Putri Ariani terpilih ke akhir AGT 2023, Simon Cowell puji suara sangat indah. Di sebalik kekurangan dialaminya, Allah mengurniakan kelebihan lain. Suaranya berjaya memukau jutaan ramai saat tampil sebagai peserta di pertandingan America’s Got Talent 2023.

Dan tuah menyebelahinya apabila komposer popular, Simon Cowell memberinya golden buzzer sehingga memberi laluan mudah untuknya ke peringkat separuh akhir AGT 2023 semalam.

Takdir telah tertulis buatnya  dalam pertandingan separuh akhir semalam, Putri Ariani membuktikan bakat yang ada di sebalik kekurangan dialaminya apabila  layak ke pertandingan berprestij mencungkil bakat baru ini apabila layak ke akhir America’s Got Talent 2023.

Membawakan lagu  U2 berjudul I Still Haven’t Found What I’m Looking For, Putri Arini datang dengan versi tersendiri sambil duduk bermain piano.

Dan sekali lagi, Simon Cowell Kembali mengagumi dirinya apabila kehilangan kata-kata selepas menyaksikan persembahan dari gadis berbakat ini.

“Saya sebenarnya agak kehilangan kata-kata sekarang. Sungguh indah suara kamu. Versi yang cukup indah. Dan sejujurnya Putri, disebabkan inilah saya masih buat pekerjaan ini.

“Seikhlasnya untuk momen-momen seperti ini. Ia (persembahan) sangat indah,” katanya.

IKLAN

Tiga juri lain iaitu Sofia Vergara, Heidi Klum, dan Howie Mandel juga sangat bersetuju persembahan berkenaan antara yang terbaik pernah mereka saksikan.

Dan khabar berita dirinya berjaya ke peringkat akhir diumumkan oleh pihak produksi AGT di media sosial rasmi mereka.

“@arianinismaputripunya sesuatu untuk membuatnya tersenyum. Dia menuju Finale #AGT!” ungkap AGT.

 Selain Putri Ariani, lima lagi peserta mengiringinya iaitu  Mzansi Youth Choir, Lavender Darcangelo, Adrian Stoica and Hurricane, Ahren Belisle, dan Murmuration.

IKLAN

Pusingan akhir AGT 2023 ini akan berlangsung pada 26 September akan datang.

BACA ARTIKEL LAMA DI SINI :– Suara Merdu Putri Ariani Di America’s Got Talent Dapat Golden Buzzer Dari Simon Cowell

Makna Di Sebalik Lagu Viral SIKOK BAGI DUO, Penyanyi Disiasat Polis Kerana Liriknya Negatif

“Saya Bukan ‘Cacat Anggota’ Tapi ‘Cacat Otak’,” Penyanyi Zaiton Sameon Syukur Layak Mohon PPR

IKLAN

Penyanyi Dangdut AMELINA Luah Rasa Syukur, Anak Sulung Berjaya Raih Diploma!

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Teruk sangat dah nie. Hari ini saja ada 3 laporan dari ibu bapa berbeza mengenai guru yang menampar dan suka mencubit murid. Ikuti temubual eksklusif MW jam 8.30 malam ini bersama Puan Zanariah Mohd Zabidi, berkaitan isu anak ditampar di muka oleh guru.

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI