Ramai yang cakap je tapi tak juga buat. Itulah punca kerja tak settle. Sesiapa pun ketika sibuk pasti terasa masa begitu suntuk. Banyak urusan yang perlu diselesaikan dengan dalam satu masa. Serabut kan? Kusut kan? Saya juga sering berperang dengan masa, mak-mak di luar sana pun mesti sama kan. Hidup kita sentiasa terkejar-kejar.
Masa tidak akan menunggu kita, ia akan terus berlalu. Kita mesti sedar hakikat ini dan mula belajar mengurus masa dengan baik. Memang kita bukan sempurna, ada sahaja kekurangan yang menjadi halangan untuk memanfaatkan masa dengan maksimum.
Usah tertekan kerana kekurangan diri.Isi masa yang ada mengikut keperluan kita, jangan bandingkan dengan orang lain. Kita lebih mengenal diri dan memahami keperluan kita.
Jangan Tangguh Kerja Buat Terus
Ramai orang yang memvisualkan perkara yang mahu dilakukan di dalam minda. Namun mereka tidak mengeluarkan visual itu agar dapat dilaksana dengan baik. Cara saya, apa sahaja yang mahu saya lakukan, saya senaraikan di dalam buku atau kertas.
Kemudian, saya susun tugasan atau urusan ini mengikut keutamaan. Agar semuanya dapat saya lakukan dengan baik, saya letakkan anggaran tempoh masa untuk setiap urusan. Alhamdulillah, ia banyak membantu saya dalam urusan kerja dan seharian.
Tapi ada syarat tau. Jangan tangguh kerja! Ini disiplin yang mesti kita pegang. Tidak guna jika kita merancang namun gagal melaksanakannya. Ramai antara kita yang gagal mengurus masa kerana leka dan suka menangguhkan kerja.
Apa sahaja yang boleh diselesaikan pada hari ini, sudahi. Jangan dibawa sehingga ke hari esok kerana kita tidak tahu adakah esok kita masih mampu melaksana urusan tersebut. Bagaimana jika kita sakit atau ada kecemasan lain?
Dalam hidup ini kita sering berperang dengan dua komoditi iaitu masa dan wang. Jika banyak wang, kurang masa kerana komitmen yang tinggi. Namun jika banyak masa, biasanya wang akan berkurangan.
Kita perlu membuat pilihan untuk menentukan kehidupan kini dan masa hadapan. Jika mahukan kesenangan dan keselesaan keluarga, sudah pastilah kita perlu bekerja keras dan meraih peluang untuk menambah pendapatan.
Tidak mengapa masa kita untuk diri dan keluarga sedikit asalkan kita tahu memanfaatkan ia dengan cara berfaedah. Bagi saya tiada guna juga jika masa yang banyak bersama keluarga tidak diurus dengan baik. Ini pandangan peribadi saya, maafkan jika ada yang tidak setuju.
Jangan gantikan masa dengan kemewahan untuk menebus rasa bersalah kepada anak-anak ketika kita sibuk. Gantikan dengan layanan serta kasih sayang, usah malu memohon maaf kepada anak-anak atas kekhilafan kita.
Ads
Hidup ini sentiasa ada pilihan, pilih yang terbaik ikut keperluan kita. Jangan bandingkan kita dengan orang lain, keperluan mereka tak sama dengan kita. Bahagia itu di tangan kita, usaha dan doa. Yakinlah kita akan bahagia dengan keluarga.
Bebel sebab sayang, bebel sebab amanah. Sayang semua.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Heliza Helmi, penyanyi kecil molek yang terkenal dengan kepetahan dirinya dalam memberi motivasi dan ceramah. Ya, kali ini saya cukup teruja untuk berkongsi cerita tentang semangatnya dalam membuat amal dalam bisnesnya.
Bisnes Heliza Helmi Niatnya Membantu
Semalam sewaktu bertemu dengan penyanyi yang lahir dari program realiti TV Akademi Fantasia itu di majlis pelancaran koleksi eksklusif pertama tudung Stella Collection di bawah jenamanya sendiri, HelizaGuzelHive, Heliza menyatakan koleksi tudung yang menepati piawaian syariah ini dihasilkan menerusi kolaborasi bersama Guzelhive International semenjak lebih setahun yang lalu.
Tidak sekadar bermotifkan keuntungan perniagaan, sebahagian daripada hasil jualan setiap koleksi ini akan disalurkan ke Tabung Myheart. Kerjasama antara Yayasan My Prihatin dan Institut Jantung Negara Foundation (IJN) ini ialah bagi membantu kanak-kanak pesakit jantung kronik daripada keluarga kurang berkemampuan.
Heliza juga mengharapkan orang ramai terbuka dengan konsep membeli sambil menyumbang ini. Malah secara jujur dia mengharapkan agar usaha dapat dilakukan secara berterusan dan dalam skala yang lebih besar lagi agar bukan hanya untuk pesakit jantung sahaja tetapi kalau boleh untuk pesakit dari kategori lain juga. Malah dia juga berusaha untuk membantu meringankan beban orang lain.
Selain itu Heliza yang terkenal dengan kerja-kerja amal dan misi kemanusiaan ini juga membuatkan saya cukup respek dengan dirinya. Malah perkongsian jihad dirinya menyertai misi kemanusiaan. Pengalaman berharga tatkala dapat membantu pelarian Rohingya di beberapa kem pelarian dan kampung di Cox’s Bazaar, Bangladesh membuatkan dirinya bersyukur atas ruang dan peluang membantu mereka yang kurang berdaya. Malah Heliza juga menyatakan pelarian ini berdepan pelbagai isu kesihatan, kekurangan bekalan makanan dan kehilangan tempat perlindungan serta kemudahan awam.
Heliza juga pernah menyertai beberapa misi kemanusiaan di Syria dan Palestine, misi pembinaan masjid di Sepanyol dan misi bantuan banjir di Pulau Pinang baru-baru ini.
“Kunjungan ke Syria cukup menginsafkan hidup mereka berdepan dengan risiko tembakan dan bedilan bom bertalu-talu tanpa henti. Itulah senario yang tidak dapat digambarkan yang menjadi kehidupan biasa masyarakat di sana. Namun, mereka sungguh tabah, menganggap semua itu sebagai ujian Allah yang perlu dihadapi dengan sabar.
“Saya turut berkongsi pengalaman getir semasa keluar secara tergesa-gesa dari sebuah kawasan yang dikhabarkan akan di bom dalam tempoh yang agak singkat semasa kunjungan ke Syria.
“Kawasan tersebut dinamakan Kafa Zeta dan ketika melawat untuk memberi bantuan penduduk di sana, secara tiba-tiba dikhabarkan kawasan itu bakal dimusnahkan dengan bedilan bom.
Keadaan ketika itu sungguh cemas kerana kami perlu keluar dari kawasan tersebut dengan pantas untuk menyelamatkan diri. Ibaratnya bila berada di sana nyawa dihujung tanduk. Tapi itu semua bukan penghalang untuk saya meneruskan aktiviti sosial ini. Malah setiap kali ke sana saya tidak kisah jika mati syahid, ” ujar Heliza yang akan menulis surat wasiat kepada keluarganya sebelum berangkat menjalankan misi kemanusian ke negara bergolak.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bunga cengkih memang mempunyai banyak khasiatnya yang tersendiri. Selain digunakan dalam masakan dan kesihatan, air rebusan bunga cengkih juga sangat berkesan untuk mengawal serangga perosak seperti hama dan semut pada tanaman. Malah membantu mempercepatkan pertumbuhan pucuk-pucuk baru.
Cara untuk membuat air rebusan bunga cengkih ini cukup mudah. Boleh ikut panduan yang dikongsikan oleh Puan Liyana Mohd Poad ini.
Cara buat air rebusan bunga cengkih untuk masalah tanaman.
Fungsinya adalah untuk mematikan hama,semut, aphid dan sebagainya selain mempercepatkan pucuk-pucuk baru. Air rebusan bunga cengkih ni yang paling kerap saya guna untuk semua tanaman saya selain air kunyit+ cili padi + bawang. Kekerapan sembur, seminggu 3 kali, waktu petang sahaja.
Cara ada di bawah:
1. Sediakan sepeket bunga cengkih.
2. Rebus dengan 5 gelas air. Rebus sehingga mendidih dan tutup api. Sejukkan.
3. Air rebusan yang sudah sejuk bolehlah ditapis. Macam bubur caca + gula merah kan.
4. Air rebusan bunga cengkih sudah sedia dimasukkan ke dalam botol spray. Nampak sedapkan air ni. Macam Tea Boh.
5. Dah boleh spray pada pokok. Jangan spray kat pokok tiruan sudahlah. Spray kat depan & belakang daun seminggu 2@3 kali.
Info Ekstra!
Boleh buat cengkih +tembakau. Proses sama, rebus kedua-duanya. Cumanya tembakau macam susah nak dapat. Tapi kalau compare air bunga cengkih & air tembakau. Air rendaman tembakau 3 kali ganda lebih baik.
Mingguan Wanita : Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi jika ada masalah seperti serangan hama dan semut, boleh cuba buat sendiri air rebusan cengkih ini.Malah membantu pertumbuhan pucuk-pucuk baru sekaligus memnyuburkan lagi tanaman.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Sungguh tak sangka daun kering pun ada kegunaannya.Berbudi pada tanah sememangnya tiada ruginya.Apatah lagi bercucuk tanam untuk kegunaan sendiri.Berkebun juga kan satu senaman untuk keluarkan peluh. Badan pun boleh bertambah sihat.Namun begitu, bukan semua hasil semaian berkebun membuahkan hasil yang diharapkan ada yang langsung tidak berputik mahupun berbunga meski pelbagai cara telah digunakan.
Melalui perkongsian PuanAisyah Othaman dari #abuNummuulfahminikebun, beliau berkongsi petua yang cukup mudah untuk dilakukan tanpa mengeluarkan kos sesen pun.Hanya menggunakan daun-daun kering!. Hasilnya pula boleh dilihat dalam masa hanya dua minggu.
“Pokok limau dari #abuNummuulfahminikebun sedang membesar dan mengeluarkan hasil dengan banyaknya selepas setahun lebih ditanam…Alhamdulillah..”
“Sepanjang setahun lebih ni ade sekali letak baja masa awal-awal ditanam…selepas itu tak letak apa-apa. Dalam bulan Februari baru-baru ni,baru teringat 1 petua daripada mak, yang dilakukan pada pokok bunga kantan dia.Saya cuba buat perkara pada pokok limau, selepas 2 minggu dengan izinNya, pokok limau ini mula berputik dengan banyaknya.”
20 Feb 2017- Selepas 2 minggu cubaan petua, mula keluar banyak putik-putik putih.
22 Februari 2017- Selepas 2 minggu cubaan petua, mula keluarkan bunga.
15 Mac 2017- Selepas bunga gugur dan pokok limau mula berbuah.
Caranya:
Hanya letak daun-daun kering atau daun rumput kering pada pangkal pokok.
Bagi pokok bunga kantan sesuai juga letak daun rumput kering.
Mingguan Wanita: Menarik petua dan tip yang dikongsikan ini. Tak mengeluarkan kos pun, hanya gunakan daun dan rumput kering je, pokok-pokok mula keluarkan putik. Boleh cuba nanti bagi pokok-pokok yang payah sangat nak berbuah.
Jururawat hampir kehilangan RM4000 akibat emel palsu, "diminta verify kalau tak akaun Netflix digantung. Seorang jururawat hampir kehilangan wang simpanannya selepas menjadi mangsa penipuan...