Mak mentua dan menantu perempuan, konflik antara keduanya seakan tidak pernah berkesudahan. Berbanding dengan menantu lelaki, mak mentua sering bermasalah dengan menantu perempuan.

Tidak pasti mengapa masalah ini terus berlarutan dari zaman ke zaman, dari generasi ke generasi. Konflik ini mungkin juga berlaku kerana sama-sama perempuan, jadi ‘persaingan’ terjadi tanpa sedar!

Mak Mentua Kalau Nak Hubungan Dengan Menantu Jadi Mesra, Jangan Lakukan Kesalahan Ini

Mak Mentua Kalau Nak Hubungan Dengan Menantu Jadi Mesra

Ramai yang menganggap puncanya daripada menantu yang berperangai macam ‘hantu.’ Hakikatnya punca sebenarnya adalah daripada pihak mak mentua! Mungkin bukan semua kes tapi kebanyakannya disebabkan oleh mak mentua.

Daripada Abu Hurairah ra, bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda: “Barang siapa yang mempunyai (melakukan) kezaliman kepada saudaranya, hendaklah dia membebaskan dirinya daripada kezaliman tersebut (meminta maaf) kerana sesungguhnya (pada hari kiamat) dinar dan dirham tidak akan memberi manfaat sedikit pun, sebelum amalan kebaikannya diambil untuk saudaranya (bagi menebus kezaliman yang dilakukan). Jika dia tidak mempunyai kebaikan lagi, maka akan diambil kejahatan yang dimiliki saudaranya dan dilemparkan ke atasnya.” – (Riwayat Bukhari)

Dr. HM Tuah Iskandar Al-Haj, motivator, yang juga penulis ruangan Motivasi di dalam majalah Mingguan Wanita ada pesanan untuk mak-mak mentua.

EGO

Apabila kita menjadi mentua, sentiasalah ingat watak Nyonya Mansor dalam filem ‘Ibu Mentuaku,’ dengan itu mudah-mudahan kita akan menjadi lebih baik.

Tiada siapa rasa sikap Nyonya Mansor itu baik, bukan? Ia adalah sikap yang amat kejam serta mempamerkan ego yang amat tinggi. Sewaktu menonton kita jadi menyampah dengan watak wanita kaya tetapi sampai hati itu. Dan rasanya setiap orang pernah menonton filem itu serta merasai perasaan yang sama.

IKLAN

Mak Mentua Kalau Nak Hubungan Dengan Menantu Jadi Mesra, Jangan Lakukan Kesalahan Ini

Habis, mengapa kisah mentua-mentua zalim dalam dunia realiti masih ada sehingga kini? Mustahil setiap mentua zalim hari ini tidak pernah menonton filem berkenaan. Bukan setakat orang Melayu, orang India dan Cina pun sama meminati filem-filem lama P. Ramlee. Ia penuh sindiran serta bermotivasi tinggi terutama mereka yang mahu berfikir dan mencari pengajaran di sebalik setiap kisah yang diceritakan.

Ada banyak kesalahan mentua terhadap menantu. Kadang-kadang ia dilakukan dalam fikiran yang waras.

Jangan Lakukan Kesalahan Ini

Saya senaraikan tiga sahaja, sama-samalah kita elak supaya tidak menjadi Nyonya Mansor moden:

i. Membanding antara menantu

Yang bekerja kerajaan selalu dilayan baik, sedang yang bekerja swasta ala kadar saja. Padahal yang bekerja kerajaan itu pun tidak pernah memberikan duit belanja atau balik dengan buah tangan hingga penuh meja. Bila datang terus duduk di ruang tamu menonton TV dan mentua yang sibuk-sibuk di dapur. “Tak apalah, Liza tu penat bekerja agaknya. Hari cutilah dia nak berehat,” hujah hati sendiri.

IKLAN

Lagi besar pangkat menantu, lagi besarlah layanan yang diberikan oleh si emak mentua. Kadang-kadang tidur pun dipersilakan ke bilik, sedang menantu yang kerja biasa terpaksa bentang totto saja di ruang tamu. Menantu yang tidak bekerja, lagilah dilayan kurang daripada biasa.

Mak Mentua Kalau Nak Hubungan Dengan Menantu Jadi Mesra, Jangan Lakukan Kesalahan Ini

ii. Mengkritik di belakang

Sesetengah mentua rajin bercerita keburukan menantu kepada orang lain, tanpa sedar cerita itu mungkin akan berbalik kepada menantu itu juga. Ingatlah, semua kritikan di belakang jarang terhenti pada satu telinga, selalunya ia berjangkit-jangkit.

Semua cerita belakang tidak akan membawa apa-apa kebaikan. Menantu yang dikritik tidak akan tahu sikapnya tidak disenangi, lalu dia tidak akan berubah pun. Yang semakin sakit adalah si mentua itu tadi. Jika dibiarkan lama-lama akan menyebabkan berlaku gangguan psikologi.

IKLAN

iii. Mempengaruhi anak sendiri

Ini pun satu keburukan yang amat kerap dilakukan oleh para mentua. Tujuan asalnya baik iaitu hendak memberitahu anak tentang tak berkenannya terhadap sikap-sikap menantu tetapi hujungnya menjadi kesedapan. Tanpa dijangka kata-kata negatif itu akan mempengaruhi si anak terhadap isterinya. Jika dia anak emas, dia akan lebih cepat terpengaruh dan ini tidak baik untuk kehidupan berumah tangga si anak bagi jangka masa yang panjang.

Hati Rosak Sukar Diperbaiki

Elaklah daripada melakukan perkara-perkara berkenaan. Sekali hati telah rosak, susah hendak diperbaiki semula. Kalau hati sudah mula berprasangka keluarga besar yang bahagia mungkin hanyalah cerita sebab sukar direalisasikan lagi.

Ingatlah selalu cerita ‘Ibu Mentuaku’, moga-moga kita tidak menjadi sezalim itu. Perasaan ego yang terlampau adalah antara puncanya mengapa seseorang itu boleh bersikap teramat kejam.

Baca artikel berkaitan: Mak Mentua Jangan Hanya Tayang, Bangga Menantu Pilihan Sampai Yang Lain Rasa Kecil Hati

Suami Jangan Biar Mak/Mak Mentua Jaga Isteri Dalam Pantang, Sebenarnya Itu Tugas Anda

Mak Mentua Ada Sikap Cemburu Dengan Menantu, Isteri Janganlah Terasa Hati Suami Lebihkan Maknya!

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI