“Saya nak anak-anak rasa mereka ada abah walaupun tak sama macam orang lain” Shu Sukri. Itu antara luahan Nurul Shuhada Mat Shukri atau lebih mesra dipanggil Shu Shukri yang juga bekas isteri Hafidz Roshdi tentang anak-anaknya yang sangat merindu ayah mereka.
“Saya Nak Anak-Anak Rasa Mereka Ada Abah”
Hati ibu mana juga yang tidak sedih apabila melihat anak-anak rindukan kehadiran seorang bapa. Malah anak kedua mereka juga meminta membeli robot pengganti abah.
“Ibu, belilah abah robot di Shopee,” ungkap Umar.
Seperti mana dipetik menerusi Harian Metro Online, sebagai ibu dirinya tidak sampai hati melihat anak-anak merasai kekurangan kasih sayang dan berharap agar Hafidz dapat berikan komitmen dan tanggungjawabnya.
“Saya harapkan komitmen dia sebab anak-anak dia juga. Saya nak anak-anak saya rasa mereka ada juga abah walaupun tak sama macam orang lain. Sekurang-kurangnya, mereka rasa kehadiran seorang abah.
“Umar asyik cakap suruh beli roboh abah. Jenuh saya nak cari. Saya tak mahu dia ada perasaan begitu. Saya nak kita sama-sama bagi anak tak rasa kurang kasih sayang itu,” ungkap Shu yang juga sangat sedih apabila anak lelakinya itu pernah meminta ‘pinjam’ ayah daripada sepupunya.
Anak Sulung Tak Kisah, Umar Masih Kecil
Shu juga mahu Hafidz mengasihani anak-anak.
“Humairah dah jadi macam saya, dah mula tak kisah sebab dah mula membesar. Umar mungkin sebab dia masih kecil, jadi dia tengok sepupu-sepupunya ada ayah, dia macam teringin nak ada ayah.
“Pernah juga dia pergi kepada sepupu dia dan cakap nak pinjam ayah dia. Kasihanlah dekat anak-anak, kan. Kalau bercakap mengenai anak-anak, saya sensitif sikitlah,” tambahnya lagi.
Ads
Ingatkan Anak-Anak Hormat Bapa
Walaupun antara dirinya dan Hafidz sudah tiada hubungan namun Shu sentiasa mengingatkan anak-anak agar menghormati dan menyayangi bapa mereka.
“Saya beritahu dia, saya dan Hafidz dah bercerai. Humairah dengan abah, tak boleh ubah. Kena hormat dan sayang Hafidz itu. Jadi, saya selalu ingatkan dia bahawa tak boleh ubah hakikat itu.
“Mereka berdua dah faham walaupun agak mencabar juga untuk saya jelaskan. Sebab itulah saya perlukan bantuan kaunselor sebab mereka lebih profesional untuk uruskan situasi ini,” katanya.
Kesal Hafidz Tidak Hadir
Bekas isteri pelakon, Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri kesal apabila Hafidz tidak hadir sesi tuntutan hadanah di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, di sini, hari ini.
Ads
Untuk rekod Shuhada dan Hafidz berumah tangga pada 30 April 2016 dan dikurniakan dua anak, Humairah dan Umar sebelum sah bercerai dengan talak satu pada 27 Julai lalu.
Anak perempuan meningkat remaja. Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Cantiknya anak dara pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar!
Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Niat nak bantu bekas isteri dan anak-anak, akhirnya rumah tangga bersama isteri baru musnah akibat digoda bekas isteri. Ikuti pengakuan lelaki ini.
Azri merupakan seorang duda beranak dua ketika berkahwin dengan Iza. Perkahwinan pertamanya bersama bekas isteri, Ayu, kandas di tengah jalan akibat masalah kewangan. Ketika itu perniagaan Azri belum kukuh, hutang sekeliling pinggang. Akhirnya mereka bercerai. Kedua anak tinggal bersama Ayu.
Empat tahun Azri bertungkus lumus membina perniagaan akhirnya syarikat pembinaan miliknya semakin stabil. Ketika itu juga Azri berjumpa dengan Iza, seorang wanita berusia awal 30-an. Dan masih bujang ketika itu. Seorang pensyarah di sebuah universiti. Selepas enam bulan berkenalan, mereka sepakat untuk melangsungkan perkahwinan.
Niat Ingin Bantu
Rumah tangga Azri dan Iza bahagia dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki. Azri pula masih berhubung baik dengan Ayu demi anak-anak. Nafkah anak-anak tidak pernah diabaikan. Ayu juga sudah berkahwin lain selepas setahun bercerai dengan Azri dahulu dan tinggal di Sabah bersama suami barunya. Anak-anak juga tinggal di sana.
Pada satu petang, Azri dihubungi oleh bekas isterinya. Rupa-rupanya Ayu sudah bercerai dengan suami barunya. Dia ingin kembali ke semenanjung bersama anak-anak. Azri yang bersusah payah carikan rumah sewa untuk Ayu dan anak-anak kerana tidak mahu anak-anaknya hidup susah. Azri juga carikan kerja baru untuk Ayu. Segalanya dilakukan di luar pengetahuan Iza kerana tidak mahu Iza cemburu. Azri pula rasa bertanggungjawab untuk membantu Ayu dan anak-anaknya itu. Tiada niat lain.
Ayu sering menghubungi Azri untuk meluah rasa. Rupanya bekas suami keduanya seorang kaki pukul. Bertahun dia memendam rasa. Nasib baik dengan anak-anak dia tidak naik tangan. Sebab itu mereka berpisah. Azri jatuh simpati pada Ayu dan sering menasihati Ayu untuk tabah dalam mengharungi cabaran.
Lama kelamaan hubungan mereka semakin mesra. Azri sudah tidak segan silu berkunjung ke rumah Ayu. Alasannya menjengok anak-anak. Azri terasa mereka seperti sebuah keluarga macan dahulu. Apatah lagi Ayu bijak mengambil hatinya dengan memasak pelbagai makanan kegemaran Ayu. Air tangan Iza pula tidak sehebat air tangan Ayu. Namun Azri cukup bijak menyembunyikan segalanya di luar pengetahuan Iza. Sudah pasti dia sayang pada isterinya itu. Namun, dengan Ayu juga rasa sayang yang dahulunya sudah hilang kembali berputik.
Akhirnya Terlanjur
Ayu pula semakin hari semakin menunjukkan sikap ingin kembali ke sisi Azri. Sengaja dia cuba menggoda Azri sehingga akhirnya mereka terlanjur. Azri menyesal kerana kesilapannya namun nasi sudah menjadi bubur. Ayu pula mula mendesak Azri untuk mengahwininya semula. Dia tidak ingin melepaskan Azri apatah lagi kini Azri sudah ada duit. Anak-anak turut dijadikan ‘senjata’ untuk memujuk Azri kembali ke sisinya.
Azri serba salah kerana dia tidak sanggup berterus terang dengan Iza yang teramat baik baginya. Dalam keadaan itu, rupa-rupanya Ayu telah bertindak di luar dugaan dengan pergi berjumpa Iza dah menceritakan keterlanjuran Azri dan dirinya. Sungguh kecewa Iza dengan sikap Azri yang telah berlaku curang padanya. Dia tidak dapat menerima hakikat Azri telah meniduri bekas isterinya!
Iza menuntut cerai. Walau pun puas dipujuk rayu oleh Azri, Iza tekad untuk keluar dari hidup Azri. Anak lelaki mereka dibawa bersama berpindah ke Melbourne apabila permohonan Iza untuk melanjutkan pelajaran di sana diterima.
Terbongkar Rahsia
Selepas itu barulah terbongkar rahsia apabila Azri terjumpa mesej Ayu kepada bekas suaminya. Rupanya selama ini bekas suami Ayu ingin kembali ke sisi Ayu namun Ayu menolak. Bahkan Ayu mengaku yang dia ingin berbaik semula dengan Azri kerana ingin hidup senang bersama Azri. Dalam WhatsApp itu juga Ayu mengaku yang dahulu dia silap meninggalkan Azri kerana tidak mahu hidup susah dengan Azri dan telah menjalinkan hubungan dengan bekas suaminya ketika masih bergelar isteri Azri.
Pendek kata, Ayu curang ketika masih bergelar isteri Azri. Bahkan dia mengadakan cerita yang bekas suami keduanya kaki pukul sedangkan dia tak sanggup hidup susah kerana perniagaan suaminya bankrap.
Tiada Niat Nak Kembali Bersama
Azri terpukul. Apakah wanita ini yang ingin kembali diambil sebagai isteri? Yang tidak sanggup susah senang bersama? Bagaimana sekiranya kelak bisnes Azri ditakdirkan ditimpa masalah lagi? Apakah Ayu akan meninggalkannya lagi? Azri menyesal kerana tergoda dengan Ayu namun dia tekad untuk tidak menerima kembali Ayu dalam hidupnya.
Setahun berlalu, Ayu masih merayu Azri untuk mengahwininya namun Azri tetap tutup hatinya untuk Ayu. Iza? Hilang tanpa khabar berita…
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Tahniah! Mira Filzah kini sarat mengandung anak sulung. Selepas menyimpan rahsia sejak tahun lalu, suami pelakon dan pengacara popular, Mira Filzah, iaitu Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar telah berkongsi khabar gembira dan mengesahkan isteri kesayangan berbadan dua.
Mira dan Wan Emir mendirikan rumah tangga pada 2 September 2020.
Tahniah! Mira Filzah Kini Sarat Mengandung Anak Sulung
Menerusi akaun Instagram, Wan Emir menerangkan kandungan pemilik nama sebenar Nur Amirah Filzah Badioezaman bakal memasuki trimester ketiga.
“Syukur Alhamdulillah, segala puji bagi Allah pemilik seluruh alam, perkhabaran diterima pada tahun lepas yang kami akan menimang cahaya mata sulung kami.
“Insha’Allah, usia kandungan akan memasuki trimester ketiga tidak lama lagi.
“As with everyone who have wishes and plans to build a family, we also have our own personal experience of the highs and lows throughout our own journey so far. Let it be known that we feel and pray only the good for everyone too. But surely it is only with Allah’s knowledge and ultimate wisdom, lies what is good and best for each one of us, in time and in place. Sesungguhnya, Dialah sebaik-baik perancang.
“Terima Kasih Kepada Yang Mendoakan Kami”
“Kepada semua yang berharap dan mendoakan kami dari dulu hingga kini, dengan rasa insaf dan rendah diri kami mengucapkan jutaan terima kasih, semoga Allah SWT merahmati dan mengangkat segala usaha dan doa setiap seorang daripada kita, aamin amin YRA.
“Rabbij’alni muqimas salati wa min dhurriyati rabbana wa taqabbal du’a”
(Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku) – Surah Al-Ibrahim: Ayat 40,” tulis Wan Emir.
Dibanjiri Ucapan Tahniah
Menerusi ruangan komen rakan-rakan artis dan juga pengikut di akaun Instagram Mira Filzah dibajiri ucapan tahniah dan doa.
Mingguan Wanita: Tahniah Mira Filzah dan Wan Emir. Semoga dipermudahkan segala urusan Mira ketika menghadapi saat indah ketika mengandung dan proses bersalin kelak.
Doh ni saya guna juga untuk buat pizza,donut & burger malaysia.
Saya buat memang macam ni, saya gaul semua sekali harung… nak cepat katanya. Jadi jugak, insyaAllah.
Biarkan sejam tapi kadang tu tak sampai sejam dia dah naik cantik. Tunggu doh kembang dulu… saya tak timbang sebab buat makan sendiri je. Kalau nak jual, kene timbang lah ya.
Lepas bulat bulatkan dia tunggu sekejap,dia akan naik lagi…dah naik tu baru celop telor dan breadcrumb.tapi hati hati sebab doh macam lembik gitu… nanti tak cantik laa kalau dia tak jadi bulat.
Salut telor dulu baru golek dalam breadcrumb pastu goreng.
Untuk inti:
Actually boleh je nak letak inti apa apa. Tapi yang kawan saya ajar ni lebih kurang macam ni la. Saya dah ubah sikit ikut citarasa saya.
1 tin sos carbonara
2 cawan atau lebih isi ayam potong dadu
1 biji bwg holand
3 ulas bawang putih
Setgh btg carrot
Setgh btg timun
Tumis bawang, masukkan ayam dan carrot. Bila ayam dah masak masukkan sos dan timun. Saya letak sedikit air. Kacau sehingga pekat yg kita inginkan.
Boleh juga buat inti ayam perisa apa apa pun, terpulang.
Untuk inti, pada pendapat saya, boleh je nak letak apa pun yang ni saya buat guna bahan bahan di bawah.
1tin sos carbonara
2cawan atau lebih isi ayam potong dadu
1labu bwg holand
3ulas bwg putih
Setgh btg carrot
Setgh btg timun jepun buang biji
Tumis bawang, ayam dan carrot. Kemudian masukkan sos carbonara dan timun. Saya letak sedikit air. Kemudian kacau hingga pekat.
Kalau nak share,share aje…sebab saya pun share dari kawan saya jugak ni.
Selamat mencuba!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Tidak lagi bergantung harap kereta sewa. Tahniah buat Zahnita yang telah berkongsi kisah dirinya telah memiliki sebuah kenderaan.Zahnita yang berhadapan dengan krisis rumah tangga...