Setiap kali memesan nasi kerabu, mahupun menyediakan sendiri hidangan itu, mesti ada solok lada. Ia menjadi penyedap dan penambah selera serta wajib ada dalam hidangan nasi kerabu.
Tidak semestinya solok lada ini menjadi kegemaran orang Kelantan sahaja, tetapi orang luar dari negeri Che Siti Wan Kembang ini pun ada yang suka dengan hidangan ini. Malah, ia tidaklah menjadi kewajipan untuk dihidangkan dengan asi kerabu kerana ia juga sedap dimakan dengan nasi putih bersama lauk pauk yang lain.
Ada sesetengah orang tertanya-tanya bagaimana untuk membuat solok lada. Bahan yang digunakan itu, lada mesti sama atau tidak dan tidak kurang juga kandungan yang perlu ada di dalamnya.
Jadi, bagi yang gemar makan nasi kerabu dengan solok lada. Perkongsian daripada Aishah Toke Kek ini boleh membantu untuk mak-mak buat sendiri. Bahan yang digunakan pun cukup mudah dan cilinya tak semestinya cili dari Siam, boleh juga guna cili hijau yang biasa dijual di pasar, Cuma mungkin kenikmatan cili itu kurang ummpp sikit.
Bahan-bahan: 20 biji lada solok 12 ekor ikan selayang 5 ulas bawang merah Kelapa parut putih 150ml santan untuk merebus
Ads
Cara Membuat:
1. Ambil isi ikan mentah yang di buang tulang
2. Belah memanjang lada dan buang biji.
3. Tumbuk bawang, bila sudah lumat masakan isi ikan mentah tumbuk lagi, masukkan kelapa parut. Tumbuk sehingga lumat.
Ads
5.Perasakan dengan garam dan gula.
6. Sumbat bahan inti ke dalam lada.
7. Rebus solok lada dengan sedikit santan. Bahagian dasar periuk jangan lupa alas dengan kubis/kacang panjang (nak elakkan solok hangit)
Ads
8. Rebus sehingga santan kering. Dah siap.
Selamat mencuba.
MW: Senang sangat kan. Bolehlah mak-mak cuba buat nanti. Tak semestinya kena makan dengan nasi kerabu. Makan dengan nasi putih bersama hidangan lain pun best jugak
Rupanya antara tip supaya kuih Bahulu tahan lama, lembut di dalam dan garing di luar ialah kena panaskan tepung sekejap dalam oven. Bukan apa jika dahulu, bila buat kuih bahulu ni ramai yang jemur di bawah cahaya matahari atau sangai dahulu dalam kuali. Rupanya cara yang dikongsikan oleh Puan Badariah Abdrahman ini lebih mudah.
Berikut perkongsian tersebut;
Alhamdulillah.. Ni saya nak kongsi salah satu tip. Bahulu jadi lembut di dalam garing di luar dan tahan lama.Tepung saya panaskan di dalam oven je.Dulu selalu jemur dan sangai.
Panaskan oven dulu dah panas matikan suis.Buh lah tepung dalam oven tertutup dalam 10 minit. Kemudian buka oven biar lah dekat situ.Selalunya malam saya buat begini, pagi-pagi buat bahulu. Pastikan nak buat baru ayak tepung.
1. Telur dengan gula mix sampai gebu gebas.
2. Baru masukkan tepung 1 mangkuk.
3. Yang 1/2 mangkuk tu saya buh masa nak bakar sikit-sikit.
Adunan ni bahagi 4 dan kacau selalu.
Setiap satu adunan bubuh tepung sikit bila nak bakar. Kalau nak buh sekali pun ok tapi nak kena kacau. Kalau nak sikit buat guna sukatan cawan.
Mingguan Wanita: Jadi jika mak-mak nak buat kuih bahulu ni di rumah, pastikan jemur dulu tepungnya atau bakar sekejap dalam oven. Barulah bahulu jadi lembut di dalam, garing di luar dan tahan lama tak mudah rosak.
Makan sekali nak lagi. Tak cukup 2 – 3 biji. Sekali makan tak reti nak stop. Siapa suka buat kuih gomok abu atau kuih tepung gomok inti kelapa bersalut tepung beras sangai?
Atas permintaan, saya share resipi cara ibu saya buat ye. Doakan ibu bapa saya sentiasa sihat selalu.
Bahan Inti
1 biji Kelapa parut muda
Gula melaka @ nis’san- ikut kemanisan
Gula – kalau kurang manis, tak boleh nak gentel
2 sudu tepung beras pulut @ gandum
Cara Buat Inti
Semua bahan-bahan ini dicampur dan dikacau di dalam kuali sehingga kering dan boleh digentel. Bila sejuk, gentel sebesar ibu jari.
1 bungkus tepung pulut.
Air pandan
Air kapur sedikit
2 cawan tepung beras – disangai
Cara Buat
Uli doh macam nak buat ondeh-ondeh atau buah melaka itu. Setelah siap, masukkan tepung inti ke dalam doh. Sama macam nak buat buah melaka. Jangan tebal sangat. Selepas siap, bolehlah rebus dengan cara sama buat buah melaka itu.
Siap direbus, boleh angkat. Tos sekejap. Tak perlu tunggu kering. Terus golekkan dalam tepung beras yang telah disangai itu.
Nota: Untuk bahagian luar, biasanya orang lain guna tepung kacang. Tetapi saya guna tepung beras yang disangai dulu. Rasanya tak sama ye. Nampak remeh, tapi bila makan, awaklah Juara! Sebab itu orang panggil kuih gomok abu, bila makan putih seput la kat mulut!
Mak-mak yang penggemar makanan laut seperti sotong, wajib cuba resipi mudah Sotong Sumbat Telur Masin ini.Masakan yang berasal dari Thailand ini sangatlah mudah nak buat dan rasanya pun teramatlah sedap! Apakata sesekali tukar selera keluarga dengan menu dari negara jiran ni.
Berikut resipi yang dikongsikan oleh Amy Catering;
“Menu sedap yang boleh dicuba sendiri. Masakan saya banyak dipengaruhi cara makanan dari Thailand. Nak buat macamana saya memang suka sangat dengan makanan dari siam ni.”
Bahan-Bahan:
5 ekor Sotong (Saya pilih saiz yang besar sebab boleh sumbat telur masin tu banyak-banyak)
4@5 biji telur masin direbus
Cili padi bawang besar, daun bawang & sup(ikut suka la nak letak banyak mana. Kalau suka pedas, lebihkan cili padi tu)
Tepung Bestari
Cara Membuat:
1.Potong cili padi, daun sup, telur masin dan bawang besar. Telur masin tu saya rebus 5 biji, yang merah saya guna semua. Yang putih saya guna 3 biji je sebab tak nak masin sangat.
2.Gaul manja-manja je bahan tu. Masa gaul ni pun dah jenuh telan air liur.
3.Sumbat je selagi boleh kedalam sotong. Dah sumbat, cucuk dengan lidi sebab tak nak terburai masa goreng nanti.
4.Saya guna tepung bistari untuk celup sotong tu.
5.Goreng macam biasa je, sehingga masak.
6.Dah siap digoreng, potong la bulat-buat macam ni. Nampak tak telur tu.
Nahas SUV di Bukit Kawah meragut nyawa sepasang bakal pengantin apabila Toyota Fortuner yang dinaiki terjunam ke dalam gaung. Baca kronologi penuh, siasatan polis dan peringatan keselamatan jalan raya.