Mahkamah Arahkan Hafidz Roshdi Dihantar Ke Hospital Bahagia. Seperti mana yang dilaporkan Sinar Harian Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu hari ini memerintahkan pelakon, Hafidz Roshdi dihantar ke Hospital Bahagia bagi menjalani rawatan psikiatri.

Perintah itu dikeluarkan Hakim Siti Fatimah Talib yang bertindak selaku Majistret selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Qistini Qamarul Abrar bagi pemeriksaan mengikut Seksyen 342 Kanun Acara Jenayah.

Mahkamah Arahkan Hafidz Roshdi Dihantar Ke Hospital Bahagia, Menjalani Rawatan Psikiatri

Mahkamah Arahkan Hafidz Roshdi Dihantar Ke Hospital Bahagia

Hafidz, 29, mengaku tidak bersalah atas tuduhan menumbuk pipi kiri isterinya, Nurul Shuhada sebanyak tiga kali hingga luka dalam kejadian di susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya di sini pada 2 Mac lalu.

Pelakon tersebut membuat pengakuan tidak bersalah itu sejurus pertuduhan dikemukakan terhadapnya.

Mengikut pertuduhan, Hafidz atau nama sebenarnya Muhammad Hafidz Roshdi, didakwa menumbuk isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, menggunakan tangan sebanyak tiga kali sehingga mangsa mengalami luka, lebam dan bengkak di pipi kiri.

IKLAN

Kesalahan itu didakwa dilakukan berhampiran susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya di sini pada jam jam 3.32 pagi pada 2 Mac lalu.

Hafidz didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya, dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama yang memperuntukkan hukuman maksimum dua kali ganda bagi sabitan di bawah Seksyen 323.

Semasa prosiding, Nurul Qistini yang mengetuai pendakwaan dibantu, Elyza Amira Habeeb Rahman, manakala Hafidz diwakili peguam bela, Datuk Akberdin Abdul Kader.

Peguam Rayu Hafidz Dilepaskan Dengan Ikat Jamin Tanpa Perlu Dirujuk Ke Hospital Psikiatri

IKLAN

Ketika pendakwaan, Nurul Qistini memohon kepada mahkamah supaya tertuduh diberikan ikat jamin selepas dirujuk dan menjalani rawatan di Hospital Bahagia kerana lelaki itu mempunyai rekod menerima rawatan psikiatri sebelum ini.

Bagaimanapun, Akberdin merayu Hafidz dilepaskan dengan ikat jamin tanpa perlu dirujuk ke hospital psikiatri atas alasan pelakon itu hanya mengalami depresi dan bipolar iaitu bukan masalah kesihatan mental pada tahap teruk.

Sumber :  Sinar Harian

IKLAN

Sumber Foto :  Instagram Hafidz Roshdi

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

“Jangan terlampau cemburu, tok laki tak suka” kata Kak Cat. Nak tahu lagi tips yang dikongsikan Kak Cat untuk menarik perhatian encik suami? Apa lagi, jom tengok! Eh tapi, sebelum tu, sakit mata min tengok rantai emas 916 Sin Ter May yang Kak Cat pakai.. cantik betul, berkilau!

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI