Air tenaga. Inilah air yang menjadi pilihan untuk diminum. Tapi bukan hanya bulan puasa, bulan lain pun boleh. Cuma ia cukup popular kalau tiba bulan Ramadan.
Selalunya, mak-mak lebih suka hidangkan minuman milo, coklat atau susu untuk bantu anak beri tenaga pada siang hari di bulan Ramadan. Tanpa kita sedar ada air tenaga yang sangat membantu anak-anak kita kekal segar dan tenaga sepanjang hari.
Bukan hanya untuk anak-anak, orang dewasa pun boleh amalkan minum air ini. Buat malam dan minum semasa sahur.
Minuman yang sebenar untuk sahur adalah air nabeez. Bukan air coklat, bukan air bijirin, bukan air manis.
Inilah minuman yang saya tak tinggal minum bila berpuasa waktu mengandung dan menyusu dulu.
Saya pernah mengandung, mengandung dan menyusu dalam tahun yang sama, menyusu dua anak dalam tahun yang sama waktu Ramadan.
Alhamdulillah, Allah izin dengan usaha saya amalkan air nabeez, saya dapat jaga waktu puasa Ramadan dari Subuh hingga Maghrib dengan izinNya.
Waktu tak mengandung dan menyusu pun, saya masih minum air tenaga ni bila berpuasa. Bagi anak dan suami kita minum jugak. Satu keluarga lah senang cerita.
Air yang beri tenaga berpanjangan sampai waktu berbuka, dengan izinNya.
Masuk dalam jug, tambah air, ikut keperluan keluarga kita minum banyak mana.
Buat waktu malam, tinggal di suhu bilik dan minumlah waktu sahur. Boleh buat untuk minum satu hari je.
Lebihan kurma dalam air, kalau tak nak terus makan, waktu berbuka nanti blend dengan susu atau santan, dah jadi kurma milkshake.
Air Nabeez, rendaman kurma atau kismis, air yang jadi amalan Rasullullah S.A.W.
Apa yang Nabi buat, tak ada satu pun yang sia-sia kan. Apa yang Nabi tunjukkan, semuanya bawa manfaat untuk ummat kan.
Kita boleh cuba buat dan rasai perbezaannya.
Caranya:
1. Boleh guna mana-mana kurma
2. Carikkan kurma, biji jangan buang.
Ads
3. Masuk kurma dan biji dalam jug
4. Kemudian tuang air.
5. Tinggalkan semalaman. Biar je suhu bilik
Ads
6. Masa sahur nanti warna dah berubah sikit.
7. Tuang dalam cawan.
8. Bagi anak minum untuk tenaga sepanjang waktu puasa.
Mingguan Wanita : Bukan hanya tunggu bulan Ramadan saja untuk minum air nabeez tapi boleh saja bila-bila masa. Selamat berpuasa.
Makanan suku kaum di Malaysia memang unik dan pelbagai. Salah satu makanan yang menarik boleh dicuba ialah ‘Sanggar Pappek’ yang merupakan makanan tradisi bagi kaum Bugis. Cara pembuatannya pula cukup istimewa iaitu pisang yang digoreng perlu ‘dipukul’ kemudian digoreng sekali lagi untuk dimakan dengan sambal.
Untuk tahu cara buat ‘Sanggar Pappek’ ini, boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Muliati Mohd Yunussebagai panduan;
“Alhamdulillah..rezeki pisang petang tadi dari kebun belakang rumah.”
“Saya kongsi resepi ‘sanggar pappek’ maksudnya ‘pisang dipukul’. Ni makanan suku kaum Bugis di Sabah..kalau ada yang biasa makan, kita geng. Mana tau ada hasil pisang di kebun, boleh la cuba ya”
Cara Membuat:
1.Guna pisang yang tua atau separuh tua pun boleh juga.
2.Tip yang saya selalu buat, bila saya kupas kulit pisang, saya akan kupas dibawah air yang mengalir,supaya getahnya tak melekat ditangan.
3.Dah kupas macam ni.
4.Selepas itu, panaskan minyak,goreng bulat macam tu. Goreng separuh masak ya.
5.Lepas angkat,toskan dan tunggu agak-agak lima minit baru pukul. Macam-macam cara orang guna tapi cara saya guna lesung batu. Lapik bawah lesung tu guna plastik, tak kira plastik apa.Yang penting kena bersih.Letak 1 persatu pisang di bawah dan pukul (hentakkan perlahan-lahan).
6.Naa…akan jadi seperti ini bila dah pukul.
7.Lepastu..kita akan goreng sekali lagi. Kali ni goreng sampai masak sepenuhnya (agak-agak nak gareng macam mana,terpulang).
8.Akhir sekali, macam ni la kejadiannya. Boleh makan dengan sambal kesukaan sendiri.
MW: Jika selalu pisang di goreng dengan tepung, dibuat kerepek atau pengat, rupanya sedap juga bila dibuat ‘Sanggar Pappek’. Jika mak-mak ada pisang di rumah tu, boleh cuba resipi yang dikongsikan ini.
Bila memikirkan menu minum petang untuk anak-anak dan keluarga, adakalanya naik buntu dibuatnya.Jika selalu kita buat pau goreng berintikan sambal ikan bilis, namun sebenarnya kita boleh pelbagaikan dengan golek doh atas serbuk roti dan letak sos carbonara yang lemak berkrim. Sesuai sangat buat untuk anak-anak, malah kalau nak buat jual pun boleh sangat.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Che Fyqah ini.
Masak apa harini? Itu lah kehidupan seoarang isteri dan ibu. Walaupun bertitle ibu tiri.. tapi tak pernah nak membahagi kasih sayang di antara anak tiri dan kandung. Sentiasa fikirkan untuk kenyangkan perut suami dan anak-anak. Semoga Allah memberi balasan yang baik buat kita.
Ni resepi dia abang kakak adik.
Bahan-Bahan:
2 cawan tepung gandum
1 sudu besar yis
3/4 cawan air suam
2 sudu besar gula
1 sudu besar marjerin
1 sudu kecil baking powder
Cara Membuat:
1.Satukan dulu yis, gula dan air suam dalam gelas. Kacau rata. Selepas itu, satukan tepung gandum dan baking powder dalam bekas.
2.Tuang air yis tadi. Takyah tunggu yis kembang. Kacau rata. Uli. Uli gitu-gitu je. Bila dah rata sikit, letak marjerin.
3.Uli lagi sampai licin sikit dohnya. Pastu perap sejam.
4.Dah perap, tumbuk doh. Bahagikan kepada beberapa bahagian. Pastu bulat-bulatkan.
5.Kemudian celup dalam telur dan golek-golek dalam serbuk roti.
6.Selepas itu, perap lagi dalam 30/40 minit. Goreng dengan api perlahan.
Siap.
Inti dia pakai Sos Carbonara saje. Tumis bawang holand dan bawang putih, cincang sosej dan tumis dengan lada hitam. Campur kiub ayam sikit, letak air sikit. Agak-agak dah pekat baru tutup api. Nak letak inti apa-apa pun boleh.
Bagi masyarakat Tionghua, Yee Sang merupakan hidangan wajib ada dan disediakan ketika makan besar setiap kali meraikan sambutan Tahun Baru Cina bersama keluarga.Hidangan ini sebenarnya bukan saja-saja dihidangkan tapi punya simbolik dan makna yang tersendiripada perayaan ini.
Sebagai masyarakat Malaysia yang hidup bersama dengan kaum Cina tak salah kalau kita pun turut mengetahui simbolik Yee Sang ini. Apa pun hormati budaya dan adat agama lain, agar kita dapat hidup dalam keadaan harmoni di negara ini.
Perlu Tahu!
1. Masyarakat Cina percaya bahawa semakin tinggi Yee Sang diangkat ketika digaul, maka lebih banyak kemakmuran yang bakal dinikmati sepanjang tahun. Menu ini biasanya disajikan sebagai hidangan pembuka dan dianggap sebagai simbol penyatuan, kemakmuran dan lambang kemurahan rezeki yang akan diperoleh sepanjang tahun tersebut.
2. Dalam bahasa Cina, perkataan “Yee” bermaksud ikan yang turut membawa pengertian lain iaitu kekayaan berkekalan. Perkataan “Sang” pula merujuk kepada mentah dan turut mempunyai maksud lain iaitu hidup serta kebangkitan. Pendek kata, hidangan Yee Sang ini melambangkan simbol kemewahan dan panjang umur.
3. Inti Yee Sang biasanya terdiri daripada bahan-bahan seperti ikan mentah (salmon), hirisan sayur-sayuran seperti lobak merah, lobak putih, bijan, kekacang yang ditumbuk, halia, buah abung (pomelo), jus limau, serbuk lima rempah dan keropok rangup. Kesemua inti tersebut akan disusun secara rapi di atas sebuah pinggan bulat.
4. Sebelum proses menggaul Yee Sang dimulakan, sos plum yang mempunyai rasa masam dan manis akan dituang dan disusuli dengan tindakan memicit jus limau pada ikan mentah bertujuan untuk mengelakkan kemasukan bakteria selain menyedapkan rasa ikan itu. Selepas sos dituangkan, tibalah detik-detik yang dinanti-nantikan oleh semua iaitu proses menggaul Yee Sang .
5. Proses menggaul Yee Sang mempunyai cara yang tersendiri kerana semua inti Yee Sang itu digaul bersama secara agresif menggunakan penyepit oleh mereka yang berkumpul di keliling meja bulat.
6. Mereka yang berkumpul di keliling meja bulat digalakkan untuk menjerit perkataan ˜Lou Hei”. Dalam konteks ini, perkataan “Lou” bermaksud menggaul manakala “Hei” pula ialah naik.
7. Semakin tinggi Yee Sang itu diangkat dan digaul, maka lebih banyak kemakmuran yang bakal dinikmati sepanjang tahun. Selain kemakmuran yang ingin dicapai, masyarakat Cina turut percaya bahawa perkataan “Lou Hei” dijerit dengan harapan ia dapat memberi kesihatan lebih baik kepada seseorang.
Menarik bukan!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
"Jika ada masalah, tenangkan diri…” Pasangan yang mendirikan rumah tangga pastinya mahu kehidupan yang kekal hingga ke anak cucu. Tidak ada satu pasangan pun...