Setiap adik beradik, hanya kita yang kenal hati budi masing-masing. Ada yang rajin buat kerja rumah, tukang masak, basuh pinggan dan tak kurang juga yang jadi ‘mandur’. Masing-masing ada cara tersendiri.

Selalunya kalau dah berkumpul setiap adik beradik, mesti ada juga ‘bunyi-bunyi’ di belakang. Mengata dan mengutuk. Bukan setakat adik beradik tapi ipar duai yang memang dah kenal hati budi masing-masing.

Lebih teruk, saban tahun ada saja perkara yang dibangkitkan bila setiap adik beradik berkumpul, nak-nak bila masa raya. Ini belum lagi keluarga ramai yang sanggup tidur di hotel, malas ke dapur dan sebagainya.

Sebenarnya, tak perlulah nak mengutuk atau mengata, semuanya ada function. Buatlah dengan ikhlas. Inilah teguran dari Khairul Hakimin Muhammad yang boleh ‘makan dalam’. Kita jadilah orang yang rajin.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Adik Beradik Bila Berkahwin, Elak Ipar Jadi ‘Seteru’, Hormatilah Cara Mak Ayahnya Besarkan

Mak Pesan, “Pintu Rezeki Luas Bila TAK BERKIRA, Bersedekah Pada Keluarga, Adik Beradik”

Info Lebih Menarik DI SINI

Setiap Adik Beradik, Kenal Hati Buding Masing-masing

Kalau kita rajin, kita takkan pertikai orang malas. Kita takkan nampak pun kemalasan orang sebab kita sibuk buat kerja.

IKLAN

Emak kita semua macam itu. Dia tak tahu pun siapa rajin siapa malas. Dia tahu semua anak dia sama je sebab emak kita sibuk.

Ini sibuklah pertikai kenapa yang itu tidur hotel. Yang ini datang lambat tak tolong emak.

Yang itu tahu melangok je depan tv. Yang ipar ini adik itu dudklah ama-lama dalam bilik. Ha yang suka tengok inilah yang terpaling Yahudi.

Orang rajin, dia diam.
Orang rajin, dia tenang.
Orang rajin, dia relaks.
Orang rajin, dia banyak mengalah.

Sebab dia rajin, dia laju itu ini, dia ini akan sentiasa dirindui. Apabila dia tak ada, habislah huru hara. Apabila dia ada, selesai semua.

Mana yang up mengata ke keluarga dia, ke ipar dia ke adik beradik dia, mengutuk macam dialah terpaling rajin penat sana penat sini, yang itulah kena hati-hati.

Keluarga saya simple sahaja. Kami yakin semua adik beradik dan ipar duai saya ada kelebihan masing-masing. Ada yang bantu duit, ada yang bantu rumah, ada yang bayarkan itu ini di rumah emak. Ada juga yang memang power memasak, ada yang suka kemas rumah, ada yang sentiasa jadi imam bagai. Semua ada function.

IKLAN

Jadi, tak ada yang teringin nak tulis story sindir ada anak derhaka ke apa ke. Semua ok alhamdulillah.

Orang Rajin, Dia Baik

Ingat,

Orang rajin, dia baik.

Sama ada dia rasa diri dia dipergunakan ke apa ke, itu hati masing-masing.

Orang baik, dia tahu ganjaran dia di sisi Allah nanti. Jadi dia rajin sahaja walau penat ya amat sampai melepek bantu emak ayah dia di rumah tersebut. Dia tahu pahalanya banyak, rezekinya akan melimpah ruah, jadi dia teruskan buat tanpa merungut sikit pun.

IKLAN

Dia tahu yang Allah tahu hati dia, ikhlasnya dia. Jadi dia terus je buat. Dia tak sempat nak fikir siapa tak buat.

Begitulah.

Mingguan Wanita : Dalam adik beradik mesti ada salah seorang macam ni kan. Paling rajin. Ada dia tak risau dah, kita pun tolonglah mana yang patut, bukan ambil kesempatan.

Sumber: Khairul Hakimin Muhammad,

Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI