Pasangan kebiasaannya pada peringkat permulaan akan mencuba sedaya-upaya menerima baik dan buruk pasangan seadanya. Kadang-kadang cuba memberi peluang agar pasangan berubah suatu hari nanti.
Tetapi bila pasangan mula menegur dengan tegas setelah diberi peluang berkali-kali, itu maknanya dia tak mampu lagi tidak bertolak ansur dengan perangai anda. Ikuti perkongsian Firdaus Shakirin ini dan fahami sedalam-dalamnya :
Bila pasangan tegur, maka itu tandanya dia dah tak boleh bertolak ansur…
Tak selalunya perbuatan kita tu betul atau perangai kita tu baik andai kata pasangan kita diam dan tak cakap apa-apa…
Dia masih boleh bertolak ansur dan bertoleransi lagi tu, maka oleh sbb itulah dia memilih untuk diam, wait and see…
Ads
Nak jadi makin teruk ke, makin baik…
Tak Semua Yang Sedar
Ada orang, dia sedar sendiri… Ada satu rasa macam tak patut buat macam ini, maka dia berubah… Pasangan tak bunyi apa-apa lagi, tapi dia sudah berubah atas sebab dia sedar diri…
Ads
Tapi ada orang tak sedar diri… Makin dibiarkan, makin menjadi-jadi… Maka, datanglah teguran dari pasangan tandanya tolak ansur dan toleransinya itu sudah hilang…
Bila kena tegur, jang n anggap tidak asa apa-apalah, baru kena tegur sekali… Boleh ulang lagi…
Ads
Jangan selalu sangat menguji pasangan kita, sebab kita tak nampak dinding kesabaran dia terhadap perangai dan perbuatan kita itu masih tebal atau sudah makin nipis…
Kalau nipis, bila-bila masa dia boleh HILANG SABAR…
MW: Kesabaran pasangan ini ada batasnya, cukup-cukuplah anda menguji kesabaran pasangan. Sebaliknya hargailah pasangan dan berubahlah sikap demi kebahagiaan bersama. Insyallah. Jika ambil hati pasangan klik di sini.
Bahagianya tengok pasangan itu. Kayanya dia, apalah kerja dia. Itulah yang mesti terkeluar dalam mulut kita tiap kali tengok orang post gambar kat media sosial atau pun lihat dengan mata kepala sendiri. Kadang-kadang timbul rasa cemburu dan mulalah bandingkan dengan apa yang kita ada.
Rasanya tak perlulah rasa dengki atau cemburi dengan kehidupan orang lain. Semua ini telah diaturkan Olehnya. Kita hanya teruskan kehidupan dan lalui dengan apa yang telah diaturNya.
Ini antara perkongsian daripada Siti Suryani. Memang betul apa yang diperkatakan. Paling penting, kita bahagia cara kita.
Betul mak aku kata tu.
Jangan banding kita dengan orang.
Jangan ingat kalau kita boleh tu pasal kita hebat sangat.
Kalau aku nampak artis bagi tips cara lemah lembut dengan anak, aku kena tengok juga.
Rumahnya kemas. Duit pun berlonggok. Ada yang ada pembantu. Kerjanya cuma layan anak manjang. Takda banyak benda nak runsing. Itu rezeki dia.
Macam aku pun, anak dua je. Bolehlah rileks-rileks, sayang-sayang. Dah besar dah pulak tu. Takda nak kalut apa pun kat rumah.
Cuba wanita yang jenis pukul 4 pagi dah bangun sediakan makan. Lepas tu pergi kerja. Balik karang singgah pasaraya. Beratur lak panjang. Padahalnya nak beli ikan bilis je pun. Teringat suami nak makan sambal bilis petai katanya.
Sampai rumah pukul 6. Nak solat, nak mandi, nak masak, nak angkat baju. Bersilatlah kita laki bini ni balik-balik kerja.
Malam nanti nak urus kerja sekolah anak. Member dia yang lain semua dah hantar dah. Dia je belum lagi. Dah mak ayahnya dua-dua pun kerja. Siapa yang nak tolong tengokkan. Sambil belasah bilis petai, sambil tu tengok anak buat kerja. Suami ada kerja lain lagi. Bisnes online. Nak tambah rezeki keluarga. Dia pun penat juga. Dia pun buat tanggungjawab dia.
Siap dah semua, ingat nak baring kejap pelurus kaki. Allah…! Baju belum lipat. Tu kalau tak lipat hari ni, esok makin menggunung. Karang suami tak jumpa spender karang, tak pakai spender lak dia esok pergi kerja.
Tengah melipat, bangun pulak si kecik tu. “Nak acik”, katanya. Tadi dia tak berapa nak makan. Ni baru lapar perut. Takkan la tak buat kan. Kesian pulak dia.
Iye tak iye, pukul 1 pagi baru tidur. Esoknya pukul 4 pagi ulang rutin yang sama.
Iye. Semua pun nak sangat jadi ibu yang lemah lembut. Takda orang niatnya bangun tidur esok, aku nak jadi lebih marah lagi.
Ingat wanita tu lepas dia marah-marah, dia seronok ke? Dia nak tulis dalam diari ke yang dia berjaya marah lagi hari itu?
Pergi tengok dia lepas marah. Kadang airmata mengalir deras kerana rasa bersalah. Kadang lama dia bersujud atas sejadah. Rasa sedih amat kerana tak berjaya menjadi ‘yang terindah’.
Tidaklah aku kata marah tu bagus. Marah tu takpa. Bukan. Maksud aku, takda wanita yang menjadikan marah tu sebagai hobi dia. Dia pun tak sengaja. Dia pun tak suka. Semua mak inginnya satu saja. Nak jadi mak paling baik dan paling lemah lembut apa adanya.
Hidup semua orang bukannya sama.
Belajarlah lihat manusia di sekeliling kita.
Saiz bahu kita ni tak serupa.
Beban di atasnya juga berbeza.
Kita mungkin boleh sembang sebab hidup kita kencang….
MW: Inilah tugas seorang isteri dan ibu. Tak pernah habis. Jangan sesekali mengeluh. Inilah kebahagiaan yang kita cari dan inilah kehidupan kita.
Artikel ini disunting dan diterbitkan dengan keizinan penulis.
Sumber: Siti Suryani Yaakop
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Sebagaimana seorang mak melakukan yang terbaik untuk suami dan anak-anak. Begitu juga dengan suami, dia juga ingin berusaha dan lakukan yang terbaik untuk keluarga. Pengorbanan ayah jarang-jarang didendang, namun jasa ayah tetap besar.
Sebenarnya jadi ayah tidaklah susah namun tetap tak semudah yang disangka. Walaupun penat bekerja seharian, sampai sahaja di rumah terus hulurkan bantuan pada isteri yang juga penat uruskan rumah tangga. Walaupun penat tetap kena buat disebabkan ianya adalah tanggungjawab.
Pagi-pagi buta sudah keluar bekerja mencari rezeki, setiap hari selagi masih sihat tubuh badan… 6.30 pagi keluar rumah dalam keadaan luar gelap gelita… Bawa motosikal 30 hingga 40 minit baru smpai tempat kerja… Dalam perjalanan itu, dia punya sejuk tak payah nak katalah, sampai ke tulang… Subuh kot… Beku muka dengan tangan…
Itu belum lagi bawa motosikal ketika hari hujan, pagi-pagi…
Sampai tempat kerja, sudah letih… Tak mula buat kerja lagi, tapi sudah letih… Bukan senang travel hari-hari berpuluh-puluh, beratus-ratus kilometer, selama 30 hingga 40 minit perjalanan…
Kereta ada, tapi bagi isteri guna… Tak pun kalau tak ada orang guna tetap naik motosikal kerana jika bawa kereta ulang-alik ke tempat kerja, kosnya tinggi dan sesak lagi…
Maka buatlah kerja satu demi satu mengikut arahan… Kalau tak betul, kena marah, kena maki dan kena buat lain… Kalau tak siap, tak boleh balik… Ada kerja yang simple, ada kerja yang rumit… Ada kerja yang menggunakan fizikal, ada kerja yang menggunakan mental…
Penat fizikal, penat mental…
Sampai saja di rumah, baru turun motosikal, tak sempat masuk dalam rumah lagi, anak-anak sudah ajak keluar ronda, isteri sudah suruh keluar beli barang… Seharian sudah letih bekerja, seharian sudah kena buat macam-macam, tapi turutkan juga kehendak anak-anak, permintaan isteri… Layan anak-anak… Layan isteri…
Malam-malam hendak rehat, nak tenangkan fikiran dan badan, anak-anak datang melompat, bergaduh berebut mainan dan sebagainya… Allah, rasa macam nak meletup pun ada… Nak tengok televisyen pun tak senang…
Tapi itulah, hendak cakap lebih-lebih pun, pengorbanan seorang suami itu selalunya jarang didendang atau diceritakan… Bagi suami-suami di luar sana, apa yang kita buat sekarang ini dinamakan tanggungjawab kepada keluarga…
Kewajipan dan tugas kita…
Tak larat macam mana pun, usahakan juga bagi larat, bagi kuat… Apa yang kita buat ini akan disoal di akhirat, maka jangan biarkan kita tergagap-gagap depan Allah disebabkan kita sudah menyerah atau mengalah untuk menjadi seorang suami dan seorang ayah masa hidup kita di dunia…
Nota Kaki : Cubalah yang terbaik untuk menjadi seorang suami dan ayah… Insyallah ganjaran yang setimpal menanti kita di sana kelak…
MW: Percayalah, setiap pengorbanan yang ayah-ayah lakukan pasti mendapat ganjaran pahala. Walaupun penat dan letih, menggembirakan isteri dan anak-anak adalah sunnah.
Setiap kali demam, kita berfikir dua kali hendak ke klinik atau tidak apatah lagi di musim Covid seperti sekarang. Risau pergi klinik, demam dia manja-manja saja. Tetapi dibiarkan takut melarat pula.
Oleh itu, bila masanya kita perlu ke klinik. Demam ini berkaitan dengan suhu, jadi lebih mudah mak,ayah sediakan termometer di rumah bagi memudahkan untuk periksa suhu sama ada tinggi atau biasa.
Jika suhu anda tinggi dan demam berlarutan, adalah lebih baik segera berjumpa doktor atau ke hospital. Ikuti perkongsian Dr Man Aris ini betul-betul dan fahami penjelasannya:
Suhu Demam BERAPA Kita HARUS Jumpa DOKTOR, BILA Perlu Ke KLINIK?
Setiap kali demam, kita berfikir dua kali hendak ke klinik atau tidak apatah lagi di musim Covid seperti sekarang. Risau pergi klinik, demam dia manja-manja saja. Tetapi dibiarkan takut melarat pula.
Oleh itu, bila masanya kita perlu ke klinik. Demam ini berkaitan dengan suhu, jadi lebih mudah mak,ayah sediakan termometer di rumah bagi memudahkan untuk periksa suhu sama ada tinggi atau biasa.
Jika suhu anda tinggi dan demam berlarutan, adalah lebih baik segera berjumpa doktor atau ke hospital. Ikuti perkongsian Dr Man Aris ini betul-betul dan fahami penjelasannya :
Ini antara topik yang menarik untuk kita baca dan tahu agar kita yang ‘’tahu’’ boleh membetulkan orang lain jika ada ketidakpastian.
Banyak perkongsian dan info yang telah kita dapat berkenaan suhu demam dan sebagainya. Ada juga perkongsian lucu gambar yang menunjukkan list suhu dibawah 36 ºC dan paling banyak suhu ‘’hypothermia’’ 35 ºC.. tergelak juga tapi post begini memanggil saya untuk berkongsi sedikit berkenaan dengan suhu normal badan manusia dan paling penting adalah bila perlu ke klinik atau hospital?
Demam adalah reaksi normal badan terhadap jangkitan dan penyakit lain. Ia bukan penyakit tetapi GEJALA.
Suhu badan normal antara 36.0ºC-37.4ºC.
Suhu demam adalah 37.5ºC dan ke atas.
Suhu rendah (tidak normal) adalah kurang daripada 35ºC.
Suhu demam tinggi adalah 38.5ºC – 39.9ºC.
Suhu demam terlalu tinggi melebihi 39.9ºC. Perlu rawatan segera.
* Anak berusia 6 bulan hingga 6 tahun mempunyai risiko untuk mendapat DEMAM KEJANG (FEBRILE FIT) jika dibiarkan suhu demam berterusan meningkat, terutamanya jika melebihi suhu 38.5ºC.)
Gejala demam menunjukkan adanya jangkitan kuman, contohnya virus atau bakteria. Ia juga dapat menunjukkan penyakit kronik atau sebarang tindakbalas imunologi.
Demam berlaku apabila jangkitan kuman yang masuk ke dalam badan memberikan respon kepada sistem imuniti (pertahanan tubuh) kita untuk bertindak balas dan melawan kuman tersebut.
Kemungkinan beberapa gejala lain akan timbul bersama seperti sakit-sakit otot, lemah badan, rasa sejuk dan lain-lain.
Paling kerap kita dapati adalah bacaan nadi atau degupan jantung kita juga menjadi laju apabila suhu badan meningkat.. Betul tak?
Bila kita mengalami demam, sebenarnya badan kita terus membuat kompensasi cepat untuk menurunkan suhu dengan cara melebarkan pembuluh darah (blood vessel) bertujuan membenarkan haba or heat loss to environtment.
KES 1:
‘’Doktor, semalam saya rasa demam, tapi pagi ni dah ok, saya tak makan ubat demam pun’’
Kes begini, jika hanya sekali saja rasa demam tapi setelah beberapa jam rasa demam dah hilang, (apatah lagi demam itu hilang bukan disebabkan ubat) maka tidak perlulah datang ke klinik atau ke kecemasan hospital. Kemungkinan besar anda memang tidak demam atau boleh jadi immune system badan anda sudah membantu untuk menurunkan dan mengawal suhu badan kembali normal tanpa perlu ubat.
KES 2:
‘’Doktor, saya rasa demam sudah 3 hari, asal malam je rasa sejuk dan demam, kalau siang tak demam.. saya makan ubat waktu malam saja”
Jika demam on-off dan berterusan beberapa hari, YA kes ini perlu berjumpa dengan doktor dan kami akan membuat ujian darah jika perlu.
Tetapi jika suhu terlalu tinggi dan badan tidak mampu untuk kompensasi, maka kita perlu bantuan lain, iaitu ubat untuk menurunkan suhu badan. Maka terhasilnya ubat yang dinamakan Paracetamol.
Kita kena ingat, ubat demam yang kita ambil sekarang, iaitu Paracetamol adalah untuk menurunkan suhu demam, tetapi bukan membunuh kuman. Faham tak maksud saya? Maksudnya kemungkinan demam akan datang semula selepas beberapa jam makan ubat demam dan berterusan… itu menunjukkan kuman masih aktif dalam badan dan perlu rawatan lanjut.
KES 3:
‘’Doktor, ada ubat demam lain tak selain paracetamol? Saya allergic dengan paracetamol’’
Yup, ada. Kita ada ubat dari golongan NSAID (non-steroid) contohnya Ibuprofen dan Voren. Kalau di luar negara seperti di Eropah, mereka menggunakan NSAID sebagai ubat demam, iaitu aspirin.
Ubat ini berfungsi sama seperti paracetamol, iaitu menghentikan penghasilan prostaglandin E. Ubat dalam golongan NSAID ini ada kelebihan lain di mana ianya boleh membantu dalam menurunkan proses peradangan (inflammation) dan kebanyakkan kita mengambilnya sebagai ubat tahan sakit (as pain killer).
MW: Paling penting tahu berapa suhu badan kita, sama ada normal atau tidak, Dari situ mak,ayah boleh buat keputusan untuk ke klinik atau tidak untuk mendapatkan rawatan lanjut. Kalau nak lebih mudah, klik saja di sini.
Awalnya diuji kehilangan isteri, kemudian bersambung pemergian anak tunggalnya secara tiba-tiba ketika berada di sekolah. Inilah ujian yang Allah bungkuskan kepada saudara Fendi.