Kita tidak tahu bila ajal kita. Bersedia atau tidak, setiap orang pasti akan laluinya. Segala harta benda yang kita ada ditinggalkan dan amal jariah semasa hayat di bawa ‘ke sana’. Tidak pernah terfikir seseorang itu wasiatkan emas untuk disedekahkan kepada orang lain sebelum meninggal dunia. Biasanya, kalau ibu meninggal, segala hak miliknya akan jatuh pada tangan anak-anak, contohnya barang kemas.

Kalau harta peninggalan yang ada, biasanya ia akan diberikan kepada pasangan dan keluarga yang masih hidup, sama ada melalui pembahagian, faraid dan sebagainya. Namun, tidak mustahil dengan harta ini juga boleh menajdi pergaduhan dan perbalahan di kalangan ahli keluarga dek perebutan.

Tidak dinafikan juga, kebanyakan kes antara keluarga jugalah disebabkan perebutan harta sering kita dengar menyebabkan hubungan kekeluargaan menjadi retak seribu. Kita mungkin tidak dapat merasainya kerana tidak berdepan masalah itu.

Dalam hal ini, sebagai persediaan awal, lakukan wasiat untuk elak keadaan ini. Tidak mustahil juga dengan sedekahkan kepada orang yang memerlukan sebagsi ladang pahala untuk di bawa ke ‘sana’.

Perkongsian daripada Suhaila Ismail ini cukup menarik, di mana arwah ibunya wasiatkan emas untuk diberikan kepada masjid. Kita tak tahu, dengan sedekah ini sebagai pahala dan amal jariahnya agar diterima oleh Allah SWT.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Belajar Dulu Ilmu Kira-kira, Barulah Tukar i-Sinar Kepada Emas

Perempuan Beli Emas Bukan MENUNJUK Tapi CAGARAN Dan Jaminan Waktu ‘Terdesak’

Info Lebih Menarik DI SINI

Wasiatkan Emas – Persediaan Sebelum Meninggal

Semasa hayat mak, dia selalu mengumpul duit untuk membeli barang kemashasil dari keuntungan menjual kuih.

Duit untung jualan kuih disimpan di kedai emas..

Bila dah cukup dibelinya barang kemas.

IKLAN

Dulu saya tak minat emas, selalu cakap tak payahlah beli barang kemas, pakai sahaja yang ada. Sampaikan penuh gelang tangan mak.

Mak cakap, biarlah di beli barang kemas, selagi masih hidup dan dia ingin pakai hasil titik peluhnya.

Kumpul Barang Kemas

Sehari selepas mak meninggal, ayah minta kumpulkan barang kemas mak. Ayah cakap, mak dah wasiatkan pada ayah, semua barang kemas dia nak bagi kat masjid

Ayah turut mengatakan kalau anak-anak mahukan barang kemas mak, bayarlah mengikut harga arwah mak beli.

Jadi, kami adik beradik, berpakat membeli barang kemas emas semata-mata untuk jadikan kenangan.

Jumlah keseluruhan barang kemas mak RM14k

Darioada jumlah itu, ayah berikan kepada AJK masjid dan mereka putuskan untuk membuat tempat memasak dan 2 lot parking kereta.

IKLAN

Begitulah persediaan mak menghadapi mati. Semoga Allah menerima segala amalan mak dan rohnya ditempatkan bersama para solihin.

Adakah saya dan kawan-kawan berani nak berwasiat begini?

Saya yang menulis ni pun belum tentu.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

إِذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثَةٍ إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ

‏Maksudnya: “Apabila mati seorang manusia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara:

1) Sedekah jariah

IKLAN

2) Ilmu yang dimanfaatkan dengannya

3) Anak yang soleh yang mendoakan baginya.”

Riwayat Muslim (1631), al-Nasa’i (3651), al-Tirmizi (1376) dan Abu Daud (2880)

MW: Satu perkongsian yang menarik dan boleh dijadikan panduan untuk kita semua. Anak-anak sanggup beli barang kemas emak untuk dijadikan kenangan abadi.

 

Sumber: Suhaila Ismail

Follow kami di :

Facebook Mingguan Wanita

Instagram Mingguan Wanita

Twitter Mingguan Wanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI