Kadangkala timbul juga rasa tidak puas hati setiap kali bertikam lidah dan berselisih faham dengan pasangan. Mulakan fikir dan doa yang bukan-bukan pada pasangan kerana perasaan marah meluap-luap.
Jangan terlalu ikutikan perasaan itu, sekali pun benci dengan pasangan, tetaplah doa yang baik-baik buat pasangan. Doa seorang isteri ini jangan dibuat main.
Dia jahat, dia tak guna, dia selalu menyakitkan hati… Namun, tetaplah mendoakan yang baik-baik untuk dia…
Jangan pula bila dia keluar saja dari rumah, terus kita berkata, “Mintak-mintaklah jadi apa-apa kat dia, baru insaf sikit, baru jadi baik…”
Ads
Bagaimana kalau apa yang terdetik di hati kita itu, betul-betul terjadi?
Berlakunya sesuatu kepada dia dan end up, kita juga yang susah? Maka oleh sebab itulah, selagi dia itu masih pasangan kita, maka selagi itulah jangan putus asa mendoakan dia berubah menjadi lebih baik lagi dari sebelumnya…
Jangan Doakan Yang Bukan-Bukan
Ads
Jangan diikutkan sangat dengan hati dan perasaan…
Hati dan perasaan boleh membisikkan apa saja untuk mengawal diri kita… Tapi sentiasalah menjadi waras, sentiasalah meletakkan akal di depan lidah… Ini adalah bagi mengelakkan kita mengucapkan sesuatu yang tidak baik hanya kerana kita sakit hati dengan perangainya dan kita terluka dengan perbuatannya…
Ads
Selagi dia tu masih pasangan kita, elakkanlah mendoakan keburukan untuk dirinya kerana ianya akan berbalik kepada kita juga…
Pernah dengarkan orang sebut betapa susah nya nak faham orang perempuan ini. Lagi-lagi bab baju. Selalu saja sebut tak ada baju. Walhal penuh dah satu almari.
Menyangkal dakwaan ini, Firda Ashaary membidas apa yang diperkatakan tentang orang perempuan. Disenaraikan 10 perihal orang perempuan yang sebenarnya mudah je nak difahami.
Ada sorang ‘influencer to be’ tulis tadi. Katanya,
“Perempuan ni punya lah susah nak paham. Baju dah penuh almari pun still cakap takda baju. Ahh, pening lah.”
Susah nak faham? Lagi lah tak. Mudah gila nak faham orang perempuan ni. Tak caya? Jap aku listkan.
1. Dia cakap dia nak kurus, tapi dia okay jer makan tak ingat. Maknanya dia tak kisah lah tu. Baguslah kan, kau buat rileks sudah. 2. Dia cakap dia lapar, tapi dia tak tahu nak makan apa. Biar je lah dia situ. Makanan kat dapur banyak, nanti dia selongkar lah. 3. Dia dah masak, tapi dia taknak makan. Bosan katanya. Kau je lah makan dulu. Nanti dia lapar, tahu lah dia. 4. Dia beli tudung setiap bulan, tapi katanya takda tudung. Kau tolong je belikan lagi, lepas tu kau cantumkan dan jahit buat selimut dia tidur. 5. Dia bising laki dia tak sidai kain, tapi dia bising sorang-sorang dia je. Kau buat pekak sudah la. Paling-paling pun nanti, dia mesej cikgu sekolah anak kau, mintak tolong nasihatkan. 6. Dia penat, dia buat jugak kerja rumah. Cuma muncung dia tu, boleh lah kau buat sidai kain. Nanti dia dah tidur, kau diam-diam lah gi tolong settle apa yang dia tak settle lagi tu. Itu pun nak kena ajar ke? 7. Dia cakap dia takda duit, kau dengar sudah la. Jangan ambik serius. Nanti sampai besday kau, tetap ada surprise dia bagi. 8. Dia cakap nak beli mekap, kau belikan je lah. Walau barang mekap dia dah penuh 2 almari tapi gitu jugak mukanya, tak jadi Neelopa pun. Biarlah, asal dia bahagia. 9. Dia kata dia nak gelang baru, walau gelang dah penuh sampai siku. Alaaaa, kau layan kan je lah. Bukan selalu, setahun dalam 3 atau 4 kali je! 10. Dia marah, tapi dia diam. Ehh, tak ke aman dunia tu. Kau suka kan dia diam? Tapi kau hati-hatilah risau kalau meletup, habis bersepai.
Okay, cukuplah 10 dulu. Banyak dah rasanya contoh aku bagi ni. Nanti rajin aku sambung lagi.
Betul lah kan aku cakap, perempuan ni mana ada susah nak paham. Kitaorang okay jurr.
Yang penting kitaorang ENJOY!!
MW : Haa.. senang je kan nak faham orang perempuan ni.
Romantis? Jangan haraplah. Sejak kahwin tak pernah buat kejutan ke..bagi hadiah ke…Ah, tak sayanglah tu. Itulah tanggapan pertama isteri, kalau suami tak penuhi kehendaknya atau ‘jadi’ seperti yang dia impikan.
Suami ada cara masing-masing untuk menunjukkan kasih sayang mereka terhadap isteri. Ada suami yang memang tebal dengan sikap romantis. Tiap kali tarikh istimewa isteri, pasti tak lupa hadiah dan kejutan manis untuk isteri tersayang. Tentulah hati isteri berbunga bahagia!
Namun ada juga suami yang sebaliknya. Ingat tarikh hari jadi isteri pun dia lupa, ini kan pula dia nak belikan hadiah dan buat kejutan.
Isteri tolong jangan sesekali bandingkan suami sendiri dengan suami orang lain. Sikap suka membanding-bandingkan ini boleh jadi punca gaduh suami isteri.
“ Awak ni tak romantis langsung. Suami orang lain, ada juga hadiahkan bunga masa birthday isteri dia. Awak? Mimpi la…”
Sebelum keluarkan kata-kata itu, tolong tarik nafas sejenak dan fikir. Apakah sikap suami yang anda anggap tak romantis itu memberi petanda suami tak sayangkan anda?
Kadangkala, jangan kita cuba nak bentukkan suami dengan acuan yang kita anggap ‘sempurna’ bagi diri kita. Kadangkala lelaki yang ‘sempurna’ itu tak ada pun di dalam realiti. Jangan terbawa-bawa dengan fantasi hero drama Korea yang serba romantis.
Bila anda sudah bersetuju untuk menjadi suri hidupnya, maka dia sudah dapat menerima segala buruk anda. Jadi, anda juga kena buat benda yang sama.
Tak terfikirkah, selepas kahwin dan beranak, dia tak pernah berungut walau pun saiz anda dah berubah. Anda yang susah hati nak diet dan sebagainya. Kalau fikirkan, tentu dia pun inginkan isteri yang tetap cantik dan solid macam baru-baru kahwin dulu. Tapi dia faham, kecantikan dan saiz anda berubah mungkin kerana faktor usia yang makin bertambah dan selepas beberapa kali bersalin.
Percayalah, apabila kita sentiasa memandang perkara baik dan apa lebihnya suami kita, maka kita akan menanam rasa bahagia dalam diri kita. Biarlah dirinya tak romantis seperti suami orang lain, yang penting dia sayang dan menjaga anda dan anak-anak dengan baik.
Stres yang melingkari kehidupan, membuatkan seseorang itu terlalu serius dalam hidup. Muka ketat je, orang buat lawak dan berjenaka pun dia anggap itu serius! Urat senyum pun dah putus agaknya. Ikuti perkongsian daripada: HM TUAH ISKANDAR al-Haj (www.drtuah.com) ini.
Terbukti wanita itu fikirannya berubah-ubah. Usia 20, mereka ingin lelaki tampan; usia 25, mereka ingin lelaki matang; usia 30, mereka ingin lelaki berjaya; usia 40, mereka ingin lelaki gagah; usia 50, mereka ingin lelaki setia.
Sebaliknya lelaki fikirannya sangat sederhana dan tak berubah-ubah. Usia 20, mereka ingin gadis muda yang cantik; usia 25, mereka ingin gadis muda yang cantik; usia 30, mereka ingin gadis muda yang cantik; usia 40, mereka ingin gadis muda yang cantik, dan usia 50 mereka tetap masih ingin gadis muda yang cantik. Kesimpulannya lelaki itu istiqomah dan tetap pada pendirian!
Kenyataan itu sudah tentu mengukir senyum pada jiwa yang selamba, tetapi tidak pada hati yang ketat, keras membatu. Rata-rata orang lelaki akan tersenyum, tetapi wanita akan mengetap bibir. Lelaki berasa menang oleh konklusi yang diberikan itu tetapi wanita akan menganggap itu ‘miang hingga ke sudah’.
Sebenarnya, hidup ini perlu dilalui dengan selamba apabila unsur-unsur jenaka dibawakan kepada kita. Jangan ketat sangat, anda akan kehilangan deria ceria nanti. Pada semua humor, berikan reaksi yang sesuai, mungkin senyum, tertawa kecil mahupun tertawa berbahak-bahak. Ia adalah reaksi sponton manusia normal. Jika seorang itu menangis sedang orang lain semuanya tertawa, jiwa siapakah yang silap? Demikian juga jika sebuah kisah sedih diperdengarkan dan semua orang tunduk menangis, tetapi ada seorang tiba-tiba ketawa, siapakah yang tak betul?
Artikel kali ini bermaksud mengajak anda selamba dan setara dengan apa juga yang dilalui. Usah cuba-cuba melawan arus, kelak anda akan diberikan pangkat ‘manusia pelik’.
Jika sesuatu itu menyentuh emosi kita untuk berasa lucu, lampiaskanlah, mungkin dalam bentuk senyuman, mungkin dengan ketawa kecil sebagaimana orang lain juga. Usah dibiarkan emosi anda memenjara diri.
Orang yang berkeadaan ‘berlawanan’ selalunya bukanlah seorang yang ceria. Dia lebih banyak bernegatif dalam hidupnya. Orang negatif sememangnya kurang bahagia.
Unsur-unsur humor memang diperlukan dalam hidup. Sesiapa mengatakan dia tidak perlu, dia sebenarnya sudah kehilangan sebahagian daripada mutiara kehidupan itu sendiri. Bukankah hidup wajar dilalui dengan gembira?
Cetusan perasaan seperti suka sudah sedia ada dalam diri seseorang, hanya memerlukan sentuhan ‘suiz’ untuk ia tercetus dalam bentuk-bentuk seperti senyum, ketawa, berwajah manis dan sebagainya. Bayangkan suiz sudah dipetik tetapi cetusan yang sepatutnya timbul masih tidak terbit.
Apakah yang menyebabkan seseorang itu memberikan reaksi berbeza daripada yang sepatutnya? Sekurang-kurangnya ada tiga;
Orang ini dengan sengaja mencipta satu falsafah diri dan menjadikan falsafah itu pegangan dalam hidupnya. Katalah, dia meminati seni, dia akan sentiasa mempamerkan ciri-ciri berlainan yang sentiasa menghala kepada genre seni yang diperjuangkannya itu.
Dia mungkin mempamerkannya melalui pakaian, cara bercakap yang bernada dan berintonasi menyerupai puisi mahupun reaksi spontan yang bertentangan dengan umum dalam semua keadaan.
Orang ini pada asalnya tidaklah mengalami masalah jiwa yang berat sangat tetapi apabila dia asyik melayan perasaannya yang celaru itu, akhirnya ia benar-benar bermasalah. Masalahnya kadang-kadang bermula daripada sikap memendam rasa apabila berdepan dengan masalah, misalnya si suami sengaja mengusik akan berkahwin lain, tetapi isteri mengambilnya dengan serius serta kerap menjadikan itu alasan untuk merajuk.
Sikap begini akhirnya menjadi perangai sebenar. Akibatnya, semua unsur humor tidak mendatangkan apa-apa kesan lagi kepada jiwanya. Dia dikira orang yang paling rugi kerana berjenaka itu tanda suburnya jiwa. Bukankah Nabi s.a.w juga berjenaka dan gemar berjenaka?
Orang ini mengambil langkah menyendiri konon orang lain semuanya tidak memahami dirinya, atau orang sengaja mahu mempersenda-sendakannya. Oleh terlalu perasa, dia tidak gemar berkomunikasi, sebaliknya lebih kerap bercakap dengan diri sendiri serta menganggap dirinya sentiasa betul. Dia boleh berhalusinasi akhirnya.
Jika anda ada ciri-ciri ini, berubahlah kerana anda sedang dalam fasa ‘jiwa kacau’. Si jiwa kacau selalunya tidak membahagiakan melainkan bermasalah semata-mata. Elakkan ye…
Bertukar nyawa, niat murni seorang abang selamatkan adik daripada dihanyutkan arus deras berakhir dengan tragedi memilukan apabila dia ditemukan lemas dalam kejadian di Taman Ayer Keroh Heights.