Rumah tangga boleh jadi goyang angkara campur tangan ipar duai. Maka sebab itulah suami isteri perlu sentiasa peka dan berwaspada bila ada di kalangan ipar duai yang cuba melaga-lagakan atau mengadu domba di belakang anda.

Rumah Tangga Boleh Jadi Goyang Angkara Ipar Duai

Berbanding lelaki, biasanya wanita yang sering kali menghadapi masalah dengan ipar-duai. Walau pun bukan semua menghadapinya tetapi tetap ada. Banyak penyebabnya hingga hubungan antara ipar-duai menjadi dingin.

Bukan Sekadar Penyatuan Dua Hati

Rumah Tangga Boleh Jadi Goyang Angkara Ipar Duai, Waspadalah Wahai Suami Isteri

Perkahwinan bukan saja penyatuan dua jiwa antara kita dengan pasangan saja, malah ia membawa kepada maksud lebih meluas terutama berkaitan keluarga kedua-dua pihak.

Membina hubungan yang baik dengan keluarga mentua itu tidak hanya tertumpu kepada mak dan bapa mentua saja malah ia perlu dilakukan bersama ipar-duai, biras, sepupu dan ahli keluarga yang lain.

Artikel berkaitan: Setiap Adik Beradik, Ipar Duai Semuanya Ada ‘Function’, Tapi Yang Rajinlah Selalu Dirindui!

15 Cara Tawan Ipar Duai Yang Tak SEBULU, No.5 Paling No.. No..

Adik Beradik Bila Berkahwin, Elak Ipar Jadi ‘Seteru’, Hormatilah Cara Mak Ayahnya Besarkan

Jangan Remehkan Hubungan Dengan Ipar-Duai

Menjalinkan hubungan baik dengan ipar-duai tidak boleh dianggap perkara remeh kerana tanpa sedar pelbagai masalah boleh terjadi sekiranya hubungan dengan ipar-duai tidak dilakukan seikhlas hati.

Tak dinafikan, mungkin akan sering kali terjadi kita bercanggah pendapat dengan ipar-duai kita namun ia perlu ditangani dengan baik. Jangan hingga berbalah sehingga saling tak bertegur sapa. Itu hanya akan memburukkan perhubungan.

IKLAN

Rumah Tangga Boleh Jadi Goyang Angkara Ipar Duai, Waspadalah Wahai Suami Isteri

Waspadalah Wahai Suami Isteri

Hubungan Dengan Ipar, Bermula Diri Sendiri

Sebagai orang yang baru masuk ke dalam sesebuah keluarga, sebenarnya kita sendiri kena main peranan untuk ambil hati keluarga pasangan. Bukan saja mak ayah tapi juga ipar-duai.

Berbanding ipar-duai lelaki, biasanya jarang mengalami masalah ini, berbanding wanita. Entah kenapa, mungkin wanita ni kaya dengan emosi kot. Apa pun, buang rasa malu atau ego dan cuba wujudkan kemesraan dengan ikhlas.

Walau pun sudah lama berkahwin, jangan berhenti untuk memberikan imej baik kepada ipar-duai. Sebenarnya banyak faedah bila baik dengan ipar-duai yang merupakan adik-beradik suami.

Jadi Pendamai

Tak nafikan, ada wanita yang kurang rapat dengan mentua atas macam-macam sebab. Namun, kehadiran ipar-duai (anaknya) boleh membantu mengharmonikan hubungan itu.

Jika kita baik dengan mereka, sudah pastinya mereka akan sentiasa menyebut hal-hal yang baik saja tentang diri kita di hadapan mak dan ayahnya. Bahkan, ada masanya akan ‘backing’ kita juga kalau ada masalah dengan abang/adiknya yang merupakan suami kita. Mereka ini boleh dijadikan ‘team’ kita bila ada masalah dengan pasangan. Betul kan?

IKLAN

Rumah Tangga Boleh Jadi Goyang Angkara Ipar Duai, Waspadalah Wahai Suami Isteri

Ambil Hati Ipar-Duai

Banyak cara nak ambil hati ipar-duai, bukan sekadar belikan hadiah mahal-mahal saja ye. Tanya khabar pun dah cukup menunjukkan kita menganggap mereka itu antara orang penting dalam hidup kita.

Kalau mampu, hadiah boleh dijadikan sebagai ‘pemanis’ hubungan. Sesekali, mungkin ketika hari jadinya, boleh belikan hadiah untuknya.

Atau boleh masak hidangan yang disukainya bila dia datang ke rumah kita. Itu bermakna kita prihatin pada dirinya. Ada masanya kalau lapang, boleh juga keluar bersama. Ia boleh bantu eratkan hubungan.

Kalau mereka ada masalah, jangan lokek hulurkan bantuan. Tak boleh bagi duit, pendapat dan sokongan pun dah memadai…

Jangan jadi kaki sibuk

Ini paling penting. Sebagai ipar, jangan sesekali mencampuri urusan rumah tangga ipar-duai. Jangan juga mencuba untuk memberi nasihat jika tidak diminta kerana ia mungkin boleh memburukkan keadaan. Langkah terbaik ialah hindarkan diri daripada masalah.

IKLAN

Jangan Terlalu Percaya

Berhati-hati bukanlah bermaksud langsung tidak boleh percaya tetapi dalam apa juga perkara perlu ada batasnya terutama sekiranya ia membabitkan soal peribadi kita suami isteri. Jaga rahsia keluarga anda sebaiknya khususnya yang membabitkan soal maruah diri. Kadangkala kita kena ‘simpan’ sikit kisah rumah tangga kita kerana kita kena sedar hati manusia boleh berubah. Tengah baik okay, tapi kalau satu hari nanti hubungan tak berapa baik, macam mana?

 

Baca lagi: ‘Kerana Cinta’ Lelaki Umur 90 Tahun Kahwin Bekas Kakak Ipar Usia 28 Tahun

Jangan Biasakan IPAR Lain Jantina Tinggal Sebumbung, Elak Bawa Kehancuran Rumahtangga

Bila Kehilangan Suami, Isteri Jangan Berharap Pada Mentua, Ipar Duai, Binalah Harta Sendiri

 

 

 

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI