Sebenarnya Sos Spaghetti juga boleh disejuk bekukan sebagai persediaan untuk Ramadan nanti.Memang mudah dan jimat masa, tinggal tumis dan letak daging cincang je. Menariknya boleh tahan lama 6 bulan hingga 2 tahun.
Ikut resipi dan cara buat Sos Spaghetti Bolognese seperti yang dikongsikan oleh Puan Erni Abu Samah ini.
Sementara ada mood ni kita buatlah sos spaghetti frozen stanby untuk Ramadhan. Biasa dah hujung-hujung tak lalu dah nak makan nasi. Frozen tu boleh tahan 2 tahun tanpa perubahan rasa.
Nak kupas kulit tomato tu yang malas, 6 kilo dapat buat 5 kali makan. Tinggal tumis daging cincang je nanti baru masukkan sos segera. Bahan lain semua dah ada dom sos tu.
Ni kalau retort ni boleh buat bisness ni. Rasa lagi sedap berganda dari brand terkenal dalam botol perasan kejap.
Bahan-Bahan:
7kg tomato merah buang kulit dan biji
5 biji bawang besar didadu
15 biji bawang putih dipecahkan dan didadu
2 sudu besar Oregano *serbuk kering
2 sudu besar parsley *serbuk kering
2 sudu besar basil *serbuk kering
2 susu besar chili flakes
2 sudu besar lada hitam
Bay leaves
2 tin besar tomato puri
2 tin cendawan hiris (optional) taruk masa 1/2 jam terakhir
3 ke 4 sudu besar garam
2 sudu besar gula
Baca Lagi Di Sini: Nak Beli Mahal, Buat Sendiri ‘Parsley Flakes’ Guna Air Fryer, JIMAT!
Cara Membuat:
1. Panaskan sedikit minyak jagung.
2. Tumis bawang besar and bawang putih, jangan garing, cukup layu je.
3. Masukkan tomato yang diblender halus
4. Kemudian, masukan tomato puri.
5. Masukkan pula garam dan gula.
6. Masukkan lada hitam dan herbs.
7. Masak atas api kecil dalam 2 jam. Kurang 2 jam sikit pon boleh.
Dah siap masak, simpan dalam freezer boleh tahan 6 bulan. Peket kecik-kecik. Saya biasa boleh simpan 2 tahun kalau masak 2 jam. Rasa lagi sedap.
Notes:
- Bila nak makan hanya perlu tumis daging cincang, tambah sos di atas, adjust garam atau tambah meatball.
- Boleh jadi sos lasagna atau pizza.
- Tak buang kulit dengan biji pun boleh tapi tak sedap sangat.
- Nak buang kulit kelar ‘X’ kat tomato. Celur dalam air mengelegak sampai nampak kulit terkoyak. Kupas macam pisang. Jangan lama nanti lembik.
- Untuk 7kg muat kuali saiz 36.
Semoga bermanfaat! Selamat Mencuba.
Mesti Baca: Ikut Resipi Ni Dapat Buat World Class PASTA CARBONARA Dekat Rumah!
Lagi Menarik: Cara Buat Chicken Meatball Bolognese Dengan Cheese Ala Pizza Hut, Sedap Cair Meleleh!
Mingguan Wanita: Wah bolehlah cuba buat sendiri sos spaghetti Bolognese frozen ni dekat rumah.Tinggal tumis daging cincang je nanti. Tahan 6 bulan hingga 2 tahun, jika dimasak selama 2 jam. Memang mudah & jimat masa.
Sumber: Erni Abu Samah
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita
ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!
Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.
Klik link ini untuk daftar penyertaan: https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-aura-wanita-pantang-dicabar/ atau whatsapp : http://www.wasap.my/60196328758/DaftarAura
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI