Jodoh tak sampai sebulan, pesakit kanser barah otot (leiomyosarcoma) tahap 4 meninggal. Innalilahiwainailahirojiun. Moga arwah Mohd Hashmi Arifin ditempatkan di kalangan orang beriman dan beramal soleh.

Setiap yang hidup pasti merasai mati. Ia takdir yang tidak mampu dielakkan. Yang ditinggalkan akan hidup dalam kenangan berpanjangan.

Jodoh Tak Sampai Sebulan

Kisah pasangan pengantin yang pernah viral di media sosial sebulan lalu, Siti Marha Azuar yang menerima lamaran suami Mohd Hashmi Arifin walau tahu suaminya itu mengidap kanser barah otot tahap empat berakhir dengan berita yang menyedihkan.

Ini kerana tidak sampai sebulan mendirikan rumahtangga, suami dikasihinya itu disahkan meninggal dunia petang semalam selepas bertarung dengan penyakit bahaya ini.

Jururawat anak dua ini berkongsi berita sedih ini di Tik Toknya dan memaklumkan suaminya meninggal dunia petang semalam.

IKLAN

Sebelum ini di videonya, dirinya menulis, mohon doakan suami saya, Mohd Hashmi Arifin,” tulisnya ringkas pada kapsyen video berkenaan.

Dalam video berkenaan, kelihatan sekumpulan lelaki mengangkat keranda sebelum memasukkannya ke dalam van jenazah.

Di akhir video berkenaan adalah gambar hitam putih Mohd Hashmi dengan dirinya menulis semoga  roh suaminya dicucuri rahmat dan pergi dalam husnul khatimah.

IKLAN

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Murni Hati Jururawat IKHLAS Terima Lamaran Suami, Pesakit KANSER OTOT Tahap 4

Memetik Harian Metro, wanita memiliki hati yang cukup istimewa ini, suaminya meninggal jam 4 petang semalam.

“Suami menghembuskan nafas terakhir di rumah kerana itu permintaan terakhir dia. Dia sanggup tunggu akak (bahasa diri Siti Marha) sebelum ‘pergi’ sebab akak uruskan anak-anak sekolah.

IKLAN

“Memang setia sampai hujung nyawa,” katanya.

Siti Marha memaklumkan suaminya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Kapar, Klang, Selangor.

Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI