya, beliau dan suami memilih Siti Aafiyah Binti Khalid Mohd Jiwa sebagai nama yang diberikan kepada permata sulung mereka.
Akui Siti lagi sepanjang 7 hari ini, dia memanggil anaknya dengan nama Fatimah Az-Zahrah. Memandangkan nama Siti Aafiyah pun sudah melekat di hati, ada ketikanya dia memanggil puterinya itu dengan panggilan Aafiyah,
“Bila panggil Fatimah Az-zahrah pun dia senyum, panggil Siti Aafiyah pun dia senyum. Ternyata dia bayi yang suka senyum.” Ulas beliau lagi, beliau akan memanggil anaknya dengan nama penuh memandangkan nama itu adalah doa.
“Biar dia dapat maksud doanya dan saya yang memanggil pun dapat juga.” Datuk Seri Siti Nurhaliza juga lebih selesa jika membahasakan dirinya sebagai ibu. Agar lebih mesra dan lembut.
Jadi Ibu Hamil & Melahirkan Pengalaman Yang Sangat Nikmat
Dalam pada itu, Datuk Seri Siti Nurhaliza sempat merakam perasaan indah sebaik bergelar ibu.
“Alhamdulillah, Allah perkenankan doa selama 11 tahun. Setiap detik, setiap waktu tak pernah saya lupa memohon pada Allah agar diberi pengalaman untuk menjadi seorang ibu, merasai pengorbanan seorang ibu.
“Syukur pada ibu yang melahirkan saya, ibu mentua yang telah melahirkan suami saya. Ini adalah anugerah yang sangat terindah dalam hidup saya.
“Pengalaman jadi ibu hamil dan melahirkan pengalaman yang sangat nikmat. Walaupun sewaktu melahirkan ada komplikasi, Allah mudahkan segalanya.”
Majlis tahnik dan aqiqah puteri sulung Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Datuk Seri Khalid ini disempurnakan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Dzulkifli al-Bakri yang bertempat di kediaman pasangan suami isteri ini.
“Terima kasih yang tak terhingga kepada para ulama yang dihormati dan sanjung, Dato Mufti Wilayah Persekutuan, guru-guru agama kami yang sentiasa menasihati dan membimbing keluarga kami. Begitu juga dengan sahabat, saudara mara tercinta sepanjang saya hamil sehingga saya melahirkan.
“Doakan yang terbaik untuk saya menjadi ibu, isteri, anak malah menantu yang baik untuk anak, suami dan seluruh keluarga.” Akhiri Datuk Seri Siti Nurhaliza dalam ucapannya malam tadi.
Rupanya berselimut putih tepi jalan tu mayat adik, niat ziarah mak di hospital akibat kanser bertukar tragedi. Sangat menyentuh perasaan apabila sekujur tubuh yang sudah ditutupi selimut putih rupanya adik sendiri.
Bagi seorang abang, ianya satu ujian yang sangat berat untuk diterima apabila adik meninggal di tepi jalan akibat kemalangan jalan raya. Masa yang sama, ibunya di hospital menerima rawatan akibat kanser dan ayahnya pula mengidap kencing manis juga di hospital sama.
Rupanya Berselimut Putih Tepi Jalan Tu Mayat Adik
Memetik laporan Berita Harian, seorang abang tidak menyangka mayat berselimut kain putih di tengah jalan adalah adiknya yang terbabit kemalangan di Jalan Sultan Mahmud, di sini, berhampiran Kompleks Rawatan Harian Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), malam tadi.
Dalam kejadian 12.50 tengah malam itu, Muhammad Hairie Fitri Mohd Husaini, 20, dalam perjalanan ke HSNZ yang berhampiran dengan lokasi kejadian.
Katanya, dia ke hospital untuk melihat ibu bapanya yang masing-masing dirawat di wad kerana kanser usus dan potong kaki akibat kencing manis (bapa).
“Disebabkan jalan ke hospital ditutup sebab ada kemalangan, saya berpatah balik dan melalui jalan Pantai Batu Buruk serta singgah di rumah rakan sebelum dimaklumkan adik kemalangan di jalan berkenaan.
“Sebelum itu, ketika sedang bekerja di pusat penjagaan kuda di Lembah Bidong, Setiu, saya menerima panggilan daripada rakan meminta segera pulang tanpa diberitahu kenapa.
Niat Ziarah Mak Di Hospital Akibat Kanser Bertukar Tragedi
“Saya menyangka ia ada kaitan dengan ayah atau ibu, tetapi tidak sangka pula rupanya adik yang meninggal dunia dalam kemalangan itu,” katanya.
Mangsa, Muhammad Araf Farhin, 16, pelajar GIATMARA Telemong, Hulu Terengganu maut di lokasi kejadian selepas motosikal ditunggang melanggar belakang kenderaan utiliti sukan (SUV).
Anak kedua daripada tiga beradik itu dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kampung Panji Alam, di sini, selepas keluar minum bersama beberapa rakan.
Rakannya, Muhammad Rusdi Rashid, 16, berkata, dia bersama arwah keluar rumah jam 10 malam untuk minum bersama beberapa lagi rakan dan ketika perjalanan pulang, arwah didakwa mengekori rapat kenderaan berkenaan.
“Arwah gagal mengelak dan melanggar belakang kanan SUV itu sebelum tercampak manakala saya yang menunggang motosikal di belakang arwah juga terjatuh selepas terlanggar motosikalnya,” katanya yang cedera ringan.
Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik HSNZ untuk bedah siasat.
“Diorang ni kelakar lah!” Suhaimi cuba nasib minta tambah isteri, Ina sindir beli mesin basuh dulu. Pasangan suami isteri, Suhaimi Saad dan Ina Naim sekali lagi mencuri perhatian warganet apabila memuat naik sebuah video di Tik Tok.
Suhaimi yang juga bekas penyanyi nasyid mencuba nasib dengan isterinya, Ina Naim untuk menambah seorang lagi isteri.
“Diorang Ni Kelakar Lah!”
Pada video tersebut Suhaimi bertanya kepada Ina boleh atau tidak jika dia mahu berkahwin seorang lagi.
Bagaimanapun, belum sempat Suhaimi bertanyakan soalan, Ina terus membalas pertanyaan suaminya membeli mesin basuh dahulu jika mahu menambah isteri lagi.
Menerusi tiga buah video yang dimuat naik ternyata semuanya melucukan.
Video kedua pula Suhaimi mengatakan dia akan membeli mesin basuh namun isterinya berseloroh pula mahu meminta dua mesin basuh pula.
Pada video ketiga pula baru saja Suhaimi mahu melangkah keluar berhajat membeli mesin basuh Ina menyindir, adakah suaminya itu nampak jalan dan memberi peringatan untuk membeli dua buah mesin basuh.
Lantas Suhaimi menjawab akan membeli empat mesin basuh terus, bini pertama, kedua, ketiga dan keempat terus.
Sememangnya lucu sungguh ‘content’ video yang dihasilkan oleh Suhaimi dan Ina ini.
Sebelum ini media pernah melaporkan Suhaimi mengalami masalah kesihatan mata yang kronik sehingga membataskan penglihatan dan pergerakannya.
Namun Suhaimi cukup bertuah kerana isterinya Ina Naim sentiasa setia di sisi. Malah kini Suhaimi memerlukan perhatian daripada Ina dan anak-anak membantu dirinya berjalan kerana masalah mata yang dialami menyebabkan penglihatannya kurang jelas.
“Kawan Tu Baru Nak Luah Hajat” Netizen
Menerusi ruangan komen ramai yang menyatakan pasangan ini cukup lucu.
Tempat terhad dan yuran RM100 sajerrrr.
Apa anda dapat jika jadi vendor?
* Ruang berniaga dan mempromosi bisnes di Fiesta Homebakers MW X CSR
• Link IG atau FB akan disenaraikan dalam artikel portal Mingguan Wanita
• Peluang memenangi produk CSR sebagai vendor paling aktif mempromosi
• Peluang memenangi produk CSR sebagai booth vendor paling cantik & kreatif
• Peluang memenangi produk CSR sebagai vendor paling pantas habiskan 200 biskut
sampel
• Sijil penghargaan penyertaan
• Diberi keutamaan untuk mengikuti siri fiesta yang lain.
• Apron dan topi chef eksklusif CSR
• Goodie bag dari CSR
Berbaloi-baloi. Dengan yuran RM100, anda menerima
ROI penyertaan sebagai vendor bernilai RM3,000!
#fiestahomebakersmingguanwanitacsr #himpunanakakakakbakers #ushaushabiskutraya #biskutraya2023
Edika Yusof Lelaki Kacak Yang Setia
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
"Jika ada masalah, tenangkan diri…” Pasangan yang mendirikan rumah tangga pastinya mahu kehidupan yang kekal hingga ke anak cucu. Tidak ada satu pasangan pun...