Setiap kali balik ke rumah mak, ayah di kampung, kadang-kadang kita lupa lampin pakai buang atau pampers ditinggalkan dan dibiarkan begitu sahaja. Bagi kita apalah sangat, setakat pampers anak-anak tak kan lah mak, ayah tak boleh buangkan.

Rupanya kita silap, tinggalkan “pampers”di rumah mak, ayah nampak kecil tapi boleh  asbab dosa membukit walaupun mak, ayah dia tak kisah. Fahamkan perkongsian Tuan Syamil Asraff ini :

DOSA PAMPERS (LAMPIN PAKAI BUANG ANAK)

Hari ini Mummy Fizah nak share satu perkara dengan you all semua. Setelah dapat izin ayah Mummy, baru Mummy berani nak share kisah ini. Apa yang Mummy share ini semoga dapat jadikan pengajaran untuk kita dan generasi akan datang.

🔸🔸🔸🔸🔸

Zaman sekarang ini sudah jarang sangat orang pakai lampin yang berulang pakai. Majoriti guna lampin pakai buang kan. Hanya segelintir saja yang masih guna cara lama cuma kaedah sahaja berbeza.

Kalau dalam family Mummy, yang sudah jadi mak-mak ini memang semualah pakai lampin pakai buang ini.

Semua jenis mak-mak nak cepat express.

Longgokan Setempat

Kebiasaannya bila sudah ramai-ramai di kampung mak ayah, lepas mandikan anak-anak kami kumpul satu tempat pampers anak-anak. Cucu ayah semua ada 7 orang setakat ini.

Nampak sikit saja 7 orang kan. Tapi bila sudah pukul 12 tengahari masing-masing sudah mandi, memang penuh satu beg plastik pampers yang sudah guna.

Sampailah suatu hari, kami adik-beradik ipar, selepas dua hari di kampung masing-masing berkemas dan bersedia untuk balik ke lubuk rezeki masing-masing. Ada yang balik pagi. Ada yang balik tengahari. Ada yang bila-bila nak balik pun boleh. Sebab rumah sekangkang kera saja dengan rumah mak ayah.

Bila menjelang malam, dapat Whatapps panjang dari ayah dalam group adik-beradik. Masa itu baru saja sampai Perlis dari Johor. Dengan tenang dan rasa gembira bukalah Whatapps dari ayah.

Sebab mesej dari ayah kan, mestilah banyak gembira.

IKLAN

***

“Mintak maaf dululah ya anak-anak. Ayah nak cerita sikit ini. Semoga kita semua terpelihara dari dosa yang terhijab.

Sepanjang ayah bersama emak membesarkan anak seramai 5 orang di rumah atok ketika itu, antara sifat emak yang anak-anak kena tahu, emak tak pernah membiarkan lampin atau baju anak-anak di bilik air atau tinggal di bilik air kerana bimbang atok akan membasuh najis atau baju anak-anaknya.

Walaupun dalam pantang 5 orang anak, sekalipun emak tak akan biarkan baju atau lampin anak-anak atok nampak sebab takut atok tolong basuh. (Orang johor guna ‘atok’ untuk panggil nenek/opah)

Semua itu sebab nak jaga jangan sampai orang tua bersusah payah basuh semua najis anak-anak kita sendiri. Ditakuti ada rasa sedih di hati orang tua tapi didiamkan. Jika ini berlaku, kita akan berdosa.

Oleh kerana zaman telah berubah, anak-anak juga harus cekap uruskan semua ini seperti ibu mu. Tak kiralah sama ada di rumah mak ayah atau di rumah mertua.

Lagi satu sifat ibu mu, dia tak akan banyak cakap walaupun dirinya penat.”

IKLAN

Ayah minta maaf.

Semuanya untuk kebaikan kalian dunia akhirat.

Sebelum ayah tak ada di dunia ini, ayah nasihatkan saja. Bila ayah dah tak ada nanti tak ada siapa akan ingatkan anak-anak semua.

-Ayahmu-

*****

Mulianya Hati Mak

Hah amik kau. Bukit hempap atas kepala. Berjurai-jurai air mata Mummy masa tu. 😭

Memang menyesal tahap melangitlah. Rasa nak patah balik saja dari Perlis ke Johor.

IKLAN

Terus call mak minta ampun mintak maaf😭😭😭 (masa tu mak dah nak tidur)

Mak gelak je. “Alah tak ada bendalah. Mak tak kisah pun. ”

Adoi mak ni… Hati mulia seorang ibu tetap katakan perkara yang sedapkan hati anak😭

Rasa bersalah tahap gunung everest tu sampai sekarang ada. 😣

Memang sebelum-sebelum ini kadang-kadang bila sudah cebok mandikan anak tu, pampers kitorang letak satu tempat untuk buang. Tapi kadang-kadang terlupa sampailah bila sudah masuk kereta baru teringat nak buang. 😑

Sejak dari peringatan tu, kami adik beradik ipar duai memang akan buang pampers anak masing-masing sebelum balik.

Atau nak mudah kami masing-masing akan kumpul dan bawa balik pampers anak-anak.

Buang di mana-mana tong sampah awam yang sesuai on the way balik. Kalau di rumah mak mertua pula, Mummy akan paksa suami pergi buang pampers anak ke belakang rumah tempat pembuangan sampah.

Mummy rasa bersyukur sangat ayah kuat untuk tegur dan bagi nasihat dalam hal ni tau. Kalau tak kami tak sedar semua tu salah. Selama-lamanya berdosa.

Perasan baguslah kan balik umah mak ayah tiap-tiap minggu. Tapi rupanya balik tu tinggalkan hampas yang susahkan mak, ayah. huhuhu (rasa teruk betul bila Mummy ingat balik. Benda simple pun tak sedar)

#ps: Sama-sama kita ingatkan suami. Suami ingatkan isteri. Dua-dua kena peka pasal pampers ini. Benda kecil boleh jadi asbab pada dosa membukit.

#ummuabdullah
#MummyFizah

MW: Terlalu mengambil ringan setiap perkara hingga kita alpa dapat menyakiti hati seorang mak. Jadikan kebiasaan setiap kali pulang ke kampung, jangan tinggalkan kesan atau jejak yang dalam diam menyusahkan mak, ayah kita.  Selain buang sekali sisa buangan anak-anak, basuhlah pakaian atau cadar-cadar yang diguna. Barulah mak, ayah sejuk hati. 
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI