Aiskrim vanila homemade. Selalunya, nak cepat dan mudah, mak-mak beli saja kat kedai. Tapi, bila anak-anak makan, sekali hadap saja. Maklumlah kegemaran anak.

Kalau nak dikira, dari segi harga pun boleh tahan juga, bergantung pada jenama juga. Satu dah gernti tak cukup. Tambah-tambahkalau perasa vanila atau coklat.

Apa kata kita buat sendiri aiskrim vanila homemade. Rasanya sama macam kedai. Lagi jimat dan mudah untuk mak-mak buat banyak.

Baca Artikel Menarik Di Sini: Puff Inti Kastard Campur Kaya ‘Sangat Creamy Macam Aiskrim Vanila’

Resipi Aiskrim Vanilla Homemade Gebu & Halus, Senang Buat Mesti Jadi!

Aiskrim Vanila Homemade, Lebih Jimat

IKLAN

Buat penggemar tegar aiskrim, boleh buat sendiri. Rasanya sedap dan memang jimat banyak. Paling best, hanya guna blender saja.

Bahan:

1 tin susu cair
Setengah tin susu pekat (boleh kurangkan kalau tak nak manis)
1 sudu besar ovalate
2 penutup esen vanila (nak sedap guna creamy vanilla)
1 sudu kecil tepung jagung

Caranya:
Kisar semua bahan di atas sehingga likat.
Selepas itu masukkan ke dalam bekas.
Letak dalam peti ais sejuk beku.
2-3 jam dah boleh makan dengan anak-anak.

IKLAN

Resipi Aiskrim Vanila Homemade Pakai Blender, Rasanya Sama Macam Beli Kedai

Selamat mencuba.

Mingguan Wanita : Senang sangat nak buatnya. Anak-anak pun mesti suka. Kalau nak perasa milo, boleh saja letak milo pula kan.

IKLAN

Sumbe: Nur Halim

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI