Rezeki tertutup bila pukul isteri, A Aida tak akan beri tawaran berlakon pada Hafidz Roshdi. Kejayaan seorang suami kerana adanya doa seorang isteri dan ibunya. Namun kalau terus menyakiti isteri dan lebih teruk mula naik ke tubuh badan, percayalah, akan ada balasan tak disangka-sangka.
Saat lelaki merasakan “kuat” membelasah isteri, hingga tubuh isteri sakit dan luka. Saat isteri mula berdoa kepada Allah akan ujian kehidupan dilaluinya, saat itulah “kehidupan” seorang lelaki akan mula teruji.
Nabi SAW pernah bersabda :
“Barang siapa yang suka untuk diluaskan rezekinya dan ditambah hidupnya, maka sambunglah hubungan kekeluargaan.”
Jelas Nabi SAW lagi, “orang yang terbaik dari kalangan kalian adalah orang yang melakukan kebaikan kepada ahli keluarganya.”.
Jadi lelaki yang baik ialah lelaki yang menjaga keluarganya dengan sebaik-baiknya.
Rezeki Tertutup Bila Pukul Isteri
Dan bila disakiti, akan timbulnya ujian dalam kehidupannya. Inilah dilalui oleh pelakon Hafidz Roshdi, rezeki tertutup buatnya apabila dia tidak lagi ditawarkan berlakon oleh penerbit popular, Datuk A.Aida selepas dirinya memukul bekas isteri, Nurul Shuhada.
Memetik Berita Harian,, Datuk A Aida enggan menawarkan Hafidz Roshdi peluang berlakon dalam drama atau filem terbitan syarikatnya, A Aida Production, gara-gara kontroversi membabitkan aktor itu.
Aida atau nama sebenar, Zaidah Awang membuat keputusan itu atas sentimen ditunjukkan masyarakat selain tidak mahu perilaku Hafidz memberi kesan kepada drama atau filem terbitannya jika aktor terbabit ditawarkan berlakon.
“Bagi saya, apa yang dilakukan (Hafidz) menyentuh sensitiviti masyarakat. Jadi, ini akan membuat penonton beremosi. Ini tidak bagus untuk syarikat produksi saya andai perkara seumpama itu terjadi.
A Aida Tak Akan Beri Tawaran Berlakon Pada Hafidz Roshdi
“Jadi, saya tidak akan ambil pelakon seperti dia. Kalau dia ada, drama saya mungkin tiada ‘rating’. Ini salah satu kemungkinan sahaja. Sama ada drama itu ‘meletup’ atau dikecam. Disebabkan itu, saya mahu elak,” katanya kepada BH Online.
Hafidz berdepan kontroversi apabila kisah rumah tangganya menjadi perbualan hangat dalam laman media sosial susulan isu curang.
Ads
Khamis lalu, isteri Hafidz, Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, membuat laporan di Balai Polis Jinjang, di sini, mendakwa ditumbuk suaminya beberapa kali sehingga mengalami kecederaan pada bahagian mata.
Difahamkan kejadian berlaku semasa mangsa bersama-sama dengan suaminya berada dalam kereta di R&R Sungai Buloh.
Hafidz dilapor menceraikan isterinya dengan talak satu pada 23 Februari lalu.
Bagaimanapun, A Aida berkata, andai Hafidz menyesal atas perbuatannya itu, beliau sedia menimbang semula peluang menawarkan ‘job’ kepada pelakon terbabit.
Tambah Aida, beliau sedia memberi peluang kepada pelakon sensasi beraksi dalam projek syarikat produksi miliknya bergantung kepada masalah menghambat mereka.
“Seperti sekarang, Ismail Izzani sedang menjayakan penggambaran bersama syarikat produksi saya. Untuk hal ini, saya tiada masalah.
Ads
“Apa yang saya tahu, masalah Ismail bersifat peribadi. Namun, kalau masalah artis membabitkan orang lain seperti mengasari wanita dan menyentuh sensitiviti masyarakat, saya tidak akan ambil berlakon.
“Ismail bagi saya, pelakon yang bagus. Setiap hari dia datang ke lokasi penggambaran tepat pada waktunya. Dia tiada masalah dan sanggup belajar.
“Misalnya, dalam menguasai bahasa isyarat, kita panggil guru untuk Ismail belajar dan dia cepat ‘tangkap’,” katanya.
Dalam perkembangan lain, A Aida berkata, syarikat produksinya giat menyiapkan penggambaran untuk saluran Salam HD.
“Saya menjadi penyedia kandungan di mana saya dipertanggungjawabkan Telekom Malaysia Berhad untuk mengendalikan saluran Islamik di Unifi TV iaitu Salam HD.
“Saya buat semuanya. Jadi, dalam sebulan, kami buat penggambaran untuk lima hingga enam judul. Disebabkan sibuk dengan Salam HD, bagi stesen lain, saya hanya buat untuk TV3,” katanya.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sebenarnya ada 8 perkara yang mak ayah kena pertimbangkan dulu sebelum merancang nak tambah anak lagi.
Tapi sebelum mak ayah berhasrat nak meneruskan perancangan untuk menambah lagi anak,pertimbangkan dulu 8 perkara ini.
1. Jarak Umur Anak
Jika bersalin secara c-section atau pembedahan sebelum ini, seelok-eloknya jarakkan kelahiran selama 3 tahun. Ia bagi memastikan rahim benar- benar pulih sebelum perlu melalui proses mengandung dan bersalin sekali lagi. Bagi proses bersalin biasa seeloknya jarakkan anak selama 2 tahun. sekurang-kurangnya anak dah lepas tempoh menyusu badan.Berikan tempoh sehingga anak-anak boleh ‘berdikari’ sendiri, seperti sudah pandai berjalan, bercakap mahupun memakai baju sendiri.
2. Kos Perbelanjaan
Betul setiap anak pasti ada rezekinya yang tersendiri. Namun secara relevannya, mak ayah perlu juga pertimbangkan kos perbelanjaan anak meliputi rawatan sejak dilahirkan, kos penghantaran ke rumah pengasuh (jika ibu bekerja), rawatan kesihatan, belanja sekolah dan banyak lagi. Namun, jika kewangan mengizinkan, tidak salah menambah ahli baru.
3. Kesihatan Ibu
Adakah ibu sudah bersedia fizikal dan mental untuk menghadapi morning sickness, alahan yang teruk, temujanji doktor, moody, letih sekali lagi? Setiap kali proses mengandung, alahan yang dihadapi adalah berbeza-beza. Pastikan kesihatan ibu pada tahap yang terbaik dan benar-benar bersedia untuk hamil lagi.
4. Penerimaan Anak Pada Adik Baru
Bagaimana reaksi anak-anak apabila diberitahu mereka bakal menerima adik baru. Adakah mereka suka atau tidak suka?
Dan jika anak tidak suka, apakah langkah yang boleh diambil untuk menambahkan kasih sayang pada adik baru. Sebenarnya, mak ayah boleh jelaskan pada anak sedikit demi sedikit, kelebihan mempunyai adik. Jangan sesekali bezakan kasih sayang diantara anak-anak dan jangan biarkan anak rasa tergugat dengan kehadiran adik baru nanti. Berikan jaminan pada anak bahawa kasih sayang yang diberikan pada mereka adalah adil dan sama rata.
5. Berdepan Dengan Kerenah Anak-Anak
Cabaran menjaga anak zaman sekarang agak lebih mencabar berbanding dahulu. Zaman sekarang, mak ayah perlu lebih prihatin dalam memantau perkembangan anak-anak. Mak ayah juga perlu bersedia untuk berdepan dengan karenah dan demand anak-anak yang semakin membesar, serta ditambah pula dengan kehadiran bayi yang sememangnya menjadi fokus utama.T Oleh itu, adalah penting bagi mak ayah menambah lagi ilmu keibubapaan agar lebih bersedia bila menghadapi konflik dengan anak-anak nanti.
6. Bersedia Untuk Luangkan Masa
Ada anak kecil, memerlukan perhatian 24 jam.Kalau dahulu, anda masih boleh bangun lewat dan bersantai pada hujung minggu namun adanya ahli baru, ia menuntut banyak masa serta tenaga anda tidak kira siang, malam mahupun pagi.
7. Faktor Usia
Faktor usia juga perlu difikirkan sama ada anda dan suami masih berkemampuan dari segi kudrat untuk menjaga bayi yang baru lahir.Bagi wanita amatlah tidak digalakkan untuk hamil pada usia 40-an bagi mengelakkan pelbagai komplikasi sewaktu mengandung mahupun ketika bersalin.
8. Komitmen Dengan Kerjaya
Kalau dahulu anda sering outstation hingga ke luar negara, namun adakah dengan kehadiran ahli baru, anda berpeluang lagi untuk menerima tanggungjawab itu?
Jika bayi sakit, anda perlu mengambil cuti dan adakah ia menjejaskan prestasi kerja?
Sepakat merancang keluarga, jangan lupa libatkan suami!
Libatkan suami anda sebelum mengambil keputusan untuk menambah ahli baru kerana anda perlu fikirkan juga perasaan dan kemahuannya adakah sama seperti anda atau tidak.
Jika anda dan suami sudah sepakat, maka tiada istilah masa yang sesuai kerana anda pasti tidak sabar memegang bayi anda yang comel dan bakal menceriakan lagi kehidupan anda!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Mengejutkan sungguh penampilan terkini pelakon cantik manis, Fathia Latiff yang tampil dengan imej berambut pendek. Dan tak lagi mengenakan tudung.
Beberapa hari lalu Fathia membuat kejutan di instagram miliknya. Memadamkan semua gambar dan meninggalkan sekeping saja gambar berambut pendek. Seolah-olah sedang memberi satu gambaran kepada para peminatnya.
Rupa-rupanya ada kisah yang mahu Fathia atau nama sebenarnya Nur Fathia Abdul Latiff, 32 sampaikan.
Dan ketika ditemui pemberita dalam sebuah majlis pertunjukan fesyen, Fathia berkongsi sisi sebenar imej dirinya yang terkini, tampil dengan berambut pendek.
Tak Mahu Menipu Diri Sendiri
Katanya, dia tak lagi mahu menipu diri sendiri. Tiga tahun memakai hijab, dirinya berasa tidak benar-benar ikhlas. Dua tahun Fathia ambil masa untuk kenali dirinya sendiri. Dan akhirnya, persoalan yang bermain difikirannya sudah pun terjawab.
Akuinya, keputusannya memakai tudung dahulu adalah disebabkan dirinya sedang kecewa dan murung. “Saya mahu cari diri saya kembali dan meneruskan hidup seperti sedia kata.”
Dia sedar keputusannya itu akan mengundang kontroversi dan kecaman. Bagaimana pun dia akur dengan tindakannya itu malah sudah bersedia dengan kritikan netizen.
Kini, Fathia tak mahu lagi berselindung disebalik imej bertudung yang mula dipakai sejak April 2016. “Apabila kita sudah mengenali diri kita yang sebenar, kita tak takut pada sesiapa.”
MW : Barangkali dengan keputusan ini, Fathia dapat menemui kehidupannya yang sebenar dan tak perlu lagi berpura-pura dengan dirinya sendiri.
Sumber/Foto : Mstar
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
“Mak pergi mengadap Ilahi, mak jumpa abang disana ya”. Salam takziah buat pelakon dan pelawak, Ali Puteh yang telah kehilangan ibu tersayang iaitu Allahyarham Sabariah Arshad, 64.
“Mak Pergi Mengadap Ilahi, Mak Jumpa Abang Disana Ya”
Seperti mana yang dikongsi menerusi hantaran di akaun Instagramnya, Ali Puteh memaklumkan perkara sedih tersebut.
“Assalamualaikum..mak saya telah pergi mengadap ilahi..doakan buat mak saya ya semua..mak jumpa abang disana ye,” tulis Ali.
Ibu kepada Ali dan juga arwah Abam Bocey, Allahyarham Sabariah telah menghembuskan nafas terakhir akibat serangan asma dan komplikasi pelbagai penyakit di Hospital Selayang, jam 11.54 malam tadi.
Seperti mana yang dipetik menerusi Berita Harian Online, menerusi temubual bersama Achey, pelawak itu memaklumkan dia dimaklumkan oleh Ali, arwah ibu sebelum ini telah dimasukkan ke zon kritikal kerana serangan asma dan pelbagai kompikasi penyakit.
“Sebaik sahaja menghubungi Ali, dia memaklumkan arwah baru sahaja menghembuskan nafas terakhir. Arwah dimasukkan ke zon kritikal akibat serangan asma dan pelbagai komplikasi penyakit sejak Selasa lalu.
“Mendengar berita pemergian arwah, saya pergi ke hospital untuk menziarahi arwah dan Ali dan ahli keluarga untuk memberi kata semangat,” ungkap Achey.
Disemadikan Tanah Perkuburan Yang Sama Dengan Arwah Abam
Berkongsi maklumat pengebumian jenazah, menerusi perkongsian di akaun Instagram Ali menerangkan arwah ibunya akan disemadikan di tanah perkuburan sama dengan arwah Abam iaitu Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, Gombak.
Untuk rekod Disember tahun lalu, arwah pernah dimasukkan ke Hospital Selayang kerana serangan asma hingga terpaksa ditidurkan dan perlu menggunakan alat bantuan pernafasan.
Sumber: Berita Harian Online
Sumber Foto : Ali Puteh & Achey
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ibu hilang ingatan akibat komplikasi bersalin anak ke-18, "semua benda tak ingat kecuali Qurannya...". Insiden seorang lelaki kurang upaya dibelasah di Terengganu cukup mendatangkan...