berniaga-air-balang

Lelaki ini, Faridzul Asyraf Mat Arifin berkongsi kira-kira dan panduan buat anda yang mahu berniaga air balang. Dengan modal permulaan sebanyak RM2000.

Dalam tempoh sebulan, anda boleh buat balik modal dan akhirnya upah pembantu. Selepas aset ditambah dan ditambah, siapa sangka anda boleh buat besarkan perniagaan dengan bantuan modal pihak bank.

Namun, untuk merealisasikannya, ada langkah yang perlu anda ikut. Hadamkan betul-betul ya.

Bermodal RM200, Berniaga Air Balang Dengan Betul

RM2000 dan Niaga Secara Proper

1) Kalau ada RM2000, guna RM1000 je (separuh) RM1000 lagi guna masa kecemasan.

2) RM1000 ni boleh beli 2 balang ajelah, khemah, meja dan stok. Nak jimat beli second hand.

3) Daftar SSM, kalau nama personal RM40 nama komersil rm80 setahun. Buka acc bank. Ni tengok bank ada yang nak kena deposit dulu, cari yang deposit rendah.

4) Buat kira-kira. Kalau niaga pasar malam/tempat orang jual air jugak, tengok harga dia jual tu. Kena lebih kurang takleh lari. Mahal orang tak beli, murah nanti orang lama tak puas hati. Kalau buka tepi jalan pacak khemah je, yang ni boleh ikut sesuka hati kiralah costing.

Baca sini : ‘Pergi Bazar Macam Nak Beli Semua, Maklumlah Perut Kosong’ Boleh Membeli Cuma Berhati-hati

IKLAN

5) Sebalang 38L boleh untung RM80 kalau jual habis. 2 balang RM160. Kita niaga sendiri kan jadi gaji ameklah RM50 sehari. Balance RM110 bawak masuk bank tadi.

6) Ulanglah step ni sebulan. Kena ingat ada hari hujan, ada hari cerah. Masa ni kena pandai tengok ramalan cuaca.

7) Sebulan bolehlah ada dalam RM1800+ dalam bank. Dah boleh upah pembantu sorang. Tambah aset, tambah balang.

Dah ada pembantu, kerja kita kena push marketing lebih. Buat social media fb, ig percuma ja. Bagi online presence menarik. Kemah pun kena invest beli nampak cantik.

9) Ulang lagi step ni hingga 3-6 bulan

Baca sini : Resepi Air Balang Ais Lemon Pudina Laici Asam Boi, Laku Keras Habis Setiap Hari

IKLAN

Selepas Berniaga 6 Bulan

10) Nak besarkan perniagaan macam bukak 1 lagi ke or buat branding, nak kena ada modal lebih, boleh buat loan institusi kewangan.

11) Bank nak tengok rekod transaksi dan ending balance. Kita bertuah ada AIM dan Tekun yang tak tengok sangat kalau 10k boleh je dapat 2 ni mudah takde rekod cantik pun.

12) Dah dapat aim atau tekun, kena tambah ilmu accounting. Buat cashflow secara proper. Target jualan biarlah 1k sehari untuk satu lokasi.

13) Ulang step 6-9 bulan lawa cashflow boleh mohon bank. Kena ada ilmu bank apa yang offer rate murah. Sekarang nak dekat PRU ni banyak kerajaan buat inisiatif. Kita takyah main politik sangat tapi bantuan kena alert.

14) Agro Bank sekarang ada buat loan 3.5% sahaja. Antara termurah, boleh apply.

IKLAN

15) Cukup setahun audit bayar cukai. Kenapa bayar cukai sebab bank tengok jugak nilai kita bayar cukai berapa untuk bagi pinjam lebih.

16) Dah cukup 2 tahun atau sale harian 3-5k, bolehlah buat syarikat sdn bhd. Kenapa sebab lagi banyak bantuan dan cukai pun rendah.

17) Masa ni nak buat loan rumah, loan kereta semua mudah. Tak nak buat loan pun. Nak buat bisnes, buat secara proper.

Saya doakan anda semua berjaya, doakan saya juga

Mingguan Wanita : Nampak kan flow bisnes tu macam mana. Semoga boleh istiqamah dan terus maju jaya dengan perniagaan anda kelak.

Sumber/Foto : Faridzul Asyraf Mat Arifin

Beli BALANG AIR di sini : https://invol.co/claaz8r

https://www.youtube.com/watch?v=Ow4p3Lu87Oc

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI