“Tiada siapa yang nak berkahwin untuk bercerai,” Noor Nabila sahkan bakal berpisah.
Ajal dah jodoh ketentuan tuhan. 2 tahun mendirikan rumahtangga buat kali ketiga, kakak kepada selebriti terkenal Neelofa iaitu Noor Nabila akhirnya memaklumkan dia dan suaminya Engku Emran Engku Zainal Abidin bakal bercerai dalam waktu terdekat.
Dalam Proses Perceraian
Nabila berkata, keputusan itu dibuat selepas Emran menyatakan hasratnya untuk tidak meneruskan rumah tangga yang dibina sejak 2021.
“Kami dalam proses perceraian dan akan diputuskan dalam masa terdekat. Emran pun sudah menyatakan keinginan dia untuk bercerai selepas dia keluar dari rumah saya sejak awal Januari lalu.
“Alhamdulillah ketika dia beritahu hasratnya untuk bercerai, kami berbincang secara baik dan tenang serta menerima segala keputusan yang ditentukan dengan reda dan hati terbuka.
“Jodoh ajal maut adalah aturan Allah SWT, tiada siapa yang nak berkahwin untuk bercerai dan saya juga impikan perkahwinan yang bahagia dan berpanjangan,” katanya.
Ads
Enggan Kongsi Masalah Rumahtangga
Menurut Nabila, dia enggan berkongsi masalah rumah tangga yang dihadapi kepada khalayak, sebaliknya biarlah perkara itu diketahui antara mereka serta dijadikan pengajaran buat dirinya.
“Saya sudah buat yang terbaik sepanjang proses perkahwinan ini. Namun sebagai manusia kita tidak boleh lari daripada ujian dan dugaan rumah tangga.
Ads
“Sepatutnya kita pasangan suami isteri saling berkorban dan sentiasa ada untuk satu sama lain dalam apa jua keadaan. Malangnya kami tak mampu jadi pasangan seperti itu.
“Masalah antara kami sudah lama berpanjangan dan saya berserah dengan takdir dan yakin ini adalah aturan terbaik dari Nya untuk saya dan anak lalui,” katanya.
Terdahulu rumah tangga pasangan ini didakwa ibarat sudah retak menanti belah.
Sumber rapat kepada pasangan itu berkata, mereka yang bernikah sejak dua tahun lalu itu sudah tidak tinggal sebumbung dan dikatakan dalam proses perceraian.
Ads
Nabila dan Engku Emran berkahwin pada 19 Mac 2021. Sebelum menikahi Nabila, Engku Emran pernah mendirikan rumah tangga dengan selebriti jelita iaitu Erra Fazira dan mempunyai seorang anak perempuan, Engku Aleesya. Dia juga pernah berkahwin dengan pelakon popular Indonesia, Laudya Cynthia Bella, namun mereka tidak dikurniakan cahaya mata.
Sementara itu, Nabila pernah berkahwin dengan Sharnaaz pada 31 Mac 2017 dan berpisah pada 9 Julai 2020.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden.
Walaupun berlainan bangsa dan agama, layanan mak mentua tak pernah berubah. Dia tidak kekok untuk masak dan jaga cucu-cucunya. Cuma, masalah utama kami adalah bahasa. Tapi lama-kelamaan masing-masing boleh terima dan faham. Terima kasih mak..
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sememangnya pemergian Siti Sarah diratapi seluruh negara, paling hiba apabila Raisuddin Hamzah diberitahu oleh menantunya, Shuib yang anaknya Siti Sarah sudah kembali ke ramahtullah.
Kehilangan orang yang kita sayang sangatlah pedih. Apatah lagi seorang bapa terpaksa berhadapan dengan pemergian anak tercinta ke negara abadi.
Raisuddin Reda “Shuib Datang Berjumpa Melutut Di Depan Saya, Katanya, Siti Sarah Dah Tak Ada”
“Saya rasa dunia ini macam sesepi-sepinya”,”itulah ungkapa yang diluahkan oleh bapa kepada Almarhumah Siti Sarah seperti mana yang dipetik menerusi Harian Metro Online.
Begitulah perasaan yang begitu sedih dinyatakan oleh Raisuddin ketika majlis tahlil dan bacaan Yassin untuk anak arwah anaknya malam tadi.
“Shuib datang berjumpa saya. Dia datang dengan senyuman. Dia melutut di depan saya dan dia kata, Siti dah tak ada.
“Apabila berlakunya perkara ini, saya tak berkata apa-apa. Saya tak tahu nak kata apa,” sambung Raisuddin yang baru saja menamatkan proses kuarantin kendiri pada semalam.
Reda dengan ketentuan Ilahi, Raisuddin anggap apa yang terjadi merupakan takdir.
“Apa yang berlaku adalah satu ketentuan yang ditetapkan oleh Allah. Bukan rancangan kita atau sesiapa. Ini yang dikatakan takdir.
“Marilah kita sama-sama doakan dia. Doakan agar dia tenang di sana. Kita cuma hanya dapat mengenang, tapi dia takkan kembali,” akhiri Raisuddin yang hilang kata-kata saat mengetahui anaknya sudah tiada.
Sumber : Harian Metro Online
Sumber Foto : Instagram Siti Sarah Raisuddin
Mingguan Wanita : Semoga keluarga Arwah Siti Sarah bertabah menghadapi kehilangan insan yang disayangi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
“Kami semua tolong cari keadilan untuk hang, pusing-pusing tempat kejadian untuk nak cari rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) sebagai bukti”.
Tular di media sosial luahan sahabat kepada Allahyarham Mohammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, yang maut akibat dilanggar sebuah kereta berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati, Ipoh, Jumaat lalu.
Menerusi beberapa video yang dimuat naik di akaun @lpnqis, kelihatan beberapa sahabat Allahyarham berkumpul dan bersama-sama cuba mendapatkan bukti rakaman CCTV ketika kejadian berlaku.
Bantu cari rakaman CCTV sebagai bukti
Katanya, ia bagi mendapatkan keadilan buat Mohammad Zaharif yang maut dalam kejadian tragis berlaku kira-kira pukul 12.40 tengah hari selepas pulang dari sekolah.
Turut dikongsikan juga beberapa keping gambar memaparkan poster yang ditampal di kawasan sekitar beserta gambar Allahyarham ketika masih hidup dengan tanda pagar #JusticeforZaharif.
Sahabatnya juga menyifatkan Allahyarham merupakan insan yang baik kerana sering membantu dirinya ketika dalam kesusahan.
“Hanya Allah je yang tahu betapa rindunya aku dekat hang Zarep. Dialah sahabat susah senang aku. Sebelum ini dialah yang banyak belanja aku makan.
“Banyak nasihatkan aku, selalu ajak aku lepak. Ingat lagi dia pernah ajak duduk bilik sewa dengan dia.
“Tunggu aku dekat ‘sana’ tau. Al-fatihah buat sahabat susah senang, semoga kau tenang disana,” coretnya dalam video tersebut.
Ruangan komen di video tersebut turut dibanjiri sokongan dan semangat serta mendoakan agar pencarian sahabat-sahabat Allahyarham membuahkan hasil.
Terdahulu, Mohammad Zaharif Affendi yang menunggang motosikal dilanggar kereta ketika dalam perjalanan pulang dari sekolahnya di SMK Jati sehingga tular di media sosial.
Susulan itu, seorang pengawai kanan polis dituduh di Mahkamah Majistret Ipoh pagi tadi atas tuduhan membunuh pelajar tingkatan lima itu. Tertuduh, Mohd Nazri Abdul Razak, 44, mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret S. Punitha.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie. Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Mahkamah menetapkan 7 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Baru-baru ini selebriti popular Siti Sarah Raissuddin telah meluahkan perasaannya dan menegur sikap segelintir ahli peniagaan yang sanggup memalukan diri sendiri demi gimik untuk melariskan produk dijual menerusi akaun Instagram milik selebriti ini.
Malah Sarah juga meluahkan rasa kesal semakin ramai peniaga yang terikut-ikut dengan gaya pemasaran tersebut.
Ada Yang Sanggup Jatuhkan Air Muka
“Apa yang saya nak cakap ini mungkin akan menyakitkan hati beberapa pihak, tapi sebagai seorang wanita, Melayu dan Islam, saya harus bercakap fasal benda ni.
“Saya rasa ramai orang yang nak berniaga, terikut-ikut dengan cara ahli perniagaan luar sehingga ada yang sanggup menggoncangkan buah dada, mengenakan pakaian separuh bogel dan sampai sanggup menjatuhkan air muka.
“Sebagai seorang Islam, ada banyak lagi cara untuk buat duit. Insya-ALLAH kita boleh buat duit tanpa mengaibkan diri dan tanpa perlu buat benda yang boleh menjatuhkan maruah kita,” luahnya .
Luah Sarah yang juga isteri kepada pelawak Shuib Sepahtu, biarpun dia juga tidak sempurna, namun tidak pernah terlintas untuk menggunakan pendekatan sebegitu untuk melariskan jualan.
“Dalam dunia ini tak ada orang yang tak buat silap. Saya sendiri tak sesempurna mana sebab diri sendiri pun pernah seksi dan jahil, tapi tak sampai sanggup jual ‘barang’ untuk meniaga. Tergoncang, melompat dan ada yang beraksi atas katil untuk ambil gambar.
“Makin lama makin ramai (mengambil pendekatan sama). Yang pompuan dah sama naik, tak tahu dah yang mana lelaki, yang mana perempuan,” katanya.
“Saya Sendiri Dah Naik Menyampah”
Dalam perkongsian yang sama, Sarah juga mangakui mula meluat dengan pendekatan tersebut yang disifatkan sebagai keterlaluan.
“Saya faham, anda kuat dan dan tidak ada seorang pun yang mampu menjatuhkan anda, kerana mungkin ada yang menjaga. Disebabkan itulah makin lama, makin menjadi.
“Ingat anda saja dalam Malaysia ini yang buat duit? Saya sendiri dah naik menyampah.
“Bagi saya tak perlu nak melompat, goncang-goncang, terkinja-kinja atau tunjuk, kulit pun boleh buat duit banyak,” tegasnya.
Sarah dan Shuib kini merupakan ahli perniagaan berjaya.
Romantisnya ungkapan suami buat Neelofa. Selamat ulang tahun buat Noor Neelofa Mohd Noor yang ke 35. Ibu kepada dua cahaya mata ini cukup bertuah kerana mendapat...