Rupanya hanya menggunakan tiga bahan iaitu kacang soya, air dan cuka makan mak-mak boleh buat tauhu sendiri di rumah. Bukan apa bila buat sendiri ia lebih bersih daripada beli yang ada di pasaran tak tahu status halalnya.

Bahan-bahannya tak banyak, malah nak buat pun senang sangat!Boleh cuba resipi perkongsian Puan Jumee Afuan ini sebagai rujukan.

“Mood akak baik malam ni, akak nak share resepi tauhu homemade simple je”

Bahan-Bahan:

1 kg Kacang soya (Rendam 1 malam)
Air (Sukatan air untuk kisar kacang 1 cawan kacang : 2 cawan air)
10 sudu besar Cuka makan

2 Bakul yang sama saiz
Kain kasa

Tauhu Homemade Simple Guna 3 Bahan, Memang ‘Fresh’ Lain Sangat Rasanya!

Cara Membuat:

1.Lepas cuci kacang rendam 1 malam esoknya cuci lagi toskan/tapiskan.

2.Kisar kacang dengan sukatan air kat atas tu pastu tapis .
(Kisar sekali sahaja)

Tauhu Homemade Simple Guna 3 Bahan, Memang ‘Fresh’ Lain Sangat Rasanya!

3.Tapis guna kain kasa.Guna cheese cloth tapi kalau nak guna napkin / kain tudung chiffon pun boleh.

IKLAN

4.Masak air kacang soya sehingga mendidiih dan hilang bau mentah.

Tauhu Homemade Simple Guna 3 Bahan, Memang ‘Fresh’ Lain Sangat Rasanya!

5. Masukkan cuka .

6.Biar hingga berketul.

Tauhu Homemade Simple Guna 3 Bahan, Memang ‘Fresh’ Lain Sangat Rasanya!

IKLAN

7.Letak dalam bakul alas kain kasa.

Tauhu Homemade Simple Guna 3 Bahan, Memang ‘Fresh’ Lain Sangat Rasanya!

8.Tindih bakul dengan benda berat. Akak guna lesung batu.

9.Biar sejuk .

10.Buka kain .Potong-potong tauhu ikut saiz disukai.

IKLAN

Tauhu Homemade Simple Guna 3 Bahan, Memang ‘Fresh’ Lain Sangat Rasanya!

11.Kemudian goreng. Saya letak tepung jagung + rempah kari + serbuk lada + garam sikit.

Tauhu Homemade Simple Guna 3 Bahan, Memang ‘Fresh’ Lain Sangat Rasanya!Tauhu Homemade Simple Guna 3 Bahan, Memang ‘Fresh’ Lain Sangat Rasanya!Siap! Memang fresh dan lain sangat rasa tauhu goreng homemade ni tau.

Tauhu Homemade Simple Guna 3 Bahan, Memang ‘Fresh’ Lain Sangat Rasanya!

Baca Lagi Di sini: Cara Buat Tauhu Lembut Sendiri Di Rumah, Yakin Bersih Terjamin Halalnya

Selamat Mencuba!

MW: Mak-mak yang suka makan tauhu, boleh lah cuba buat sendiri di rumah. Lebih diyakini status halalnya, lebih jimat dan pasti lebih bersih cara pembuatannya bila buat sendiri berbanding beli yang sedia ada di pasaran.

Sumber: Jumee Afuan

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI