Gambar sekadar hiasan.

Dalam keadaan kita tengah berperang dengan Covid-19, masih ramai yang engkar dengan arahan PM agar duduk diam di rumah. Bukan itu sahaja, malah wabak ini seakan tidak lut kepada suami isteri yang tak segan silu membuka aib pasangan di media sosial.

Sedikit pun tidak terasa dengan teguran Allah. Sepatutnya musibah ini membuatkan kita semakin bersatu hati dan berkasih sayang. Ini tidak, nak juga bergaduh. Sebak betul baca posting yang mencerca pasangan di media sosial. Kalau iya pun tengah berantakan, tolonglah simpan aib diri dan pasangan.

Ingat ye, yang baca posting tu bukan pasangan sahaja tapi keluarga kedua belah pihak dan beribu mata lagi. Bukan sedikit ‘kerosakan’ yang dilakukan dek kerana mengikut hati yang tengah marah.

Buka Aib Di Media Sosial

Ramai orang bila ada masalah, fokus pada salah pasangan. Masa tu, dah macam scanner, semua kesalahan dan kekurangan si dia dikesan. Kalau kekurangan yang dicari, memang confirm semua perangai buruk suami atau isteri kita jumpa. Walhal, banyak je perangai baik pasangan tapi kerana geram semua yang baik tenggelam.

IKLAN

Masa emosi tengah ‘menggila’ tu, janganlah gatal nakkan perhatian di media sosial. Adatlah suami isteri, mesti ada terkehel di sana sini. Bukan awak je, orang lain pun bergaduh juga tapi tak de lah sampai menjaja cerita untuk tatapan umum.

Bahasa Kesat Punca Dendam

Bila tengah marah, kita cenderung menggunakan bahasa kesat dan meninggikan suara. Perkataan yang keluar dari mulut kita mungkin sangat berbisa sampai makan dalam. Boleh jadi juga pasangan berdendam dek kerana mulut kita yang laser.

Jadi, bila rasa suasana tegang, tarik nafas dalam-dalam. Alih perhatian buat perkara yang kita suka. Jangan layan perasaan marah yang menggila tu. Bila emosi dah tenang, baru berbincang dari hati ke hati.

IKLAN

Kita Pun Tak Sempurna

Satu lagi nak pesan, sebelum kita sibuk nak cari kekurangan pasangan, jom kita cermin diri kita dulu. Kita ni sempurna sangat ke? Memang kita tiada kelemahan atau kekurangan ke? Tiap kali rasa nak mengamuk, tanya soalan ni pada diri.

Pernah tak fikir bagaimana pasangan kita menerima kekurangan kita. Ingat ye, kita pun tak sempurna, serba kekurangan. Jadi, jangan sesuka hati mengata pasangan, entah-entah dia pun dah lama makan hati dengan kita.

IKLAN

Kesimpulannya, tak usahlah nak mengamuk macam orang gila, bimbang nanti pasangan kita pula yang meletup. Beringat sebelum ada yang putih mata.

Bebel sebab sayang, bebel sebab amanah. Sayang semua.

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI