Nurul Shuhada minta talak 2, mahkamah putuskan Hafidz Roshdi sah cerai talak satu. Akhirnya rumahtangga pasangan Hafidz Roshdi dan Nurul Shuhada berakhir pagi ini apabila Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam mengesahkan perceraian mereka dengan talak satu.
Pelakon, Hafidz Roshdi akhirnya sah bercerai dengan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukur dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam, pagi tadi.
Nurul Shuhada Minta Talak 2
Menurut Hafidz, dia berasa gembira segala proses hari ini dipermudahkan dan akhirnya mereka berpisah.
“Saya bersyukur kerana hari ini saya sudah bercerai talak satu. Saya nak ucap terima kasih buat semua yang hormat privasi dan karier saya. Saya hormati keputusan tuan hakim dan berpuas hati dengan keputusan hari ini. Ia diselesaikan dengan cara baik tanpa ada pergaduhan,” katanya.
Sementara itu, menurut peguam yang mewakili Hafidz iaitu Datuk Akberdin Abdul Kadir , mahkamah telah menerima permohonan yang dibuat Hafidz pada 22 Februari 2023.
Mahkamah Putuskan Pasangan Ini Sah Cerai Talak Satu
Cerai hanya berlaku sekali sahaja. Tuntutan balas daripada Shuhada yang kata ada tuntutan sebelum itu pada 22 Januari, hakim tidak terima.
Hanya talak satu dijatuhkan, walaupun Shuhada minta talak dua. Dakwaan sebelah pihak lagi yang mendakwa lafaz cerai menerusi aplikasi WhatsApp pada 20 Januari lalu tidak diterima oleh mahkamah. Maka, perceraian adalah talak satu bertarikh 22 Februari lalu,” katanya.
Terdahulu, Nurul Shuhada memfailkan perceraian terhadap Hafidz di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 27 Februari lalu.
Sementara itu, dalam laporan Berita Harian, Nurul Shuhada yang berbusana putih turut meluahkan perasaan yang sama.
IKLAN
Katanya, dia lega seolah-olah beban yang dipikul selama ini sudah diangkat.
“Alhamdulillah, Allah permudahkan semuanya. Saya merasakan seperti Allah sudah angkat satu beban. Terima kasih Allah. Saya perlu kuat semangat sebab kini tak bergantung pada orang lain dan hanya bergantung pada Allah sahaja.
“Sekarang, saya mahu fokus diri sendiri, anak-anak dan capai cita-cita kerana insya-Allah, saya mahu sambung belajar,” katanya yang tamat edah pada Aidilfitri kedua lalu.
Matematik jadi subjek paling dibenci kerana terlalu susah, Cikgu Fadli dedah 25% pelajar gagal dalam SPM. Jelas satu angka yang sangat menakutkan. Bukan saja pada masa depan negara tetapi juga dalam bidang-bidang profesional seperti jurutera, pilot, doktor, ahli fizik dan lain lagi kerana kemasukan ke universiti awam memerlukan pelajar mendapat kredit yang bagus dalam subjek ini.
Namun jika ia menjadi subjek dibenci pelajar kerana susah mempelajarinya, apa akan jadi pada bidang profesional seperti ini?
Matematik Jadi Subjek Paling Dibenci Kerana Terlalu Susah
Cikgu Mohd Fadli sekali lagi berkongsi silibus aras tinggi yang dihadapi oleh anak-anak kita di alam persekolahan dan menjadi keluhan kepada pelajar kerana standartnya terlalu tinggi untuk dicapai.
Cikgu Fadli dedahkan sistem pendidikan Malaysia boleh kembali ke zaman batu kerana silibus terlampau tinggi ini. Malah perjuangannya tentang silibus terlampau tinggi hampir dikenakan tindakan tatatertib. Namun niatnya hanya satu mahu lihat masa depan anak bangsa terjaga.
Baca perkongsian di fbnya:-
Data ini perlu kita risaukan. Ibubapa perlu risau. Guru-guru perlu risau. Pelajar pun perlu risau. Nisbah kegagalan ini sangat besar. Bukan kecil anak bila seorang dari empat calon gagal ni. 25% gagal tau. Bukan tak lulus, tapi gagal.
Dulu, Matematik merupakan salah satu subjek yang paling ramai calon dapat A selepas BM. Tak kira exam apa pun. UPSR ke, PMR ke SPM ke.
Matematik menjadi favourite subjek kepada pelajar. Senang nak score A. Nak lulus lagi senang.
Sekarang, ia menjadi killer subjek. Subjek paling susah nak lulus. Lebih susah dari Sains dan English!
Bila benda ni bermula? Bila Matematik menjadi killer subjek? Menjadi subjek paling dibenci oleh pelajar? Bila ia bermula?
Ia bermula sejak silibus KSSR/KSSM diperkenalkan. Sebelum ini, semua murid guna silibus KBSR/KBSM.
KSSR/KSSM mula diperkenalkan pada tahun 2011.
Satu silibus yang tiba-tiba berubah drastik. Tiba-tiba jadi padat, banyak, dan sukar. Saat KSSR diperkenalkan banyak topik yang sebelum ini diajar di tahun 4, dimasukkan ke tahun 1 contohnya Pecahan, Bundar dan Perpuluhan.
Juga diperkenalkan pembelajaran abakus (sempoa) seawal darjah 1. KBAT juga diperkenalkan kepada murid-murid seawal darjah 1.
Silibus KSSR yang terlampau tinggi dan padat ini membuatkan ramai guru-guru meluahkan kritikan. Terlalu banyak, terlalu padat, masa mengajar tak cukup untuk memberi faham, diluar kemampuan murid nak hadam.
Namun zaman itu, mana-mana guru yang jujur berkata akan didiamkan dengan ugutan tatatertib, kena surat tunjuk sebab, kena tukar sekolah dan seumpamanya.
Akhirnya pada tahun 2016, KPM umumkan ada perubahan baru dalam silibus. KSSR hanya bertahan 6 tahun (satu kohort).
Semua guru menarik nafas lega termasuk saya. Luahan tentang silibus KSSR 2011 akhirnya didengari.
Kami ingat silibus baru ini mereka akan buat tambah baik, kurangkan kepadatan silibus, buang topik yang tak sesuai dengan aras murid, lebih ringan dan boleh dicapai murid-murid.
Rupanya sebaliknya yang berlaku. Silibus makin dipadatkan. Makin ditinggi arasnya. Subjek Prinsip Akaun dimasukkan dalam buku teks sekolah rendah.
Subjek takaful dan insuran juga diperkenalkan. Murid-murid sekolah rendah kena pandai kira interest rate pinjaman perumahan 30 tahun, kena pandai kita kadar dividen ASB, kena kira loan kereta 9 tahun, kena tahu apa itu aset, liabiliti, cara urus akaun, debit kredit semua.
Ingat silibus KSSR Semakan 2017 makin memberi harapan, rupanya makin bertambah gelap dunia Matematik anak-anak kita.
Anak-anak mula jadi benci Matematik. Anak-anak rasa susah. Matematik jadi killer subjek dalam setiap exam. Guru-guru berpeluh nak bagi faham pada murid yang ramai, masa yang tak cukup, ilmu dan topik diluar kemampuan murid-murid.
Hasilnya kita boleh lihat pada hari ini.Inilah hasil silibus KSSR Semakan 2017.
Cikgu Fadli Dedah 25% Pelajar Gagal Dalam SPM
1 daripada 4 calon SPM gagal Matematik.
Satu nisbah yang sangat besar dan perlu dirisaukan. Inilah realitinya. Punca apa semua ini terjadi?
Punca suara guru didiamkan sejak 12 tahun yang lepas. Punca luahan guru tentang sukarnya silibus KSSR 2011 tidak diendahkan. Mereka abaikan suara guru-guru yang berkubang di lapangan ini.
Mereka tong sampahkan semua kritikan membina dari guru pelaksana dasar ini. Kesannya pada siapa? Pada guru? Tidak tuan-tuan.
Kesannya pada anak-anak kita.Pada generasi kita. Silibus terlampau tinggi ini membunuh minat anak-anak kita. Dan mungkin benar ulasan sesetengah tokoh akademik, ‘Malaysia kembali ke Zaman Batu’.
Sedih bila renung mata anak-anak sendiri. Dengar luahan mereka tak faham nak buat Matematik sampai menangis-nangis.
Jika minda tak betul-betul kental, anak-anak tak akan suka subjek Math sampai bila-bila kerana terlalu susah
Sedih lihat anak-anak sendiri jadi mangsa eksperimen orang atasan. Sedih melihat orang atasan yang ada kuasa terus angkuh dan sombong mendabik dada menolak semua kritikan membina dari guru-guru.
Kerana keangkuhan mereka itu, generasi dan masa depan negara menjadi taruhan.
Pendidikan ini terlalu mahal untuk diperjudikan. Ia menentukan di mana dan siapa negara kita di masa akan datang.
Tolonglah teliti dan cermat sebelum buat apa-apa keputusan, dasar dan program melibatkan anak-anak kami.Jangan buat perubahan melulu.
Terbaru, PBD (PBS) pula nak dilaksanakan secara melulu. Satu sistem yang dimansuhkan pada 2013 kerana kegagalan, tapi Lembaga Peperiksaan nak kembalikan semula tanpa kaji dengan cermat, tanpa ambil kira feedback dari guru-guru dan ibubapa.
Ah, apa nak jadi dengan sistem pendidikan kita hari ini?
Suatu sinar yang aku nampak dibawah pentadbiran YBM Fadhlina Sidek sebelum ini seakannya makin malap. Makin gelap. Makin hilang keyakinan.
Apa nak jadi sebenarnya dengan pendidikan anak-anak kita? Entahlah.
Bukan bersalin anak kembar sebaliknya wanita hamil anak kedua ketika masih mengandungkan anak pertama.Keadaan yang jarang sekali berlaku namun ia terjadi.Memang rezeki sungguh boleh hamil, bersalin dan dapat anak serentak.
Seorang wanita di Amerika Syarikat mendedahkan bahawa dia disahkan hamil anak kedua ketika masih mengandungkan anak pertama, lapor akhbar Daily Mail, kelmarin.
Menurut Odalis Martinez, dia disahkan hamil anak sulungnya pada November 2020 selepas mengalami keguguran beberapa bulan sebelumnya.
Namun begitu, ketika pemeriksaan kandungan dibuat, doktor mendapati terdapat dua kantung bayi berbeza yang disenyawakan pada yang minggu sama dengan perbezaan hanya lima hari.
Fenomena yang sangat jarang berlaku ini dikenali sebagai superfetasi di mana kehamilan kedua berlaku beberapa hari atau minggu selepas kehamilan pertama.
“Mereka seperti pasangan kembar tetapi sebenarnya bukan. Namun rupa sangat mirip antara satu sama lain.Kebiasaannya jika orang bertanya adakah Lilo dan Imelda kembar, saya hanya mengiakan kerana enggan mengelirukan mereka,” jelasnya.
Wanita itu bersalin pada 10 Ogos 2021 dengan Lilo dilahirkan dahulu diikuti dengan Imelda.
Wanita melakukan aktiviti riadah seperti keluar berjoging dan bersukan mungkin dianggap biasa di negara kita dan kebanyakan negara lain. Namun tidak bagi negara yang mempunyai undang-undang yang ketat seperti Arab Saudi.Larangan peraturan ini tidak lagi berlaku di negara tersebut.
Ini kerana baru-baru ini,sekumpulan wanita di bandar Jeddah kelmarin meraikan Hari Wanita Antarabangsa dengan melaksanakan kebebasan baru yang diberikan kepada mereka iaitu hak untuk keluar berjoging.
Dengan memakai jubah yang disesuaikan untuk bersukan, wanita berkenaan bersorak kegembiraan ketika berlari di sepanjang lorong sambil diperhatikan pemilik kedai yang kebingungan.
Revolusi Wanita Arab Saudi
Walaupun kerajaan sudah memperkenalkan pendidikan jasmani kepada remaja perempuan tahun lalu dan mula memberikan lesen untuk mewujudkan kelab sukan wanita, tetapi masih ada juga yang kehairanan melihat wanita berkenaan berjoging di tempat awam.
“Ini adalah permulaan revolusi untuk wanita di Arab Saudi. Semuanya akan berubah untuk kami termasuk dalam pekerjaan, kehidupan dan masyarakat,” kata seorang peserta acara itu yang juga pelajar universiti, Sama Kinsara.
Wanita di negara ini mengalami perubahan besar selepas Putera Mahkota Mohammed bin Salman menarik beberapa sekatan utama ke atas hak mereka.
Wanita kini boleh menonton perlawanan bola sepak di stadium, mengambil bahagian dalam acara sukan dan akan dibenarkan memandu kereta menjelang Julai depan.
Namun, Arab Saudi masih antara negara yang mempunyai undang-undang paling ketat untuk wanita di dunia.
Ini kerana tiada wanita yang dilantik menjadi menteri dan masih mengekalkan sistem yang mengharuskan wanita mendapatkan kebenaran mahram untuk membuat keputusan penting.
Tahniah buat wanita Arab Saudi diatas kebebasan dan hak yang diberikan untuk melakukan aktiviti sihat ditempat terbuka seperti wanita dinegara-negara lain.
Women cheer during a running event marking International Women’s Day in Old Jeddah, Saudi Arabia March 8, 2018. REUTERS/Faisal Al Nasser
Keledek goreng memang sedap dinikmati sebagai kudapan petang. Selalunya kita hanya beli gerai-gerai tepi jalan. Memang sedap tapi kalau nak puas makan, eloklah kalau kita buat sendiri sahaja.