Sumber/Sumber Foto: Instagram Heliza Helmi

Satu kejutan apabila aktivis dakwah dan penyanyi, Heliza Helmi mendedahkan dia dan adiknya, Hazwani Helmi sebelum ini dirawat disebuah hospital akibat Covid-19.

Malah menerusi perkongsian tersebut juga, Heliza berasa sangat bersyukur kerana Allah mengizinkan dia dan adiknya masih bernafas di bumi Allah ini.

Heliza, Adiknya Kongsi Pegalaman Pesakit Covid-19 “Alhamdulillah ALLAH Hari Ini Masih Pinjam Nyawa”

Heliza, Adiknya Hazwani Kongsi Pengalaman Sebagai Pesakit Covid-19

Berkongsi pengalaman ketika menerima rawatan bersama adiknya di sebuah pusat perubatan susulan disahkan positif Covid-19 pada November tahun lalu, Heliza menceritakan momen tersebut menerusi hantaran video yang dimuat naik menerusi laman sosial Instagramnya baru-baru ini.

Malah Heliza juga memaparkan perjalanan dirinya dan Hazwani dibawa ke hospital menaiki ambulans dan rutin harian mereka di sana.

Heliza, Adiknya Kongsi Pegalaman Pesakit Covid-19 “Alhamdulillah ALLAH Hari Ini Masih Pinjam Nyawa”

Heliza, Adiknya Kongsi Pegalaman Pesakit Covid-19 “Alhamdulillah ALLAH Hari Ini Masih Pinjam Nyawa”

“Sebenarnya, tidak tahu nak mula dari mana. Dalam kepala ini banyak sangat nak share (kongsi), jika ada manfaat alhamdulillah.

“Alhamdulillah, perjalanan panjang ALLAH bagi. Keluar rumah tinggalkan keluarga pada November 2020, 1 Januari 2021 dapat kembali ke pangkuan keluarga,” luah Heliza yang turut mengakui pengalaman tersebut merupakan satu perjalanan hidup yang tidak pernah dirasainya sebelum ini.

Heliza, Adiknya Kongsi Pegalaman Pesakit Covid-19 “Alhamdulillah ALLAH Hari Ini Masih Pinjam Nyawa”

Adik Heliza, Teruskan Kelas & Peperiksaan Online Walaupun Sakit

Heliza, Adiknya Kongsi Pegalaman Pesakit Covid-19 “Alhamdulillah ALLAH Hari Ini Masih Pinjam Nyawa”

Heliza juga menerangkan, sewaktu berada di hospital dia dan adiknya Hazwani (Ika) saling memberi motovasi antara mereka.

IKLAN

“Sakit yang tak pernah rasa sebelum ini. Kakja (Heliza) dan Ika motivate each other. Dalam keadaan rasa sakit sangat @hazwanihelmi masih hadir kelas dan peperiksaan online. Moga ALLAH merahmati beliau, amin.

“Kami melihat bagaimana setiap hari keluar masuk ambulans terlalu kerap, pesakit daftar terlalu ramai, frontliners pula macam tak pernah rehat.

“Setiap waktu akan ada pengumuman pukul 2 pagi, 3 pagi dan 5 pagi. Kita kena sentiasa bersedia nama dipanggil,” katanya.

Hargai Pengorbanan Besar Pasukan Barisan Hadapan Perubatan

Aktivis kemanusiaan ini juga memaklumkan dirinya dan Hazwani dibawa ke hospital sekitar November lalu dan pulang dibenarkan pulang pada 1 Januari 2021.

Malah sepanjang berada di hospital Heliza juga berasa sangat terharu apabila melihatkan begitu besar pergorbanan pasukan barisan hadapan perubatan menumpahkan khidmat untuk masyarakat.

“Siang malam mereka berjaga. Sungguh. Kami tidak mampu membalas jasa baik kalian.

“Dan benar, Covid-19 is real. Hampir semua gejala ALLAH bagi rasa. Alhamdulillah hari ni ALLAH masih pinjam nyawa. Alhamdulillah, syukur pada ALLAH.

IKLAN

“Semasa kena Covid-19, nak bangun pun macam tak mampu sebenarnya. Nak sujud pun rasa macam melayang,” sambungnya.

Baca Disini Juga: 

Hikmah Di Sebalik Covid-19 Hargai PELUANG ALLAH BAGI Untuk Beribadah Bersama Keluarga

Azizan Osman Hampir Hilang Nyawa, 31 Ahli Keluarga Dijangkiti Covid-19, Ibu Mentua Meninggal

COVID-19: Peningkatan Agresif 5,725 Kes Harian Tertinggi Dengan 16 Kematian

Sentiasa Mendoakan Allah Menjaga & Merahmati Adiknya

Heliza, Adiknya Kongsi Pegalaman Pesakit Covid-19 “Alhamdulillah ALLAH Hari Ini Masih Pinjam Nyawa”
Heliza dan adik perempuannya Hazwani begitu akrab sekali.

Heliza berasa sangat bersyukur kerana Allah masih memberi peluang buat dia dan adiknya bernafas di dunia ini.

Menerusi perkongsian di entri Instagramnya juga, Heliza sentiasa mendoakan agar Allah menjaga merahmati dan memberikan kesejahteraan dunia dan akhirat buat adiknya, Hazwani yang menyambut hari kelahiran pada 29 Januari.

IKLAN

“Lahir la seorang bayi uweek uweek bunyinya di Kuala Terengganu

“Walaupun beza kakja dan Ika tak jauh dalam 11 tahun. ( Ya Allah mudanya aku), tapi Ika macam lagi matang dari Kakja. Allah lorongkan Ika ambil psikologi tu mmg sesuai sangat lah. Mmg jadi pendengar setia kha dan boleh bagi pandangan sangat matang.

“Impian @hazwanihelmi ni banyak! Ada mmg set goals. Bayangkan umur 16 tahun dia dah set goal nak gi misi ke Gaza Syria Yaman Turki semua dan Allah kabulkan pada umur 21 tahun.

“Dan siapa kenal ika, rasanya hidup dia ni asigmen asigmen asigmen. Bayangkan pergi misi kemanusiaan , jam 3 pagi kat sempadan Syria tiba tiba dengar bunyi kelas online (sebab kat Malaysia jam 8 pagi!).

“Memang komited! Bayangkan masa dalam kenderaan dia siapkan asigmen (kelas) dan turun buat misi Syria Gaza ,juga dalam Malaysia . Moga Allah ganjarkan sebaik-baik ganjaran buatmu.

“Ika adik masyaAllah sangat baik, anak yang baik, sahabat yang baik. ( Kakja jarang puji, ni pun rasa macam cukup dah kot kang kakja yang pengsan sebab puji Ika lebih)

“Apapun kakja dan semua mendoakan Allah menjaga merahmati dan memberikan kesejahteraan dunia dan akhirat buat @hazwanihelmi . Aamiin,” ucapnya buat adik tersayang.

Heliza, Adiknya Kongsi Pegalaman Pesakit Covid-19 “Alhamdulillah ALLAH Hari Ini Masih Pinjam Nyawa”

 

Sumber/Sumber Foto: Instagram Heliza Helmi

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI