Untitled design (13)

Cuaca panas ketika berpuasa, memang nikmat tak terkata apabila dapat minum dan berbuka puasa dengan air penyejuk badan Lai Chi Kang ini. Meskipun bahan-bahan dan ramuan yang digunakan agak banyak namun minuman ini dikatakan mempunyai banyak khasiat tersendiri. Bagus untuk kesihatan dalaman serta boleh meredakan panas dalam badan.

Buat sendiri Air Lai Chi Kang ini di rumah lebih jimat dan berbaloi. Memang puas hati, malah mudah je nak buat.

Ikut resipi dan cara yang dikongsikan oleh Ariff Budiman Zainal Abidin ini sebagai panduan;

Pagi tadi saya ke markit. Hari ni cadang nak buat air Lai Chi Kang. Kebetulan ada kedai yang jual timbang jadi tak la beli dalam kuantiti yang banyak. Nak minum beli dan buat. Saya beli bahan seperti dalam gambar.

Bahan-Bahan:

Barli
Getah Anggur
Kundur
Biji Selasih
Kismis
Gula Batu
Kembang Semangkuk
Longan Kering
Kurma Merah
Gula Kabung/ Gula Merah
Kulat Kering
Sehelai Daun Pandan
Air secukupnya

Puas Hati Buat Sendiri Air LAI CHI KANG, Hilangkan Dahaga Sejukkan Badan!

 

Puas Hati Buat Sendiri Air LAI CHI KANG, Hilangkan Dahaga Sejukkan Badan!

IKLAN

Cara Membuat:

1. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk, kecuali biji selasih dan kembang semangkuk. Rebuskan sehingga bertukar warna dan jadi lembut.

Puas Hati Buat Sendiri Air LAI CHI KANG, Hilangkan Dahaga Sejukkan Badan!

2. Sementara itu, rendam biji selasih dan kembang semangkuk hingga kembang.

Puas Hati Buat Sendiri Air LAI CHI KANG, Hilangkan Dahaga Sejukkan Badan!

IKLAN

3. Kemudian satukan semua bahan-bahan dan biarkan sejuk. Boleh juga ditambah dengan kiub ais.

Puas Hati Buat Sendiri Air LAI CHI KANG, Hilangkan Dahaga Sejukkan Badan!

Selamat mencuba.

IKLAN

Info Ekstra!

  • Bahan-bahan macam ni biasanya boleh di beli di kedai jual ubat-ubat cina.

Mesti Baca:Lai Chi Kang Penyejuk Tekak,Buat Sendiri Puas Hati Boleh Letak Macam-Macam
Baca Lagi Di Sini:Peniaga Sedekah Resipi Air Balang Keladi Aiskrim Vanilla Untuk 40 Liter!
Artikel Menarik:RESIPI Air Balang Ais Lemon Pudina Laici Asam Boi, ‘Laku Keras’ Habis Setiap Hari!

Mingguan Wanita:Sedapnya minum air Lai Chi Kang waktu berbuka ni. Bukan sahaja dapat hilangkan dahaga, malah ramuannya sangat berkhasiat dapat sejukkan badan. Boleh cuba buat sendiri di rumah nanti.

Sumber: Ariff Budiman Zainal Abidin

Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI