“Mama, boleh ke adik masuk syurga…pertanyaan anak derita barah saraf tahap 4 undang sebak. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Kata orang kesakitan dialami anak, semua kesakitan itu akan dirasai sama oleh ibu bapanya. Inilah yang dirasai oleh Nor Adibah Ahmad yang diuji bila mana anak perempuannya, Tuan Nur Afina Sofea Tuan Khalid, 9 tahun diuji dengan derita barah saraf tahap empat.
Jika dulu anaknya masih boleh melihat namun sejak sebulan lalu, kedua belah matanya sudah buta akibat barah ini. Namun beberapa pertanyaan dari anak syurganya ini membuatkan hati keibuannya sebak.
Mama, Boleh Ke Adik Masuk Syurga
“Adik ada banyak dosa dengan mama, boleh ke adik masuk syurga?”demikian ungkapan sayu darinya yang membuatkan naluri keibuannya tersentuh. Malahan hatinya turut sama menangis mendengar pertanyaan anak perempuanya itu.
Kanak-kanak kecil dari Kampung Nail, Kuala Besut ini disahkan menghidap penyakit menderita barah saraf atau neuroblastoma tahap empat sejak November 2020 dan tahap kesihatannya semakin merosot sejak pertengahan tahun ini.
Memetik laporan Sinar Harian, kata Nor Adibah Ahmad, 42 sejak kebelakangan ini Nur Afina Sofea sering bertanya sama ada dosa-dosa yang dilakukan sebelum ini dimaafkan dan adakah dia tergolong dalam kalangan ahli syurga.
Menurutnya lagi, anak bongsu dari empat beradik itu juga pernah memberitahu berasa takut untuk tidur kerana bimbang ‘tidak bangun’ lagi dan tidak dapat membuka mata.
“Dia cakap dia banyak dosa. Dia cakap boleh ke adik masuk syurga sebab adik banyak dosa dengan mama.. dengan ayah.
“Setiap kali teringat apa yang diungkapkan Sofea saya sedih. Tak dapat nak ungkap dengan kata-kata. Sofea anak yang baik. Anak bijak dan pintar serta petah berkata-kata. ALLAH SWT uji Sofea dengan penyakit ini sebab Dia tahu Sofea anak yang kuat.
Ads
“Saya selalu tenangkan hati dia, beritahu dia masih kecil dan tiada dosa. Saya sentiasa maafkan dia dan berharap dapat bertemu dia di syurga,” katanya.
Pertanyaan Anak Derita Barah Saraf Tahap 4 Undang Sebak
Nor Adibah sebelum ini bekerja sebagai pembantu kedai makan namun terpaksa berhenti kerja sejak Mac lalu bagi memberi tumpuan sepenuhnya kepada anak bongsunya itu.
Suaminya, Tuan Khalid Tuan Hamat, 44, yang bekerja sebagai nelayan kini tidak turun ke laut kerana bimbang keadaan kesihatan Sofea yang semakin teruk.
“Masa mula-mula dikesan kena kanser tu mata kanan Sofea sudah kabur dan tak nampak. Rahang sebelah kanan juga mula membengkak. Sekarang ni mata kiri juga alami perkara sama. Kedua-dua mata Sofea kini tidak boleh melihat.
“Sebab itulah Sofea perlu dijaga sepenuhnya. Bengkak pada bahagian kepala Sofea juga mula ketara sejak awal tahun ini,” katanya.
Ads
Nor Adibah memberitahu, Sofea telah menjalani rawatan kimoterapi sebanyak 16 sesi selama setahun bermula 2020 hingga 2021 namun kuman kanser merebak dengan cepat ke bahagian organ tubuhnya yang lain.
Katanya, berat badan anaknya itu juga semakin menyusut sehingga 13 kilogram (kg) daripada 27 kg.
Ustazah Asma’ Harun antara yang turut menziarahi adik Sofea. Sebaknya, “akhirnya Sofea dapat jumpa ustazah, ustazah dah datang ni..” tapi Sofea sudah tak boleh melihat ustazah lagi, kedua matanya telah buta, bulan lepas masih boleh melihat lagi.
Bercerita ketika mula-mula disahkan menghidap penyakit itu tiga tahun lalu, Nur Afina Sofea mengadu sakit pada rahang sebelum diberikan antibiotik.
“Selepas dua bulan makan antibiotik bengkak pada rahang tetap tidak surut. Bila buat pemeriksaan x-ray doktor beritahu tiada apa-apa.Selepas buat CT Scan (ujian imbasan tomografi berkomputer) baru tahu kanser dia dah tahap empat. Waktu tu doktor kata Sofea dijangka hanya mampu’ bertahan’ dua bulan sahaja,” katanya.
Menurut Nor Adibah, walaupun telah disahkan menghidap kanser anaknya sempat menghabiskan persekolahan ketika Tahun Dua di Sekolah Kebangsaan (SK) Kg Nail.
“Selama setahun dia sempat bersekolah. Masa di sekolah dia aktif. Sofea simpan impian nak jadi seorang ustazah, sayangnya tak sempat. Tahun ini dia dah tak ke sekolah selepas tidak boleh berjalan dan perlu didukung. Saya tahu Sofea sedih kerana sudah tidak boleh ke sekolah. Apa jua yang berlaku saya pasrah dan reda. Doktor beritahu bila-bila masa sahaja dia boleh ‘pergi’,” katanya.
Sehubungan itu mana-mana pihak yang ingin membantu meringankan beban keluarga ini boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Agro Bank atas nama Nor Adibah Ahmad (2006361000330941) atau CIMB Bank Tuan Khalid Tuan Hamat (1111841100071469) atau hubungi talian 011-25484775 (Nor Adibah).
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Tiada siapa sangka, cahaya mata sebagai penyambung kasih yang ditunggu selama ini tidak seperti anak-anak normal yang lain.
Namun, pasangan ini redha dan menganggap ini adalah amanah dan rezeki mereka dalam menjaga ‘anak syurga’.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Keadaan bayi ‘hamil’ mengandungkan janin meskipun tidak dapat diterima fikiran namun ia tidak mustahil berlaku dalam dunia perubatan.Kejadian yang berlaku di New Delhi, India, seorang bayi perempuan yang dilahirkan dengan janin tumbuh di dalam tubuhnya selamat menjalani pembedahan baru-baru ini.
Menurut ibu bapa kepada Prinsa Rathava yang kini berusia tujuh bulan, menyedari terdapat benjolan yang tumbuh dengan cepat dalam tubuh anak mereka.
Manish dan Motisingh Rathava membawa bayi tersebut menjalani pemeriksaan di mana sepasukan doktor melakukan pembedahan di Hospital Awam di Gujarat untuk membuang janin cacat itu pada 19 Februari lalu.
Hanya 200 Kes Seluruh Dunia
Dunia perubatan menggelarnya sebagai ‘fetus in fetu’ yang mana keadaan itu jarang berlaku dan hanya 200 kes pernah dilaporkan di seluruh dunia.
Ketua Jabatan Pembedahan Pediatrik, Dr Rakesh Joshi berkata, 130 gram janin dikeluarkan dari bahagian usus dan buah pinggang bayi terbabit.
“Dia harus membesar dengan sihat. Dalam kes ini, janin belum berkembang itu mempunyai jalur vertebra normal, tisu otak, kepala, tunas anggota badan dan dubur.
Ibu bapa bayi tersebut mula menyedari struktur seperti benjolan itu ketika dia berumur lima bulan. Benjolan itu kemudiannya membesar pada kadar membimbangkan.
“Pembentukan itu berlaku disebabkan oleh pemisahan kembar tidak lengkap yang gagal berkembang dan sebaliknya menjadi parasit dalam badan kembar yang sihat,” jelasya.
Ujarnya lagi, prosedur pembedahan itu agak sukar, namun Prinsa semakin pulih, tiada komplikasi pada masa depan dan dia akan membesar secara normal.
Macam-macam jenis penyakit ada, jaga pemakanan dan gaya hidup serta berdoalah banyak-banyak agar diberi kesihatan yang baik buat diri dan keluarga kita.
Pengalaman bengkak susu yang pernah dialami bagaikan mimpi ngeri sewaktu dalam pantang selepas bersalin anak pertama.
Pada waktu itu pelakon Ezzaty Abdullah terpaksa melakukan pembedahan selepas disahkan mengidap Breast Abscess (nanah payudara) atau bengkak susu.
Pengalaman Bengkak Susu
Menerusi perkongsian terbaru di akaun Instagramnya, isteri kepada Azwan Kombos ini sekali lagi mengalami bengkak susu sewaktu masih dalam tempoh berpantang selepas melahirkan anak keduanya.
Pada 11 Februari lalu, Ezzaty selamat melahirkan bayi kedua. Sedang menjalani proses berpantang sekali lagi dirinya diserang bengkak susu hingga tiga kali demam.
Namun dia bersyukur kerana kali ini tidak perlu menjalani pembedahan.
“Tiga kali demam menggigil satu badan sebab menahan sakit.
“Sudah hujung-hujung berpantang ni masih kena lagi. Alhamdulillah semuanya ok. Sakit ni penghapus dosa kecil. Syukur tak perlu operate macam dulu,” luah Ezzaty.
Jangan Sampai melarat
Malah Ezzaty juga sempat menitipkan pesanan agar ibu-ibu yang baru melahirkan anak agar jangan pandang ringan tentang hal ini.
“Para ibu kat luar sana, bengkak susu bukan satu perkara yang boleh dibiarkan ye.
“Jangan sampai melarat dan bernanah, nanti kena operate, sakit sangat tau!
“Boleh google “breast abcess” untuk tahu lebih lanjut.
“Saya bukan pakar, saya bercakap melalui pengalaman je. Sila rujuk pakar bila bengkak tak surut ya ibu-ibu,” luahnya.
Menerusi ruangan komen ramai yang mendoakan agar Ezzaty dipermudahkan segala urusan dan cepat sembuh. Malah warganet juga berkongsi pengalaman mereka sendiri bila berhadapan dengan bengkak susu.
Nama penyanyi Lan Solo menjadi perhatian ramai beberapa hari ini. Susulan kemelut yang melanda melibatkan permohonan maaf dan isu saman oleh Penyanyi Siti Nordiana. Namun demikian penyanyi ini mengambil langkah berdiam diri tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan susulan isu tersebut, malah memilih untuk mendahulukan urusan keluarga terlebih dahulu.
Ayah Lan Solo Meninggal Dunia
Terkini, dilaporkan isteri kepada penyanyi, Lan Solo iaitu Sheila Hassim memaklumkan khabar pemergian bapa mentuanya, Mohamed Yusof Isa yang menghembuskan nafas terakhir di Hospital Taiping, Perak pada pukul 4 pagi, hari ini.
Berita duka itu dikongsi menerusi Instagram Sheila dengan memuat naik sekeping gambar hitam putih menyaksikan bekas vokalis kumpulan Kristal sedang berdiri di luar Wad Bunga Raya hospital tersebut.
“Akhirnya selesai sudah urusan dunia ayah mentua saya. Kami memilih mendahulukan urusan keluarga. Sudilah kiranya kalian sedekahkan al-Fatihah untuk beliau.
“Untuk semua kaum keluarga dan teman-teman rapat yang sangat memahami keadaan ketika ini. Terima kasih banyak-banyak. Hanya kalianlah pembangkit semangat buat kami ketika masa-masa begini.
“Sepanjang hari ini kami akan sedikit sibuk untuk urusan pengebumian. Insya-Allah mohon semuanya diberi kelancaran,” jelas isteri penyanyi itu.
Rakan Artis Ucap Takziah
Meninjau akaun IG Lan Solo atau nama lengkapnya Mohd Razlan Mohamed Yusof, 36, Ahad lalu dia ada memuat naik perkongsian bapanya dikejarkan ke hospital kerana kesihatan kurang sihat.
Antara sahabat artis yang turut mengucapkan takziah diruangan komen seperti Tomok, Fitri Haris, Almy Nadia, Mila Jirin, Shiha Zikir, Feeya Iskandar, Ezlynn, Liza Hanim, Zoey Rahman, Ayu Damit, Indah Ruhaila dan ramai lagi.
Mingguan Wanita : Salam takziah buat keluarga Lan Solo atas pemergian ayah tersayang. Semoga diberi kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi dugaan ini.Semoga dipermudahkan segala urusan dan diberi penyelesaian yang terbaik atas apa jua kemelut yang berlaku ketika ini.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Zahnita nekad bercerai, suami tiada usaha memujuk. Seperti yang diketahui umum pergolakan rumah tangga di antara bekas supermodel dan pelakon Zahnita dan suaminya, Abdul...