Sedapnya air balang Ais Lemon Pudina Laici Asam Boi ini, memang ‘laku keras’ bila jual di bazar Ramadan, malah habis terjual setiap hari!

Setelah seharian berpuasa, saat menantikan waktu berbuka bila minum air sejuk yang sempurna rasa masam, manis dan segar cukup melegakan tekak. Malah boleh juga dijual di Bazar Ramadan, memang habis dan ramai yang suka.

Boleh ikut resipi daripada Puan Nur Hanisah Kamaluddin ini yang pernah menjual air balang di Bazar Ramadan sebagai panduan.

Saya nak share resepi Air Balang “Ais Lemon Pudina &Ais Lemon Pudina Laici Asam Boi” sebelum ni saya dah pernah share tahun lepas.

Saya halalkan resepi saya ni yg tak seberapa, sesuai untuk jual di bazar. Insyallah laku keras habis setiap hari. Yang pasti sedap fresh, boleh ketagih bila minum tak mau dah air lain.

Sukatan untuk 1 Balang Air.

Bahan-Bahan:

Daun pudina RM2.00
4 biji Lemon
100g Sunquick Oren 
100g Serbuk Asam Knor 
1 liter Air Gula

RESIPI Air Balang Ais Lemon Pudina Laici Asam Boi, ‘Laku Keras’ Habis Setiap Hari!

Lagi Menarik: Air Viral ‘Dragon Mix Fruits’ Minuman Kegemaran Keluarga, Waktu Berbuka Berebut Adik Beradik!

IKLAN

RESIPI Air Balang Ais Lemon Pudina Laici Asam Boi, ‘Laku Keras’ Habis Setiap Hari!

Cara Membuat:

1. Kisar 3 biji lemon dengan 2 liter air. Amik air sahaja hampas buang masuk dalam bekas air. Masukkan 1 liter Air gula.
2. Sunquick dan serbuk asam knor masukkan sekali 1 liter air panas. Kacau-kacau masukan dalam bekas air lemon tadi.
3. Masukkan air batu, pati air lemon, masuk air masak agak-agak je. Hiris 1 biji lemon, daun pudina, kacau-kacau siap untuk minum.

RESIPI Air Balang Ais Lemon Pudina Laici Asam Boi, ‘Laku Keras’ Habis Setiap Hari!

Nota!

  • Kalau nak buat banyak gandakan sahaja.
  • Kalau nak buat banyak pastikan kena tapis banyak 2@3 kali.
  • Boleh simpan dalam freezer pati air lemon ni.
  • Boleh pelbagaikan jenis buahan tin @ fresh ikut citarasa sendiri.

RESIPI Air Balang Ais Lemon Pudina Laici Asam Boi, ‘Laku Keras’ Habis Setiap Hari!

IKLAN

Salam Ramadhan kepada semua rakan-rakan dan keluarga yg mengenali saya.Maafkan segala khilaf dan salah sepanjang perkenalan kita.. Semoga segala amal dan ibadah kita sepanjang Ramadhan diberkati dan di redhai oleh Allah swt.

Mingguan Wanita: Wah menariknya, terasa kesegaran air Ais Lemon Pudina Laici Asam Boi ni. Sempurna rasa masam, manis melegakan tekak kehausan  dan dahaga sewaktu berbuka.

Mesti Baca: Sedapnya Air Berbuka Puasa Resipi Sheila Rusly Ni, Terus Hilang Dahaga!

Artikel Popular: Masih Ada Pasangan Nikmatilah Ramadan Ini Sebaiknya, Solat, Berbuka & Bersahur Bersama!

IKLAN

Betul ke perkahwinan satu taruhan? Ikuti penjelasan ini.

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita

Betul ke wanita yang berdikari tu ancaman bagi lelaki? Ikuti penjelasan ini.