Sesetengah orang merasakan dengan memakai barang kemas, seolah-olah ingin menunjuk apa yang mereka miliki. Tak kiralah saiz kecil atau pun besar. Jenis dan nama barang kemas itu sendiri pun mereka tahu. Sememangnya, emas dan wanita memang tidak dapat dipisahkan.
Sebenarnya, apa yang wanita miliki dan suka emas ini bukanlah sebab ingin menunjuk apa yang mereka ada. Tapi, jauh di sudut hati, emas yang mereka ada itu sebagai salah satu jaminan untuk masa depan keluarga.
Bagi yang tahun, jika berlaku sesuatu keadaan yang tidak terduga, lebih-lebih lagi tentang masalah kewangan keluarga, emas inilah yang boleh menjadi penyelamat untuk mereka. Sekurang-kurangnya, ia dapat ditukarkan dengan duit, jika berlaku apa-apa nanti.
Jadi, para suami janganlah cepat melatah bila isteri menyuarakan untuk membeli emas. Bukan sebab nak menunjuk tapi mungkin boleh digunakan untuk waktu terdesak. Percayalah.
Perkongsian daripada Mohd Fadli Salleh ini tentang emas yang disukai oleh perempuan. Dia sendiri bertanyakan pada emaknya tentang hal ini. Jawapan daripada emaknya memang betul, dan tak disangkal lagi.
“Ma, kenapa orang perempuan minat betul dengan barang kemas ni?”
Ma senyum je dan jawab,
“Ada empat sebab utama orang perempuan minat dengan emas ni.
1. Memang fitrah wanita minat dengan perhiasan. Makin bernilai perhiasan, makin mereka suka. Fitrah Allah jadikan orang perempuan memang begitu.
2. Mereka merancang ekonomi keluarga. Kadang-kadang, mereka sengaja minta suami belikan barang kemas untuk mereka. Sedangkan jauh dalam lubuk hati mereka, mereka nak jaga ekonomi keluarga. Mereka nak jadikan simpanan dan pelaburan, sekiranya suami ada masalah kewangan, emas itulah jadi taruhan dan boleh digadaikan.
Ads
Mereka beli untuk jaga suami mereka dari membazir tempat lain dan bila ada masa sukar tiada apa boleh digadaikan. Walau orang nampak seolah isteri beli untuk diri sendiri, sebenarnya salah. Mereka beli untuk suami.
3. Barang kemas ini buat wanita dan isteri rasa secure. Rasa selamat dan rasa terjamin sedikit masa depan mereka.
Maklumlah, suami ini hanya pinjaman. Jika tidak ‘dipanggil’ Tuhan, disondol orang.
Jika apa-apa berlaku pada suami, jika berlaku perpisahan, perceraian dan ditinggalkan, sekurang-kurangnya mereka ada sesuatu untuk bermula. Untuk mereka teruskan kehidupan.
Ia jaminan dan cagaran yang sangat bernilai untuk wanita dan kaum isteri khususnya.
Ads
4. Dia tak nak suami dia kahwin lain. Kalau dah duit habis kat seorang isteri je, tak de duit dah laki dia dah kahwin lain.
Sebab tu budaya orang Arab, duit hantaran cukup tinggi sampai beratus ribu. Lelaki kena kerja sungguh-sungguh nak cari duit untuk kahwin, dah kahwin seorang duit dia habis. Nak kahwin lain letih pula nak cari duit lain.
Termenung panjang aku bila dengar penjelasan ibu. Betul sungguh apa yang ibu kata.
Kadang-kadang makhluk aneh yang bukan berasal dari bumi ini bijak merancang bukan untuk diri mereka sahaja, bahkan untuk keluarga.
#MFS
MW: Sekarang ini bolehlah cakap membazir atau habiskan duit. Tapi, kita tak tahu akan datang. Inilah pentingnya kalau ada emas boleh guna waktu ‘terdesak’ yang kita sendiri tidak jangka.
Saharul bawa isteri tunaikan ibadah umrah, merasai berpuasa di Mekah. Pelakon Saharul Ridzwan berkongsi kisahnya yang kini sedang menjalankan ibadah umrah bersama isteri tersayang.
Kali ini Saharul membawa isterinya, Qaabila Deena Emir Mohamed Akif Emir untuk sama-sama mengambil peluang mengerjakan ibadah umrah ketika ini bagi merasai sendiri suasana berpuasa di kota suci itu.
Saharul Bawa Isteri Tunaikan Ibadah Umrah
Saharul dan isteri yang telah bernikah pada September 2016 telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad Luth Ali, 5, dan Fateema Azzahara, 2.
Namun bagi umrah kali ini Saharul terpaksa tinggalkan anak-anak. Sememangnya cukup mencabar apabila mereka terpaksa berjauhan dengan anak-anak kesayangan.
Berkongsi luahan hati seperti mana yang dipetik menerusi Mstar, Saharul akui pada awalnya isterinya agak keberatan untuk meninggalkan dua anak mereka.
“Cabaran kali ini ialah kami terpaksa berjauhan dengan anak.
Belajar Tinggalkan Anak Sekejap
“Saya sentiasa ingatkan isteri inilah masanya untuk kita belajar tinggalkan anak sekejap supaya boleh mengikuti usaha menyebarkan dakwah selepas ini.”
“Pada awalnya isteri saya agak keberatan untuk pergi, maklumlah sebagai seorang ibu memang susah hendak tinggalkan anak untuk tempoh masa lama,” terang Saharul yang kemudiannya menempah slot untuk mengerjakan umrah.
Tak Sabar Nak Ziarahi Makam Rasulullah SAW
Saharul dan isteri akan mengerjakan umrah selama 10 hari dan mahu menumpukan sepenuhnya kepada ibadah. Dia juga mahu melipatgandakan amal ibadah lebih-lebih lagi ketika bulan mulia ini.
“Selama ini jika pergi menunaikan ibadah umrah, kita sering berharap dapat doakan sesuatu ketika di sana.
“Kali ini saya bawa rasa cinta terhadap Rasulullah.
“Selepas belajar dan mendalami tentang sirah perjuangan nabi, saya amat teruja untuk menziarahi makam baginda ketika di Madinah nanti,” jelas Saharul.
“MasyaAllah, Indahnya Pemandangan”
Menerusi ruangan komen, Saharul turut memberi kapsyen sebuah video yang dihantar dari Mekah sewaktu berbuka puasa. Ternyata ramai yang memberikan komen dan meluahkan rasa keseronokan dengan suasana yang ditontonkan oleh Saharul.
“Selamat Berpantang, Putih Gebunya Baby” Isteri Usop Selamat Bersalin Anak Sulung.
Tahniah diucapkan buat penyanyi Usop yang sudah bergelar bapa. Isteri Usop, Nur Fatihah telamat selamat melahirkan bayi kesayangan mereka yang pertama.
Usop yang lahir dari program Mentor juga turut berkongsi nama anak lelaki mereka.
“Alhamdulilah. Assalamualaikum Muhamad saif umar. Terima kasih yang mendoakan istri usop.”
“Selamat Berpantang, Putih Gebunya Baby“
Sebelum isteri selamat melahirkan, Usop memohon doa orang ramai moga dipermudahkan isterinya bersalin.
“Semoga dipermudahkan urusan istriku” kongsi Usop
Untuk rekod, Usop berkahwin dengan Fatiha yang merupakan seorang model pada 3 Januari lalu dalam sebuah majlis akad nikah di Pejabat Agama Daerah Butterworth, Kompleks Darul Hidayah, Permatang Tok Gelam, Pulau Pinang.
Isteri meninggal dalam labour room, suami maafkan jururawat beri alasan mahu tidur dulu. Saat melahirkan adalah detik perjuangan di antara hidup dan mati. Sebab itulah, saat melahirkan adalah detik terpenting dalam kehidupan seorang ibu kerana dari rahimnya bakal lahirnya seorang lagi khalifah di muka bumi ini.
Bagaimana pun ajal maut sudah tertulis buat kita semua sejak di luh mahfuz lagi. Curahan hati seorang suami yang kehilangan isteri dan anak sulungnya pada 9 Mei lalu ketika bertarung di bilik bersalin sesuatu yang sangat pahit ditelan.
Isteri Meninggal Dalam Labour Room
Lika Santosa akui dia menerima qada dan qadar isteri dan anaknya meninggal tetapi tindakan bidan yang menyambut kelahiran isterinya yang memberikan alasan mahu tidur dulu sementara menanti bukaan rahim isterinya yang agak lambat adalah kekecewaan hatinya.
Katanya dia tidak mahu menyaman atau memanjangkan kesilapan yang terjadi ketika isterinya dalam proses bersalin itu tetapi mahu kisah isteri dan anaknya ini dijadikan pengajaran buat orang lain.
“Saya tak mahu saman atau penjarakan mereka yang cuai tapi ia jadikan pengajaran agar tak berulang kepada orang lain pula. Kerja itu satu amanah,” katanya.
Dalam perkongsiannya, Lika mengakui membawa isterinya ke Rumah Sakit Puskesmas Pauh sekitar jam 10 malam selepas isterinya berasa masa melahirkan sudah tiba.
“Sejam setengah selepas itu, isteri mula pecah air ketuban. Namun sampai jam 2 pagi masih juga belum bersalin,” ,” tulisnya di akaun Instagram @palembanginside, pada Isnin Senin, (29/5/2023).
Sekian lama menunggu sedangkan isterinya belum ada tanda-tanda mahu bersalin lagi, bidan yang bertugas memaklumkan mahu tidur sebentar.
Suami Maafkan Jururawat Beri Alasan Mahu Tidur Dulu
“Saya maklum pada mentua hal ini yang keadaan isteri mulai melemah dan mereka mahu tidur dulu. Tapi teguran ini buat bidan tersinggung dan menyuruh mentua yang menemani di ruang bersalin untuk keluar begitu saja.
“Namun keadaan isteri semakin kritikal hingga pada jam 5 pagi perlu dibawa ke Rumah Sakit Ar Bunda Lubuklinggau namun isteri dan anaknya meninggal di sana.
Kata Lika, apa yang dikesalinya, kalau keadaan isterinya sudah nampak teruk seharusnya mereka mengambil tindakan pantas mengejarkannya ke rumah sakit yang lebih baik. Namun kerana kecuaian begini, isteri meninggal.
Lebih dikesali, bidan mahu tidur dulu kerana mengantuk,” katanya memaklumkan ianya sebuah kelalaian yang tidak seharusnya berlaku.
Berkahwin tahun lalu bersama cinta hatinya, Lika akui kehilangan isteri satu tamparan buatnya kerana ia terlalu cepat terjadi sedangkan mereka baru setahun lebih berumahtangga.
Dah kahwin, mak mentua pulak tak sebulu, serba tak kena dengan menantu. Apa nak buat bila dah macam ni? Ini jawapan yang dikongsikan oleh Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre, Pendakwah Bebas dan perkongsian daripada Puan Yanti Yushilla.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Jururawat hampir kehilangan RM4000 akibat emel palsu, "diminta verify kalau tak akaun Netflix digantung. Seorang jururawat hampir kehilangan wang simpanannya selepas menjadi mangsa penipuan...