Semenjak tempoh PKP ini dilanjutkan, anak-anak mula belajar di rumah dan ada yang kena buat kerja sekolah yang diberikan oleh cikgu-cikgu, agar tidak ketinggalan dalam pelajaran. Namun yang menjadi sedikit kesukaran buat mak ayah apabila, perlu mencetak kerja-kerja sekolah tersebut yang kebanyakkannya dihantar menerusi aplikasi whatsaps ataupun telegram. Kerja-kerja sekolah tersebut memang boleh disalin, namun agak banyak dan lebih menjimatkan masa, jika terus di ‘print’ .

Bagi menyelesaikan masalah ini, ada mak ayah yang sanggup beli laptop mahupun beli printer mahal yang jenis wifi boleh disambungkan terus handphone untuk mencetak kerja-kerja sekolah anak.

Menerusi perkongsian Fizie JoeKer, ada cara yang menjimatkan untuk mencetak kerja sekolah anak tak perlu guna laptop mahupun beli printer mahal

“Hari ni abang nak share satu ilmu macam mana nak print-out daripada hp direct ke printer, tak payah pakai laptop & tak payah beli printer wireless/wifi yang mahal-mahal tu.”

“Abang faham musim PKP ni ramai parent yang pening kepala sebab nak print-out kerja sekolah anak-anak yang cikgu bagi by whatsapp group.Ada yang sampai nak beli laptop & printer wifi yang mahal tu. Jangan…jangan bazirkan duit tu.. ada solution nya.”

Ok mula-mula kena ada 3 benda alah ni.

IKLAN

✅ Printer (tak kisah jenama apa,yang murah punya pun boleh)

CARA MUDAH Print-out Daripada Handphone Direct Ke Printer,Tak Payah Pakai Laptop!

✅ Cable OTG (Boleh beli kat Eco/Ninso/DIY)

CARA MUDAH Print-out Daripada Handphone Direct Ke Printer,Tak Payah Pakai Laptop!

IKLAN

✅ Apps PrinterShare Mobile Print (Kena download kat hp sendiri, cari kat dalam playstore)

CARA MUDAH Print-out Daripada Handphone Direct Ke Printer,Tak Payah Pakai Laptop!

Ok bila dah ready semua tu sambungkan cable USB printer ke cable OTG, lepas tu cucuk ke hp korang, ikut arahan PrinterShare tu untuk setting. Siaapppp!!!

IKLAN

CARA MUDAH Print-out Daripada Handphone Direct Ke Printer,Tak Payah Pakai Laptop!Senang je kan.Tak payah bazir duit nak beli printer yang mahal-mahal tu.. Ok kalau rasa ilmu ni bermanfaat boleh share..Tak payah mintak izin.. dipersilakan.

Baca Lagi Di Sini: Tolong ‘Paksa’ Anak Hafal Sifir, Mak Ayah Cetak Ribuan Soalan Matematik PERCUMA Di Sini

MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat buat mak ayah yang sedang cari penyelesaian macam mana nak print kerja sekolah anak. Jimat banyak tak perlu nak beli laptop mahupun printer yang mahal-mahal. Bajet tu bolehlah digunakan untuk keperluan lain.

Sumber: Fizie JoeKer

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI