Buat sendiri Sos Putih Arab (Thoumiah), cicah ayam atau daging bakar, memang sedap dan puas hati makan. Bukan apa, jika selalu makan di restoran makanan arab, mesti selalu jumpa sos putih Arab (Thoumiah) ni.Terutamanya jika kita beli shawarma. Rasanya memang sedap, lemak masam dan wangi bawang putih.

Namun bila beli memang tak puas makan sos ni, selalu dapat sikit je. Lebih puas hati makan bila kita buat sendiri je. Nak buat pun mudah.

Ikut resipi dan cara yang dikongsikan oleh Hazieq Azie ini.

Sos Putih arab(Thoumiah). Biasa kalau beli shawarma mintak add extra 2 benda. Pickle dan sos Putih ni. Disebabkan 1 bekas 4oz yang kecil tu, agak mahal. Maka version sis buat ni..Puas makan. Buat ratah-ratah.

Bahan-Bahan:

2 biji Putih telur
9 ulas Bawang Putih
Garam 1/2 sudu teh (ikut Masin Masing-masing)
Lemon separuh (perah ambil jus)
Minyak masak @minyak sayur 1 1/2cawan

Cara Membuat:

1.Blend semua bahan. Cuma masukkan minyak masak sedikit demi sedikit untuk kegebuan yang memuaskan.

2.Dah sebati semua, sedia untuk dimakan.

IKLAN

3.Tak habis, simpan dalam peti ya. Cicah ayam dging bakar, halah… Lazezzz.

Selamat mencuba semua.

Baca Lagi Di Sini: Sos Cili Rasa Pedas-Pedas Manis! Wanita Ini Kongsi Resepi Arwah Umi

IKLAN

Artikel Popular: Chef Kongsi FORMULA Sukatan Hasilkan Sos Cili Sendiri, Siap Boleh Buat Jual!

Mesti Baca: Wanita Ini Kongsi Resepi Sos Pedas Asam Jawa Original Thai, Sesuai Dibuat Bahan Pencicah Segala Jenis Daging

Mingguan Wanita: Menariknya boleh buat sendiri Sos Putih Arab (Thoumiah) ini. Puas hati makan boleh cicah dengan daging atau ayam bakar juga.

IKLAN

Sumber: Hazieq Azie

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita

ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!


Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.
Klik link ini untuk daftar penyertaan: https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-aura-wanita-pantang-dicabar/ atau whatsapp : http://www.wasap.my/60196328758/DaftarAura