Isteri mestilah cantik untuk suami. Betul tak? Barulah suami tambah sayang. Bila cakap tentang kecantikan, cukup sinonim dengan diri seseorang wanita. Tanyalah, siapa yang tak nak kan? Ada wanita yang dianugerahkan rupa paras yang menawan namun ada juga yang perlukan usaha untuk dia menyerlahkan kecantikan dirinya.

Ye Ke Isteri Cantik Untuk Suami?

Selain itu, sebagai isteri, pasti ingin kelihatan cantik demi untuk suami tercinta.  Suami mana yang suka lihat pasangan dia comot dan selekeh kan?

Menurut Prof Madya TS. Dr. Mohd Nor Mamat, Pensyarah Kanan UiTM,  tak dinafikan lelaki memang suka sesuatu yang cantik, termasuklah suka pandang wanita yang lawa. Itu memang fitrah lelaki suka wanita cantik, tapi kenalah berpandukan pada ilmu dan iman.

Isteri Kena Cantik Untuk Suami, Tapi Jangan Sampai Suami Orang Lain Tergoda!

Betul ke bila dah tua suami rasa isteri dah tak lawa?

“ Apabila seorang lelaki itu memilih seorang wanita sebagai pasangan hidupnya, bermakna wanita itu sudah cukup cantik bagi diri lelaki itu. Itu isteri kena tahu.

“Bila semakin berusia, memang ramai wanita akan rasa bimbang, dirinya dah tak cantik di mata suami seperti ketika muda dulu.

“ Seseorang wanita itu tetap menawan walau pun sudah tua, tapi kata orang, ‘cantik orang tua’. Tak boleh bandingkan usia muda dan usia tua. Cantik di usia tua takkan sama cantik ketika muda.  

” Yang penting, kena sentiasa kemas dan bersih di depan suami. Jangan asyik nak berbaju kelawar saja di rumah. Kena ingat, suami dulu berkahwin dengan ‘anak orang’ bukan anak kelawar,” jelas Prof Madya TS. Dr. Mohd Nor Mamat lagi secara bergurau.

Hargai Pasangan

Dalam hal ini, suami kena main peranan dan kena hargai isteri. Kalau suka pasangan berlawa untuk mereka, kena tengok juga. Tak suka dia pakai baju kelawar, tapi kalau itu saja baju yang dia ada, tak boleh salahkan dia.  Apa pun, asas kecantikan adalah kebersihan diri.

IKLAN

Baca artikel menarik lain di sini:

Biarlah Isteri Bukan Persis Ratu Cantik, Asal Sihat Dan Membahagiakan Hati Suami

Jadi Cantik Selepas Dikecewakan, Mulanya Salahkan Teman Lelaki Tetapi Akhirnya Berterima Kasih

Hak Suami Pantau Isteri

Pada zaman penggunaan media sosial secara meluas ini, suami kena ambil tahu tentang isteri. Pantau mereka. Misalnya dia dah bersiap cantik, ambil gambar dan muat naik ke media sosial. Alasan mereka, cantik mereka adalah untuk suami. Tapi dalam tak sedar, mereka dah benarkan orang lain memuji mereka termasuk lelaki-lelaki lain.

IKLAN

Isteri juga kena ingat niat mereka berhias adalah untuk suami. Tapi jangan sampai suami-suami orang lain pula yang tergoda!

Suami Kena Rajin Puji 

Prof Madya TS. Dr. Mohd Nor Mamat menyatakan, suami kena selalu memuji isteri.

“ Ini membuatkan isteri akan rasa ada orang yang menghargai dirinya. Dia tak perlu lagi orang lain puji. Tapi jika suami tak suka puji, inilah yang membuatkan dia mencari pujian daripada orang lain termasuk memuat naik gambar di media sosial.  Mungkin mereka ini inginkan perhatian dan kurang kasih sayang,” akhiri Prof Madya TS. Dr. Mohd Nor Mamat.

IKLAN

Jangan lupa follow kami di:

Facebook Mingguan Wanita

Instagram Mingguan Wanita

Twitter Mingguan Wanita

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI