Jika dekat rumah tu ada pintu almari jenis ‘sliding’ yang dah rosak, memang membuatkan kita rasa nak buang je. Bukan apa pintu almari jenis macam ni memang mudah rosak, lagi-lagi kalau ada anak kecil yang suka main dekat pintu tu.Sebenarnya sebelum fikir nak buang tu, boleh baiki dulu sendiri dengan modal kurang dari RM2.00 je.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi bila pintu almari rosak tu, tak perlulah nak buang. Baiki dulu ikut tip yang dikongsikan ini, modal tak sampai RM2 pun. Selamat almari.. boleh digunakan lagi dan jimat duit tak perlu beli almari baru.
Kadang-kadang kita tidak menyangka bahan terpakai seperti tuala terpakai yang acapkali kita jadikan sebagai kain buruk dapat menjadi sesuatu yang bernilai. Bayangkan daripada sehelai tuala terpakai, dicelupkan di dalam simen serta dikeringkan. Cat mengikut kesukaan terus mampu menjadi pasu hiasan atau pasu tanaman.
Banyak masa terluang ketika PKP ini mungkin, mak ayah boleh mencuba diy yang dikonsgikan oleh Puan Hajah Rohida atau mesra dengan panggilan Cikgu Ida ini bersama keluarga tercinta:
Puan Hajah Rohida Hamzah merupakan Guru Akademik Subjek Seni Visual. Dia lebih dikenali dengan panggilan Jemariseni Cikgu Ida telah acap kali menjadi fasilitator beberapa penghasilan kraf dari bahan-bahan kitar semula terutama kepada ahli Kelab Pencinta Alam di luar Putrajaya.
Aktiviti kraf DIY ini telah dilaksanakan juga di sekolah terutama kepada ahli Kelab Pencinta Alam. Secara tidak langsung ianya dapat mengaplikasikan aktiviti 3R dalam kehidupan seharian iaitu menggunakan barangan terpakai sebagai bahan untuk dikitar semula dan menghasilkan sesuatu hasil yang sangat kreatif.
Dia menggunakan pasu DIY untuk jualan gubahan bunga yang telah sedia mendapat tempahan. Jom kita cuba buat sendiri Gubahan R&R Pasu Tuala yang ingin dikongsikan oleh Cikgu Ida, proses pembuatannya amat mudah dan murah.
Masa terluang terutama masa Perintah Kawalan Pergerakan dapat dimanfaatkan dengan hasilan kraf DIY bersama anak-anak.
Bahan yang diperlukan amat murah dan mudah didapati. Kebetulan bahan telah disediakan sebelum PKP lagi.
PROSES:
Sediakan bahan-bahan yang diperlukan.
Langkah 1:
Sediakan simen dan tuala mengikut saiz pasu yang dikehendaki. Tuala perlu dilembabkan.
Langkah 2:
Bancuh simen dengan kadar sukatan satu cawan simen dan setengah cawan air di dalam baldi atau besen.
Celupkan tuala ke dalam simen cair dan pastikan simen meliputi keseluruhan tuala.
Langkah 3:
Letak tuala tadi di atas acuan pasu mengikut saiz tuala iaitu seperti di atas cawan plastik untuk saiz kecil.
Jika mahu saiz besar acuan boleh menggunakan, pasu plastik, baldi dan sebagainya yang bersesuaian dengan saiz tuala.
Buat kemasan kedutan tuala dan akhir sekali biarkan seharian supaya tuala kering.
Langkah 4:
Setelah kering, pasu tuala disapu cat undercoat putih atau spray mengikut warna yang disukai.
Langkah 5:
Gubah hiasan sama ada menggunakan bunga plastik atau pokok hidup seperti kaktus.
INFO MENARIK
MW: Rupa-rupanya tuala terpakai pun boleh dijadikan pasu hiasan atau pasu untuk menanam pokok tanaman. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada kita semua. Selamat mencuba.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Mak ayah yang nak mencuba tanam bawang merah kecil jenis rose tapi asyik gagal tak mahu hidup, boleh cuba panduan yang dikongsikan Azlina Hashim ini.
Daripada tip yang dikongsikan ini, daripada 20 ulas bawang merah kecil yang ditanam boleh menghasilkan 1.4 kilogram bawang merah kecil selepas dituai.
Daripada mula menanam, selepas dua bulan mak ayah dah boleh dapatkan hasilnya.
1. Saya hanya pernah tanam bawang kecil merah rose sahaja.
2. Gemburkan batas atau siapkan tanah gembur dalam pasu/bekas. Sebaiknya ada sedikit campuran pasir sebab tanah yang menakung air akan menyebabkan benih bawang membusuk
3. Korek tanah sedalam 2 inci dan tanam bawang. Jarakkan anggaran sejengkal setiap biji bawang. Boleh juga dipotong sedikit bahagian atas bawang untuk cepatkan bawang tumbuh tapi saya tak buat. Setelah dimasukkan bawang di dalam lubang kambus semula dengan tanah tapi jangan dipadatkan.
4. Siram 2 kali sehari dan jangan sampai terlebih air masa menyiram
5. Setelah seminggu daun bawang biasanya akan tumbuh anggaran 1 hingga 2 inci. Boleh letak baja. Saya guna baja tahi ayam bakar. Letak baja setiap 10 hari sehingga bawang berusia 70 hari atau lebih.
5. Sepanjang tempoh membesar jangan potong/ambil daun bawang kerana akan jejaskan tumbesaran dan boleh sebabkan bawang busuk.
6. Setelah berusia 70 hari daun bawang mulai layu, bawang boleh dituai.
Ini pula perkongsian Azlina pada tahun 2015, yang mana ini adalah percubaan kali pertamanya menanam 2kg bawang merah kecil dan berusia lebih 45 hari.
“Saiznya masih belum mencapai tahap yang diingini namun hujan yang kerap dan kesan dipijak gajah minggu lalu menyebabkan banyak bawang membusuk.
Saya cabut semuanya, ikat dan gantung di ampaian. Teknik ini diajar oleh seorang pekerja Lombok yang sering mengambil upah menuai bawang di kampungnya. Bawang akan dibiarkan hingga daunnya kering.”
Sudah tentu mengujakan apabila dapat melukis di atas kasut sendiri bukan? Apatah lagi dapat memilih atau mereka sendiri corak yang diidamkan. Walaupun pada mulanya hanya sepasang kasut putih yang makin dilupakan.
Namun apabila dilukis dan diwarnakan dengan kemas dan cantik, kasut putih tadi berubah wajah dan nampak mahal. Puan Syarul Nadia Hamdan yang merupakan guru Pendidikan Seni Visual (PSV) berkongsi bagaimana caranya melukis di atas kasut kanvas. Rupanya mudah sahaja.
Tentulah seronok apabila dapat menghasilkan kasut dengan corak pilihan hati. Kelebihannya apabila buat sendiri, kita akan rasa lebih puas dan sentimental value lebih tinggi.
Lagi pula kalau kita buat untuk orang yang kita sayang iaitu anak-anak. Of course, saya lakukan dengan sepenuh hati dan mahukan yang terbaik. Selain itu hasil corak kasut tak akan sama dengan orang lain dan sudah semestinya tiada di pasaran.
Sebenarnya, tugasan ini merupakan salah satu soalan Kajian Rekaan Seni Visual (KRSV) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini, iaitu bertajuk reka corak kasut. Jadi saya test dahulu buat kasut itu sebelum mengajar.
Kiranya karya ini seperti bahan bantu mengajar untuk pelajar tingkatan 5 lah. Alang-alang buat, saya rasa lebih elok apabila boleh terus dipakai. Saya hasilkan tiga pasang untuk semua anak-anak.
Corak setiap kasut adalah tema pilihan anak-anak sendiri. Kemudian barulah, saya buat rujukan di internet dan ubah-ubah sedikit mengikut kesesuaian.
Jika tidak berada dalam tempoh PKP mungkin lebih mudah mencari kasut kanvas yang lebih murah. Namun disebabkan oleh PKP, kebanyakan peralatan dibeli secara online.
Bahan-bahan:
Sepasang kasut sekolah berwarna putih
Warna akrilik
Berus
Pensel
Langkah-langkah:
Langkah 1:
Proses melukis atas kasut menggunakan pensil. Lakarlah corak yang anda mahukan.
Langkah 2:
Proses mewarna menggunakan cat akrilik.
Langkah 3:
Biarkan cat betul-betul kering.
INFO TAMBAHAN:
Sebenarnya cat akrilik tidak memerlukan waktu yang lama untuk kering dan tak perlu dijemur. Hanya dibiar pada suhu bilik sudah memadai. Warna akrilik juga kalis air apabila DIBIARKAN betul-betul kering.
MW: Mak, ayah mungkin dapat jadikan aktiviti ini untuk mengisi terluang ketika PKP ini. Galakkan anak-anak untuk melukis bersama mak, ayah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!